Peniaga yang terjejas akibat pembatalan bazar Ramadan di Selangor bagi mengekang penularan COVID-19 dinasihatkan mengambil langkah proaktif dalam memastikan mereka masih boleh 'mencari makan' sepanjang tempoh berkenaan.
Ketua Pegawai Eksekutif Akademi Usahawan Mikro Sdn Bhd Abd Azharee Abdul Wahid berkata di kala negara sedang menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), berniaga secara dalam talian di kawasan kejiranan merupakan kaedah yang paling sesuai.
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.
"Masa PKP ini, cuba fokuskan pelanggan kita daripada kalangan mereka yang tinggal berhampiran dengan kita, jika kita duduk di flat atau pangsapuri, pasarkan ia dalam kalangan penduduk flat atau pangsapuri itu, jika kawasan taman perumahan, pasarkan kepada penduduk taman itu.
"Perkara ini penting kerana semasa tempoh perintah ini, kita tidak boleh bergerak jauh dan jika usahawan ini menumpukan untuk memasarkan barangan jualan mereka di kawasan kejiranan sendiri, saya percaya mereka boleh mendapat keuntungan," katanya.
Abd Azharee berkata demikian semasa menjadi seorang daripada panel program temu bual Santai Ahad anjuran Institut Darul Ehsan yang disiarkan secara langsung di laman sosial.
Turut menjadi panel dalam program berkenaan Senator Dr Yaakob Sapari.
Sementara itu, Yaakob menyarankan agar kerajaan negeri menambah peruntukan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi membolehkan mereka membantu petani yang terjejas akibat PKP.
Beliau berkata ADUN boleh menggunakan peruntukan tambahan itu bagi membeli hasil pertanian yang berdepan masalah untuk dipasarkan.
"ADUN boleh membeli hasil pertanian ini secara pukal dan kemudian menyalurkannya kepada orang ramai yang memerlukan di kawasan mereka, dengan cara ini petani akan mendapat pulangan daripada hasil tanaman mereka dan orang yang kurang berkemampuan dapat menikmati hasil tanaman seperti buah-buahan serta sayur-sayuran segar," katanya.
Yaakob berkata dengan cara itu juga, petani dapat meneruskan kerja bertani mereka bagi memastikan sumber makanan negara tidak terputus.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Apr 05 2020

Peniaga bazar Ramadan yang terjejas dinasihat ambil langkah proaktif. - Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Kesan inflasi makanan yang tinggi gusarkan usahawan PMKS
Kesan inflasi makanan yang tinggi ketika ini menggusarkan pemain Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) yang rata-ratanya terlibat dengan industri makanan dan pembuatan.

Podcast Realiti Rakyat: Impak pengakhiran moratorium kepada PKS
Segmen kali ini membincang mengenai impak pengakhiran moratorium kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Berniaga dalam talian, pasarkan di kawasan kejiranan cara terbaik 'cari makan' semasa PKP
Melalui kaedah itu, peniaga dapat memastikan bahawa barangan, terutama makanan untuk juadah berbuka, yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan cepat.

Penulis rancangan perniagaan: Perlukah usahawan mengupah mereka?
Apakah yang boleh dilakukan oleh penulis rancangan perniagaan profesional untuk anda?