MIGRASI pesta buku ke konsep atas talian satu reformasi besar dalam dunia perbukuan Malaysia. Apatah lagi selepas 38 tahun sejarahnya berpaksikan pada festival fizikal.
Tahun ini - satu reformasi migrasi mencetuskan kejutan bagi menggantikan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2020 yang dibatalkan akibat persekitaran Covid-19 pada April lalu.
Senario ini menjadikan PBAKL ditransformasikan ke platform atas talian. Sekali gus, bakal memindahkan set minda pembaca dan penggemar buku ke alihan digital.
Ini satu kejayaan besar dan menepati aspirasi Kuala Lumpur Ibu Kota Buku Dunia (KLWBC 2020) yang menyasarkan mekanisme bisnes perbukuan wajar menuju reformasi dagangan atas talian.
Pengarah Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, Mohd Khir Ngadiron yang bertanggungjawab merealisasikan Kuala Lumpur International Book Fair 2020 (KLIBF) Online sebagai alternatif bagi menggantikan PBAKL.
Mohd Khair mengambil langkah transfomasi untuk memastikan kelangsungan budaya membaca dan jualan buku terus hidup dan disesuaikan dengan ekosistem berasaskan normal baharu.
Mohd Khir berpengalaman luas sebagai "operator buku" berdasarkan rekod khidmatnya selama 11 tahun di Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM).
Memahami pelaburan besar yang dilakukan penerbit buku tempatan serta lambakan stok bernilai puluhan juta ringgit yang menantikan pembeli - KLIBF Online satu manifestasi kesungguhan penganjur untuk menyelamatkan industri buku tempatan.
Ini berikutan pembatalan PBAKL 2020 pada April lalu berikutan penguatkuasaan Perintah Larangan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan pada 18 Mac hingga 4 Mei.
Malah, PKP Bersyarat mulai 5 Mei dan PKP Pemulihan pada 10 Jun lalu, tetap melarang sebarang bentuk perhimpunan awam.
Sebagai "mastermind" industri perbukuan, Mohd Khir melihat, penganjuran pesta buku terbesar secara atas talian di negara ini sebagai opsyen dan alternatif terbaik.
Ikuti wawancara KLWBC 2020 siri ke 40 dengan Mohd Khir berhubung keistimewaan KLIBF Online yang dijalankan secara atas talian mulai 25 Jun hingga 8 Julai ini.
SOALAN: Apa matlamat pesta buku atas talian dan harapan MBKM dalam memastikan festival ini setara PBAKL?
MOHD KHIR: Ini bagi memastikan kelangsungan budaya membaca serta jualan buku seluruh negara. Pandemik COVID-19 telah menyebabkan pelbagai sektor ekonomi lumpuh oleh kerana terhentinya kesemua aktiviti jualan. Ini memberikan kesan yang sangat dahsyat kepada ekosistem perbukuan terutamanya apabila tertangguhnya PBAKL (2020) kali ke-39.
Stok jualan yang mencecah puluhan jutaan ringgit tersadai di gudang-gudang buku apabila tempoh Perintah Kawalan Pergerakan pertama pada 18 Mac 2020 berjalan hanya 9 hari sebelum jadual asal PBAKL 2020.
Pihak penganjur percaya, hanya syarikat yang tekal mengharungi kemelut ini dan cepat menyesuaikan diri dengan normal baharu dunia perniagaan akan mampu kekal relevan.
Justeru, kerjasama strategik dengan Shopee, platform e-dagang terbesar di Malaysia yang sehingga ke hari ini mencatat muat turun aplikasi sebanyak 20 juta, adalah amat bertepatan. Ini juga memastikan industri perbukuan kekal menerajui usaha menjadikan aktiviti pembacaan itu sesuatu yang mengujakan! Tambahan pula dengan lebih 140 penjual buku di Shopee ini (yang mana angkanya terus bertambah daripada sehari ke sehari).
Semua rakyat Malaysia kini mempunyai akses sangat luas kepada penerbitan yang terkini dan berkualiti. KLIBF juga sesuai dengan kempen #DudukRumahBacaBuku yang dilancarkan. Rakyat diharapkan dapat terus mempertingkatkan diri dalam pelbagai sudut keilmuan sementara menunggu tamatnya tempoh PKP-Pemulihan pada 31 Ogos 2020. Ini suatu cara yang produktif bagi mengisi ruang demi memastikan kita terus berupaya mengembangkan potensi diri walaupun semasa tempoh yang dimaksudkan.
SOALAN: Ini kali pertama pesta terbesar dijalankan secara atas talian. Apa harapan mengenai
kejayaannya?
MOHD KHIR: Kami meramalkan potensi yang lebih besar dan praktikal untuk KLIBF Online 2020 sebagai peneraju pesta buku terbesar secara atas talian. Kami percaya, perniagaan Online telah mendapat tempat di hati pembeli di seluruh negara. Hanya duduk di rumah, sambil minum kopi atau teh tarik di warung atau ketika menyiapkan tugasan akademik dan sewajarnya dan tidak cukup bahan penulisan, hanya klik dan beli sebelum sampai ke rumah. Pembaca tidak perlu memikirkan pakaian apa yang hendak dipakai untuk keluar rumah, tempat letak kereta, mengisi minyak dan sebagainya.
SOALAN: Pastinya kejayaan pesta buku atas talian ini memerlukan sokongan pembaca. Sebagai penganjur, pasti ada saran untuk mendapatkan perhatian masyarakat?
MOHD KHIR: Kami percaya, masyarakat sudah lama sedar tentang kepentingan membaca terhadap diri sendiri dan keluarga berdasarkan kadar celik huruf di Malaysia. Namun, cara menanamkan minat membaca dalam kalangan anak anak sangat perlu diberikan perhatian. Perkara pertama yang dilakukan manusia untuk bertindak ialah: apakah kepentingan sesuatu perkara itu kepada kehidupan dan realiti hidup manusia.
Bagi anak-anak, perkara -perkara yang luar biasa dan memberi cabaran memaksa mereka untuk mencari tahu dengan lebih lanjut. Pilihan buku, jenis dan pengisian dalam kandungan buku amat memberi potensi dalam menanam minat membaca anak-anak di samping gambar dan ilustrasi yang baik mampu menjelaskan kandungan persembahan buku.
Jangan risau jika anak-anak nampak seperti tidak minat atau tidak mahu membaca. Sebenarnya, mereka belum jumpa buku yang dekat di hati mereka. Tugas kita adalah menyediakan peluang bagi mereka meneroka pilihan yang ada. Jumpa sahaja yang mereka suka, ianya akan terus melekat di dada. Pengunjung setia PBAKL selama ini akan menikmati pembelian cara baharu; dalam keselesaan di rumah dan tanpa kesesakan. Mereka boleh membuat pilihan ribuan judul buku baharu dari ratusan rumah penjualan dengan diskaun yang menarik.
Semasa pesta buku atas talian ini juga dapat mengadakan siri perbincangan tentang isu-isu sastera, buku dan umum secara maya.
Berikut promosi KLIBF Online
•Lebih 140 penjual buku dan semakin bertambah
•Lebih 30,000 judul terkini
•30,000 baucer pelanggan baru
•10,000 baucer pembelian oleh penerbit
•20,000 diskaun seluruh platform
•10,000 x Tawaran RM7.00
•5,000 baucer pelanggan sedia ada
•4,000 baucer permainan
•4,000 baucer tempoh terhad
Kita gegarkan Shopee pada 25 Jun sehingga 8 Julai 2020.
#DudukRumahBacaBuku
#MalaysiaMembaca
#PestaBukuAntarabangsaKualaLumpur
#KualaLumpurInternationalOnlineBookFair
_______________________________________________________________________________
* Zainal Rashid Ahmad merupakan wartawan dan penulis sastera. Beliau telah banyak novel antaranya Hikayat Tanah Jauh (2015), kumpulan cerpen al-Kisah (2012), Yang Tercinta (2012), Empunya Hikayat (2014) dan lain-lain.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Zainal Rashid Ahmad
Mon Jun 15 2020
Mohd Khir bertanggungjawab merealisasikan KLIBF Online sebagai alternatif bagi menggantikan PBAKL. - Gambar FB Mohd Khair
Hampir seminggu hanyut, dua mangsa selamat kembali
Laporan bedah siasat dan dna guru sekolah, Istiqomah Ahmad Rozi sudah disiapkan dan diserah kepada pihak pendakwaan.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Susulan itu, Mahkamah Majistret Alor Gajah menetapkan 23 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula bagi kes tersebut.
Institusi perubatan awam makin parah - Gerakan
Parti Gerakan menyifatkan institusi perubatan awam dalam negara menghadapi gelombang besar dan parah.
Hospital kerajaan terbeban jika M40 batal polisi insurans - Sim Tze Tzin
Hospital kerajaan akan menjadi terlalu padat akibat pertambahan pesakit daripada golongan M40 yang tidak lagi mampu membayar polisi insurans.
Gangguan seksual di UA perlu bukti, fakta diperoleh melalui kaedah tepat
Sebarang dakwaan berhubung gangguan seksual hendaklah berasaskan kepada bukti dan fakta yang diperoleh melalui kaedah tepat dan boleh dipercayai.
Perlis harap tempoh operasi pintu sempadan Padang Besar, Wang Kelian dilanjutkan
Kerajaan Negeri Perlis berharap operasi ICQS Padang Besar dilanjutkan kepada 12 tengah malam manakala di ICQS Wang Kelian pula beroperasi hingga 9 malam.
AWANI Ringkas: Hannah diarah bayar kos mahkamah RM40,000
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pesawat terhempas di Brazil, ahli perniagaan dan 9 ahli keluarga maut
Kesemua 10 orang di dalam sebuah pesawat kecil terbunuh apabila pesawat itu terhempas di bandar Gramado, selatan Brazil.
Prospek Pelaburan 2025: Lebih Cabaran & Peluang
Memasuki tahun 2025 tidak lama lagi, ekonomi global dilihat berada di persimpangan, dengan ketegangan geopolitik, cabaran struktur di China dan dasar perdagangan AS, menambah ketidaktentuan pasaran. Ulasan bersama Ketua Penyelidikan Pelaburan, UOB Kay Hian Wealth Advisors, Mohd Sedek Jantan.
Sorotan 2024: Melonjak ekonomi, melimpah kemakmuran
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan MADANI telah melaksanakan pelbagai perencanaan strategik untuk melonjakkan ekonomi negara sepanjang 2024 bagi melimpahkan kemakmuran yang berpanjangan kepada rakyat dan negara.
Pasaran MSM dijangka alami sentimen tidak menentu minggu ini
Pasaran minyak sawit mentah (MSM) dijangka mengalami pergerakan harga tidak menentu minggu ini berikutan minggu dagangan yang singkat.
Kesahihan darurat: Rayuan Badan Peguam rujuk isu Perlembagaan ke Mahkamah Persekutuan ditolak
Mahkamah Rayuan menolak rayuan Badan Peguam Malaysia untuk merujuk isu perlembagaan berhubung kesahihan pengisytiharan darurat pada 2020 kepada Mahkamah Persekutuan.
Proton jual 13,362 kereta pada Okt 2021, peningkatan 1.6% berbanding 2020
Pencapaian itu melangkaui prestasi jumlah jualan industri (TIV) bagi pasaran automotif tempatan, yang telah menurun sebanyak 4.7 peratus.
Tokyo 2020: Cabaran Azizulhasni dan Shah Firdaus berakhir dalam acara pecut
Bagaimanapun kayuhan emas sebenar 'The Pocket Rocketman" akan dinanti dalam acara kegemarannya iaitu keirin yang akan memulakan saingan pada Sabtu ini.
Hala tuju pasca SPM: 'Ikut minat, jangan ikut rakan'
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 disaran mengenal pasti minat dan kemampuan diri sebelum membuat pilihan pendidikan di peringkat tinggi.
Pelaksanaan mandat, adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020
Pelaksanaan mandat dan adaptasi pendigitalan sumbang prestasi cemerlang SME Bank tahun 2020.
TNB jangka raih pendapatan lebih baik tahun ini
Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangka mampu memperoleh pendapatan yang lebih baik pada tahun ini berbanding tahun lepas walaupun negara masih berdepan dengan situasi penularan pandemik COVID-19.
Azhar Harun sedih ada rakan putuskan hubungan bila dilantik Speaker Dewan Rakyat
Azhar memberitahu teman-temannya berubah sikap dan menjadi "seolah-olah mereka bukan kawan" apabila beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.
Calon duduki SPM 2020 cipta sejarah tersendiri
Seramai 401,105 calon sekolah yang menduduki SPM 2020 cipta sejarah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan.
Lebih 6 juta ujian saringan RT-PCR, RTK Antigen dilaksanakan - Dr Adham
Dr Adham Baba berkata daripada jumlah itu, sebanyak 3,332,554 merupakan ujian saringan RT-PCR yang dijalankan pada 2020.
2020 tahun paling buruk buat industri penerbangan, trafik global susut 75.6 peratus - IATA
Kapasiti tempat duduk setiap kilometer (ASK) turun 68.1 peratus dan faktor muatan jatuh 19.2 mata peratusan menjadi 62.8 peratus.