KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang sebelum ini terkandas di Gaza, Nurul Ain Haron, 37, akan meneruskan usaha membantu penduduk di wilayah konflik itu dengan cara menyalurkan wang tunai hasil sumbangan orang ramai.
Menurut Nurul Ain, wang berkenaan akan dimasukkan ke dalam akaun bank abang ipar yang berada di Gaza sebelum diagihkan secara terus kepada penduduk terjejas.
Ujarnya, kaedah itu lebih efektif berbanding bantuan barang keperluan seperti makanan kerana berisiko disekat dalam tempoh lama di sempadan Rafah.
“Malah sekatan oleh pihak Israel akan menyebabkan bantuan berbentuk barangan tidak dapat disalurkan secara menyeluruh.
"Jadi saya dan suami cuba mencari solusi lain untuk bantu mereka dan Alhamdulillah kami bersetuju untuk memberikan bantuan secara wang tunai.
“Abang ipar akan uruskan di sana. Tapi buat masa sekarang, kami belum boleh berbuat apa-apa kerana tidak dapat berhubung dengan mereka, sudah tiga hari kami terputus hubungan," katanya ketika sesi dialog 'Gaza dihatiku' di Surau Al Mukarramah Taman Seri Keramat di sini pada Sabtu.
Nurul Ain ditemani suami, Mohamed Adan Shaat, 33, berkongsi kisah pengalaman mereka ketika Gaza dihujani bom serangan balas rejim Zionis sejak 7 Oktober lalu.
Mereka sebelum ini menetap di Emiriah Arab Bersatu (UAE) namun berkunjung ke kampung halaman Muhammad Adnan di Khan Younis, Gaza buat pertama kali pada 1 Oktober lalu, selepas hampir enam tahun mendirikan rumah tangga.
Pasangan itu selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 14 November lalu setelah terkandas lebih 42 hari di wilayah berkenaan.
Ujarnya, badan bukan kerajaan (NGO) atau mana-mana persatuan masih boleh meneruskan usaha menyalurkan bantuan barang keperluan seperti makanan, pakaian dan sebagainya.
"Ini cara saya, saya akan teruskan usaha untuk beri wang tunai kepada mereka kerana kaedah pemberian bantuan lain seperti makanan dan lain-lain agak sukar untuk saya buat.
"Suami saya akan pulang ke Dubai minggu hadapan dan saya akan berada di Malaysia untuk menguruskan bantuan tersebut," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Nov 18 2023

Nurul Ain Haron bersama suami, warga Palestin, Mohamed A M Shaat tidak dapat menahan sebak ketika majlis Dialog Nurul Ain Haron mengenai konflik di Gaza di Surau Al Mukarramah di Taman Seri Keramat pada Sabtu. - Gambar/ Sinar Harian

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pejuang Palestin dan aktivis teater Palestin, Zakaria Zubeidi akan dibebaskan hari ini
Zakaria Zubeidi merupakan antara 110 tahanan yang akan dibebaskan hari ini dalam pertukaran terbaharu antara Israel dan Hamas.

"Kurang orang bukan Islam sertai solidariti Palestin kerana fikir ini isu agama" - Mat Sabu
Cara solidariti rakyat malaysia terhadap perjuangan Palestin harus diubah dengan tidak hanya menekankan kepada soal agama Islam semata-mata.

Hamas rekrut 15,000 pejuang sejak bermula perang dengan Israel - Laporan
Bilangan pejuang Hamas yang terbunuh sepanjang tempoh perang dengan Israel hampir sama dengan jumlah rekrut baharu itu.

PBB lapor peningkatan ketara dalam operasi di Gaza di tengah-tengah gencatan senjata
Bantuan, kargo dan petugas kemanusiaan kini dapat memasuki kawasan yang sebelum ini sukar diakses.

Komander Hamas muncul kembali di Gaza walaupun didakwa telah dibunuh oleh Israel
Tentera Israel mengakui, maklumat risikan mereka mengenai kematian Hussein Fayyadh tidak tepat.

Israel tangguh kelulusan gencatan senjata, AS kata perjanjian di landasan betul
Mesyuarat Kabinet Israel pada Khamis mengundi perjanjian tersebut ditangguhkan, dengan Israel menyalahkan Hamas atas kelewatan itu.

Presiden Lubnan gesa Israel komited pada perjanjian Gaza
Joseph Aoun harap "gencatan senjata di Gaza dapat mengakhiri keadaan tragik."

AS yakin gencatan senjata di Gaza akan bermula Ahad ini - John Kirby
Amerika juga sedang berusaha menyelesaikan isu yang dibangkitkan oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

‘Krisis saat akhir’ dengan Hamas lambatkan kelulusan gencatan senjata, perjanjian tebusan - Netanyahu
Kabinet Israel tidak akan bersidang untuk luluskan perjanjian sehingga Hamas menarik balik langkah yang didakwa melanggar sebahagian perjanjian.

Gencatan senjata: Hamas setuju bebaskan 34 tawanan perang dengan Israel
Sebarang perjanjian bergantung pada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.