Bercakap mengenai normal baharu, pastinya kita semua boleh menjangka atau melihat kepada penggunaan teknologi digital serta urusan dalam talian secara meluas.
Ini termasuk perubahan perkhidmatan di hospital yang akan menggunakan kaedah lebih selamat seperti mempraktikkan penjarakan sosial selain memastikan semua pihak bebas daripada wabak COVID-19.
Pakar Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani, bekata, IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temu janji dalam talian.
“Apa yang perlu kita lihat adalah aturan di hospital di mana mungkin boleh mengadakan sesi konsultasi yang boleh dilakukan secara dalam talian.
“Ini masih lagi di dalam kajian yang mana kita tidak perlu berjumpa dengan pesakit secara fizikal sebaliknya boleh melakukan secara digital seperti sidang video dan sebagainya. Sebagai contoh, para doktor di hospital boleh bertanyakan keadaan pesakit yang berada di rumah.
“Sekiranya terdapat beberapa perkara yang mungkin kita perlu selidik dengan lebih rapi, kita boleh buat temu janji dengan mereka supaya datang ke hospital dan jika mereka jauh daripada kami (IJN), mungkin rujukan boleh dibuat dengan hospital berdekatan mereka,” jelasnya.
Beliau berkata demikian sewaktu melakukan perbincangan dalam talian bertajuk Mental Illness And Health Concern Surrounding COVID-19 yang dihoskan oleh penyampai berita dan wartawan Astro AWANI, Cynthia Ng pada Jumaat malam.
Tambah Dr Beni, rata-rata pesakit yang datang untuk menjalani pemeriksaan di IJN akan mengadakan konsultasi di klinik pesakit luar iaitu di klinik kardiologi.
“Jadi, kami pastikan agar mereka ini tidak berada berhampiran di antara satu sama lain, contohnya kita meletakkan garisan di atas lantai, kita menjarakkan kedudukan mereka.
“Dalam erti kata lain, kami boleh bertanyakan soalan atau melakukan konsultasi tetapi penjagaan jarak itu masih dalam satu meter. Jadi kita boleh memastikan sejauh mana untuk kita meminimakan kontak dengan pesakit,” tambah Dr Beni.
Dr Beni bersama dua lagi pakar perubatan terkenal negara lain iaitu pelatih pakar bedah Imperial College London (Imperial), Dr Nur Amalina Che Bakri; Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Madya Dr Amer Siddiq Amer Nordin pada Jumaat malam.
Faris Danial Razi
Sat May 02 2020

Pakar Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Dr Beni Isman Rusani, bekata, IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temu janji dalam talian. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Petronas keluarkan amaran scam pelaburan palsu guna nama CEO, syarikat tanpa kebenaran
Petronas berkata ia mengambil maklum mengenai satu penipuan pelaburan melibatkan penggunaan tanpa izin bagi nama dan logo syarikat.

KPDNHEP, platform e-dagang bekerjasama bendung penjualan minyak masak dalam talian
KPDNHEP bekerjasama dengan beberapa penyedia platform e-dagang tempatan dalam usaha membendung aktiviti penjualan minyak masak secara dalam talian.

Dua sekolah di Sanglang ditutup, pembelajaran dijalankan atas talian - MB Perlis
Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man menjelaskan, ia sebagai satu langkah yang perlu dilaksanakan.

KLWBC 2020: Raikan pesta buku atas talian terbesar di Malaysia
Tahun ini Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.

Normal Baharu: Temu janji doktor dan pesakit secara dalam talian
IJN sedang melakukan kajian bagi membolehkan pesakit tidak perlu ke hospital sebaliknya hanya melakukan temujanji dalam talian.

Normal baharu: Prosiding Mahkamah Rayuan disiar secara langsung bermula esok
Buat pertama kalinya dalam sejarah badan kehakiman negara, pendengaran kes di Mahkamah Rayuan akan disiarkan secara langsung dalam talian.

Masyarakat Sikh sambut tahun baharu secara maya melalui e-Vaisakhi
Selain merupakan tahun baharu kepada masyarakat Sikh, Vaisakhi juga merupakan festival menuai musim bunga.

COVID-19: Ketika atau selepas PKP, seniman jangan berhenti berkarya - Nizam Rahmat
Nizam berharap seniman tidak berhenti berkarya biarpun pameran fizikal tidak dapat diadakan.

Berniaga dalam talian, pasarkan di kawasan kejiranan cara terbaik 'cari makan' semasa PKP
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.

KWSP Jalan Raja Laut ditutup bagi proses disinfeksi bermula Selasa
Penutupan pejabat itu adalah susulan seorang ahli KWSP disahkan positif COVID-19 dan dimasukkan ke hospital untuk rawatan lanjut.