RAMADAN semakin hampir dan umat Islam negara ini pastinya akan menyambut ketibaan bulan suci itu dalam suasana berbeza apabila perlu melalui ibadah puasa dalam tempoh lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 28 April ini.
Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa umat Islam seluruh Malaysia telah ditetapkan esok, bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.
Menariknya, umat Islam akan menyambutnya dengan suasana normal baharu, antaranya melalui e-bazar tanpa ada bazar Ramadan fizikal lagi seperti saban tahun demi memerangi penularan wabak COVID-19, dan jika tempoh PKP tidak dilanjutkan pun, keadaan tahun ini sudah pasti tetap berbeza.
Selain itu, tahun ini juga tiada solat tarawih berjemaah di surau atau masjid kerana ia antara usaha penting memutuskan rantaian wabak COVID-19,.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, dalam sidang media hariannya semalam, berkata kepatuhan masyarakat terhadap PKP adalah amat penting dalam membantu kerajaan menurunkan kebolehjangkitan COVID-19 dalam komuniti.
Ini terutama bagi memastikan tidak berlaku jangkitan merentas negeri, daerah dan mukim, malah pematuhan masyarakat terhadap PKP akan seterusnya memastikan penularan jangkitan COVID-19 dapat dikawal sepenuhnya.
Jika kita imbas, kes COVID-19 sejak beberapa hari lalu kekal di bawah 100 kes dan lebih banyak kes pulih dilaporkan namun, menurut Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ia tidak bermakna orang ramai boleh melanggar segala peraturan PKP.
Semalam, beliau yang juga Menteri Pertahanan, mengingatkan, segala peraturan selama ini masih terus kekal dan pematuhan kepada peraturan berkenaan perlu menjadi tanggungjawab semua pihak.
Seharusnya perkembangan baik ini boleh dijadikan perkara positif supaya pihak berkuasa dapat bertindak dengan lebih tegas lagi untuk memastikan masyarakat terus mematuhi setiap arahan PKP.
Sikap kita dalam mematuhi arahan ini akan menentukan sejauh mana PKP ini akan dilaksanakan dan kita seharusnya boleh mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di Singapura di mana republik itu telah melanjutkan langkah pencegahan lebih ketat selama empat minggu lagi sehingga 1 Jun.
Oleh itu, adalah penting untuk kita memainkan peranan dalam mengekang penularan wabak COVID-19 dan pada masa yang sama menghargai petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus setiap hari dalam tugasan mereka.
Malah Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam turut menzahirkan penghargaan kepada hero alaf baharu ini yang memainkan watak penting sehingga Malaysia mendapat pengiktirafan dunia dalam menangani penularan COVID-19.
Kita semua akan terus diuji dan memerlukan satu sama lain dalam perang ke atas COVID-19 ini.
Pastinya antara persoalan bermain di minda adalah status PKP fasa tiga yang akan tamat dalam enam hari lagi. Adakah ia akan dilanjutkan? Pastinya situasi semasa dan usaha kita memerangi COVID-19 akan menentukannya. - BERNAMA
Bernama
Wed Apr 22 2020

Tiada lagi suasana bazar Ramadan dan aktiviti berbuka puasa beramai-ramai pada Ramadan tahun ini. Gambar fail/ Bernama.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.

hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.