Bagi memastikan rakyat khususnya masyarakat negeri Kelantan memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Penerangan Kelantan memperkenalkan sebuah lagu berkonsepkan Dikir Barat bagi tujuan itu.
Pengarahnya, Lim Ann Teck berkata lagu bertajuk "Duduk Di Rumah" itu mula diperdengarkan melalui Facebook jabatan itu sejak dua hari lepas.
"Lagu itu didendangkan oleh dua penyanyi terkenal dikir barat di Kelantan iaitu Fendi Kenali dan Raden Mas Uji dan ia hasil ciptaan kedua-dua mereka.
"Liriknya adalah melalui kerjasama jabatan ini dengan mereka dan lagu itu telah mula diperdengarkan juga menerusi pembesar suara van bergerak di seluruh negeri," katanya.
Lim berkata lagu itu akan turut diperdengarkan menerusi KELANTANfm tidak lama lagi agar semua masyarakat negeri ini dapat menghayati lirik lagu berkenaan.
"Lagu ini diharapkan dapat mendidik masyarakat mengenai wabak COVID-19 dan kita telah menerima maklum balas yang sangat baik daripada masyarakat termasuk di pedalaman," katanya.
Sepanjang Ramadan ini, Jabatan Penerangan Kelantan turut memperkenalkan "Tazkirah On Wheels" iaitu penerangan agama oleh penceramah yang disiarkan melalui van bergerak dan laman sosial jabatan itu.
Sementara itu, Lim melahirkan rasa kecewa dengan sikap masyarakat yang mula mengabaikan penjarakan sosial terutama di pasar-pasar awam apabila mengetahui wabak COVID-19 di Kelantan kini semakin baik.
"Ini yang semakin kita khuatir dan kita telah memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai keadaan itu. Kita mahu masyarakat mematuhi arahan mengenai PKP dan sebagainya bagi membendung wabak ini," katanya. - BERNAMA
Bernama
Mon Apr 27 2020

Lagu bertajuk "Duduk Di Rumah" itu mula diperdengarkan melalui Facebook jabatan itu sejak dua hari lepas. Gambar hiasan/ Bernama.

OKU penglihatan ambil peluang bertadarus sempena Nuzul Quran
Semasa kebanyakan orang memilih meluangkan cuti umum Nuzul Quran dengan berehat di rumah atau ke pusat beli-belah, sekumpulan pelajar OKU penglihatan di sini, memilih cara berbeza.

PGA tahan dua lelaki, rampas 40 tan beras putih seludup
Pasukan Gerakan Am (PGA) berjaya menahan dua lelaki yang membawa 40 tan beras putih dipercayai diseludup dari negara jiran di Jitra, Ahad lepas.

Angka kematian di Gaza meningkat kepada 404 apabila Israel teruskan genosid
Banyak mangsa masih berada di bawah runtuhan, dan usaha menyelamat sedang giat dijalankan.

KPDN serbu stor haram seleweng LPG, sita 608 tong
KPDN menumpaskan aktiviti penyelewengan LPG bersubsidi dianggarkan bernilai RM14,565 menerusi sebuan di sebuah stor haram di Jalan Kampung Jawa, Shah Alam, Selangor, minggu lepas.
AWANI Tonight: Political financing: Understanding challenges behind the bill
As the government gathers input on the Political Financing Bill, Dr. Tricia Yeoh of the University of Nottingham Malaysia highlights key issues and challenges hindering the bill's passage.
AWANI Tonight: Mourners bid farewell to victims at Al-Ahli hospital
Mourners gathered at Al-Ahli Arab Baptist Hospital to bid farewell to Palestinian victims of Israeli strikes on Gaza City, amidst widespread destruction and debris.
AWANI Tonight: M'sia ready to accept 15 Palestinian prisoners
Malaysia is prepared to accept 15 Palestinians released from Israeli prisons and resettle them here, says Foreign Minister Datuk Seri Mohamad Hasan.

Liga Super: Jumlah penyertaan pasukan hanya diketahui hujung bulan depan - MFL
Dengan hanya berbaki 44 hari lagi, ia akan menjadi tempoh yang sangat kritikal, terutama buat kelab yang sedang bergelut dengan isu kewangan.

Dua kanak-kanak hilang, dikhuatiri lemas di Batang Mukah
Mangsa Dexper Kiu Kuang Wei, 10, dan adik perempuannya Susie Kiu, 7, dikatakan tiba-tiba tenggelam dan hilang dibawa arus.

Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLIA selepas isytihar kecemasan
Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.

Asing tempat duduk dalam pawagam untuk didik masyarakat - MB Terengganu
Langkah yang dilaksanakan itu adalah satu proses mendidik masyarakat di negeri berkenaan agar mematuhi syariah dalam aktiviti yang dijalankan.

Normal baharu: Lagu dikir barat didik masyarakat patuhi PKP - JaPen Kelantan
Bagi memastikan rakyat khususnya masyarakat negeri Kelantan memahami Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Jabatan Penerangan Kelantan memperkenalkan sebuah lagu berkonsepkan Dikir Barat bagi tujuan itu.