The New Straits Times (NST) hari ini dalam satu laporan eksklusif, berkata perbualan pesanan aplikasi Whatsapp oleh Editor Sarawak Report Clare Rewcastle-Brown dan beberapa individu membuktikan wujud konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia.
NST menyebut menurut sumber yang rapat dengan pihak berkuasa Thailand, perbualan menerusi Whatsapp telah berlangsung selama tiga bulan dan mengaitkan pembabitan Rewcastle-Brown, Pengerusi Kumpulan Media The Edge, Datuk Tong Kooi Ong, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ho Kay Tat dan bekas pekerja PetroSaudi, Xavier Andre Justo.
Konspirasi didakwa membabitkan perancangan untuk membeli data, yang dibekalkan oleh Justo, yang dikatakan membabitkan urusan PetroSaudi dengan syarikat pelaburan milik negara 1Malaysia Development Berhad(1MDB).
Justo sebelum ini mendakwa dia dijanjikan US$2 juta sebagai balasan memberikan data yang dicuri dari PetroSaudi. Rewcastle-Brown dikatakan menjadi orang tengah antara Justo dan pengurusan atasan The Edge itu.
Justo ketika ini sedang menjalani hukuman penjara selama tiga tahun di Thailand selepas didapati bersalah memeras dan mengugut bekas majikannya itu.
Perbualan Whatsapp itu juga dikatakan membuktikan yang Rewcastle-Brown mempunyai hubungan rapat dengan bekas pemimpin pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan ahli parlimen DAP, Tony Pua selain bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Menurut laporan NST, pesanan Whatsapp mendedahkan “siapa sebenarnya” Rewcastle-Brown dan kesanggupannya untuk melanggar undang-undang.
Laporan muka depan bertajuk ‘I will drink when Najib is done” menamakan Tong dan Ho sebagai “mempunyai kaitan dalam konspirasi yang disengajakan untuk menjatuhkan kerajaan demokratik pimpinan perdana menteri”.
Laporan itu juga mendakwa Rewcastle-Brown memberitahu Justo yang dia “sedang mengubah masa depan sebuah negara” dan dia akan meraikannya sejurus “Najib selesai (meletakkan jawatan).”
Sementara itu Kumpulan Media The Edge hari ini mempertahankan pendiriannya, dan berkata pihaknya tiada sebarang kaitan dengan usaha menjatuhkan kerajaan atau cuba mengubahkan bukti berkaitan 1MDB.
Dalam kenyataan sebagai reaksi kepada laporan NSTyang dikeluarkan hari ini, The Edge berkata semua artikel berkaitan 1MDB yang dilaporkan sejak 2013 adalah atas tujuan memastikan tadbir urus dipatuhi.
“Kami ingin menegaskan sekali lagi bahawa Kumpulan Media The Edge dan kami tidak mempunyai konspirasi politik, atau agenda politik ketika melaporkan berkaitan 1MDB apabila ia dilihat berhadapan dengan masalah kewangan.
“Sebagai syarikat media, adalah menjadi kepentingan kami untuk mencari jawapan kepada apa yang berlaku kepada 1MDB dan pelbagai urusan kewangan dan perniagaannya sejak penubuhannya pada 2009.
“Sesiapa sahaja yang telah membaca pendedahan kami akan tahu kami tidak pernah mengaitkan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) atau kerajaan secara amnya kepada masalah yang dihadapi 1MDB. Kami tidak pernah memutarkan fakta secara politik berhubung 1MDB dalam mana-mana laporan kami.
“Kami hanya mensasarkan isu-isu berkaitan tadbir urus, dan meletakkan tanggung jawab ke atas pihak pengurusan, lembaga pengarah dan pihak ketiga yang berurusan dengan 1MDB untuk apa yang berlaku, di mana ia seharusnya diamalkan oleh sebuah entiti korporat,” kata Kooi Ong dan Kay Tat dalam kenyataan itu lagi.
Mereka menambah, akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak yang berterusan membuat dakwaan tidak berasas terhadap mereka dan Kumpulan Media The Edge.
Astro Awani
Mon Sep 07 2015

The Edge Media Group hari ini menafikan bahawa ia terlibat dalam konspirasi politik atau mempunyai apa-apa agenda politik apabila menyiarkan artikel dan masalah berkaitan 1 Malaysia Development Bhd (1MDB). - Gambar Fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Siasatan OAG Switzerland: Ini hanya 'mainan 'PR' - Justo
Pejabat OAG, setelah dihubungi Astro AWANI berkata, "siasatan ini dijalankan kerana terdapat satu aduan rasmi yang telah dibuat oleh 'seseorang yang berkait rapat dengan siasatan 1MDB".