Jabatan Perhutanan Negeri Pahang telahpun mengeluarkan notis berhenti kerja kepada sebuah syarikat pembalakan berhubung penemuan kayu balak yang disyaki dicuri dan ditebang di Hutan Simpan Krau di Kuala Krau dekat Temerloh.
Pengarah Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman berkata pihaknya turut menyita kayu balak itu yang ditemui berhampiran kawasan hutan simpan dan penempatan Orang Asli mulai 1 Julai lepas untuk siasatan lanjut.
Tiada tangkapan dibuat setakat ini berhubung penemuan kayu balak itu dan keputusan sama ada untuk menggantung lesen syarikat terbabit atau tindakan selanjutnya akan dibuat selepas selesai siasatan mengikut Akta Perhutanan Negara, katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.
Semalam Buletin TV3 melaporkan hampir 1,000 batang balak bernilai jutaan ringgit disyaki dicuri di Kuala Krau disita dengan balak berkenaan dipercayai ditebang di Hutan Simpan Krau bulan lepas.
Mohd Paiz berkata penemuan kayu balak yang disita itu hasil semakan pihak jabatan berkenaan di kawasan lapangan tersebut.
Sehubungan itu, beliau meminta semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan kayu balak itu kerana proses siasatan sedang berjalan bagi mengelak daripada mengganggu siasatan.
Bernama
Fri Jul 15 2016

Pengarah Perhutanan Pahang Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman berkata, keputusan sama ada untuk menggantung lesen syarikat terbabit atau tindakan selanjutnya akan dibuat selepas selesai siasatan mengikut Akta Perhutanan Negara. - Gambar hiasan

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Notis henti kerja dikeluarkan berikutan penemuan kayu balak disyaki dicuri
Jabatan Perhutanan Pahang turut menyita kayu balak itu yang ditemui berhampiran kawasan hutan simpan dan penempatan Orang Asli mulai 1 Julai lepas untuk siasatan lanjut.