KULAI: Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) merekodkan kerugian berjumlah RM1.34 bilion melibatkan 33,235 kes jenayah dalam talian dari 1 Jan hingga 8 Dis tahun lepas.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata angka itu diperoleh NSRC berdasarkan aduan mangsa di talian 997.
Beliau berkata kerugian itu melibatkan enam modus operandi dengan jenayah pelaburan tidak wujud mencatatkan angka tertinggi iaitu RM437 juta diikuti e-dagang (RM383 juta), telekomunikasi (RM334 juta), e-kewangan (RM104 juta), love scam (RM41 juta) dan pinjaman tidak wujud (RM39 juta).
"Ini adalah rekod NSRC, maksudnya mereka yang menghubungi 997. Saya percaya pihak polis mungkin ada angka lebih lengkap kerana mungkin mangsa tidak menghubungi NSRC tetapi terus buat laporan polis.
"Angka ini menunjukkan peningkatan, jika dibandingkan pada tahun 2022 untuk tempoh sama kerugian yang direkodkan ialah RM804 juta tetapi pada 2023, jumlah ini naik kepada RM1.34 bilion," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program SWM Kasih Misi Sampul Merah di Kawasan Rukun Tetangga Taman Desa Kulai di sini hari ini.
Ahli Parlimen Kulai itu berkata orang ramai dinasihat supaya berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan pelbagai tipu helah sindiket jenayah dalam talian terutama pelaburan yang menjanjikan pulangan tinggi.
"Tidak boleh dinafikan bahawa masih banyak lagi yang menjadi mangsa untuk pelaburan tidak wujud. Mangsa kehilangan semua duit simpanan mereka. Oleh itu, sangat penting kita membuat semakan dengan Suruhanjaya Sekuriti (SC) sama ada pelaburan itu diluluskan oleh mereka atau tidak.
"Apabila kita nak buat pelaburan untuk tambah pendapatan, janganlah mudah percaya dengan penipuan pelaburan yang menjanjikan pulangan sehingga dua angka atau lebih daripada 20 peratus. Kalau mereka begitu hebat, kenapa tidak berdaftar dengan SC?" katanya.
Mengulas mengenai Program SWM Kasih Misi Sampul Merah, Teo berkata pihaknya menjalin kerjasama dengan SWM Environment Sdn Bhd untuk menyantuni 50 keluarga berpendapatan rendah sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina tidak lama lagi.
Beliau berkata ketua isi rumah bagi keluarga terbabit menerima sumbangan berbentuk barangan keperluan harian dan wang tunai RM100 yang bertujuan mengurangkan beban mereka dalam melakukan persiapan untuk menyambut perayaan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
![NSRC rekod kerugian berjumlah RM1.34 bilion bagi kes jenayah dalam talian - Teo NSRC rekod kerugian berjumlah RM1.34 bilion bagi kes jenayah dalam talian - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706435212_TeoNieChing.jpg)
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berucap pada Majlis SWM Kasih Misi Sampul Merah di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Desa Kulai hari ini. - Foto Bernama
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Wanita curi duit semasa kenduri ditahan, ada 10 rekod jenayah
Seorang wanita berusia 61 tahun yang menyamar sebagai tetamu dan mencuri beg tangan berisi wang RM2,500 ketika majlis perkahwinan di Pasir Mas, Kelantan pada 1 Februari lalu berjaya diberkas polis.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed berkata, suspek ditahan jam 2.35 petang di hadapan sebuah masjid di Kota Bharu semasa menaiki sebuah teksi dipandu rakannya berusia 63 tahun.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/61726155786_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 16 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Jururawat rugi RM88,700 akibat phone scam Jururawat rugi RM88,700 akibat phone scam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718724001_scmageneric.jpg)
Jururawat rugi RM88,700 akibat "phone scam"
Seorang jururawat wanita berusia 41 tahun kerugian RM88,700 selepas terpedaya dengan sindiket penipuan "phone scam" yang menyamar sebagai pegawai dari Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC).
![Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41715669213_TBGENERICMACAUSCAM.jpg)
Menyamar pegawai NSRC: ABM dan AIBIM gesa orang ramai hati-hati
Persatuan Bank-Bank dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) menggesa orang ramai supaya lebih berhati-hati.
![NSRC rekod kerugian berjumlah RM1.34 bilion bagi kes jenayah dalam talian - Teo NSRC rekod kerugian berjumlah RM1.34 bilion bagi kes jenayah dalam talian - Teo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706435212_TeoNieChing.jpg)
NSRC rekod kerugian berjumlah RM1.34 bilion bagi kes jenayah dalam talian - Teo
Pusat Respons Scam Kebangsaan merekodkan kerugian berjumlah RM1.34 bilion melibatkan 33,235 kes jenayah dalam talian dari 1 Jan hingga 8 Dis tahun lepas.
!['Scammer' menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan, tipu mangsa hampir RM1 juta 'Scammer' menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan, tipu mangsa hampir RM1 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81703153570_DatukSeriRamliMoh.jpg)
'Scammer' menyamar pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan, tipu mangsa hampir RM1 juta
Polis menerima 24 laporan berhubung kes penyamaran sebagai pegawai daripada Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) melibatkan nilai kerugian berjumlah RM729,995.20.
![Polis terima 23 laporan menyamar pegawai NSRC babit kerugian lebih RM700,000 Polis terima 23 laporan menyamar pegawai NSRC babit kerugian lebih RM700,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61702109405_DatukSeriRamliMoh.jpg)
Polis terima 23 laporan menyamar pegawai NSRC babit kerugian lebih RM700,000
Polis menerima 23 laporan berkaitan kes menyamar sebagai pegawai Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) sejak awal Januari hingga kini.
![Belanjawan 2024: RM20 juta kepada NSRC bukti kerajaan ambil berat isu jenayah scam - Fahmi Belanjawan 2024: RM20 juta kepada NSRC bukti kerajaan ambil berat isu jenayah scam - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81697257309_FahmiFadzil.jpg)
Belanjawan 2024: RM20 juta kepada NSRC bukti kerajaan ambil berat isu jenayah scam - Fahmi
Peruntukan RM20 juta yang diberikan kepada Pusat Respons Scam Kebangsaan membuktikan kerajaan amat mengambil berat berhubung isu penipuan dalam talian.
![Orang ramai dinasihat berhati-hati penipuan firma perancangan kewangan palsu - FPAM Orang ramai dinasihat berhati-hati penipuan firma perancangan kewangan palsu - FPAM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-05/51559312328_Fintech.jpg)
Orang ramai dinasihat berhati-hati penipuan firma perancangan kewangan palsu - FPAM
Persatuan Perancangan Kewangan Malaysia (FPAM) menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan skim pelaburan meragukan yang menggunakan nama syarikat perancangan kewangan yang sah.
![NSRC sebagai pusat setempat tangani kes jenayah penipuan siber dengan segera - Wan Junaidi NSRC sebagai pusat setempat tangani kes jenayah penipuan siber dengan segera - Wan Junaidi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/41663066552_WanJunaidi.jpg)
NSRC sebagai pusat setempat tangani kes jenayah penipuan siber dengan segera - Wan Junaidi
Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan membolehkan tindakan bersepadu dan segera bagi menyekat pengaliran dana selanjutnya serta mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap pelaku jenayah siber.
![Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan tingkatkan langkah keselamatan siber Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan tingkatkan langkah keselamatan siber](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-10/41665250987_scamgeneric.jpg)
Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan tingkatkan langkah keselamatan siber
Penubuhan Pusat Respons Scam Kebangsaan seperti yang diumumkan dalam Bajet 2023 akan meningkatkan secara strategik usaha negara untuk memerangi jenayah siber.