KUALA LUMPUR: Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Beliau menggantikan Datuk Seri Shamshun Baharin Mohd Jamil yang bersara wajib.
SPRM dalam satu kenyataan memaklumkan, Norazlan, 57, yang merupakan Pengarah Kanan Siasatan SPRM pernah memegang jawatan sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Integriti Agensi, Pengarah SPRM Selangor dan Pengarah Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia (MACA).
Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan Ketua Staf Pejabat Eksekutif Ketua Pesuruhjaya SPRM, Ketua Unit Integriti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Pengarah SPRM Johor.
Menurut SPRM, Norazlan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Science in Business Control System, pengkhususan dalam bidang Perakaunan daripada University of North Texas, Amerika Syarikat dan Ijazah Sarjana Science in Economic Crime Management (Kepujian) daripada HELP University, Malaysia.
“Beliau mula menyertai SPRM pada 9 Februari 1989 dan sepanjang tempoh perkhidmatan berpengalaman luas serta banyak terlibat dalam pelbagai inisiatif pencegahan rasuah di dalam dan luar negara,” kata SPRM dalam kenyataan itu.
Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Hishamuddin Hashim pula dilantik sebagai Pengarah Kanan Siasatan SPRM yang baharu berkuat kuasa pada tarikh sama manakala Ketua Unit Integriti, Kementerian Pengangkutan, Datuk Tan Kang Sai menggantikan Hishamuddin.
Dalam pada itu, SPRM menganjurkan Majlis Paluan Berundur sempena persaraan Shamshun Baharin di Ibu Pejabat SPRM semalam dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara.
Shamshun Baharin bersara wajib sebagai penjawat awam pada usia 60 tahun selepas berkhidmat di Badan Pencegah Rasuah (BPR) dan SPRM selama 37 tahun sejak tahun 1984.
Beliau memulakan karier di BPR/SPRM sebagai pegawai penyiasat dan memegang pelbagai jawatan penting sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
Antaranya, Ketua Cawangan Pendaftaran Rahsia, Pengarah Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Pengarah Bahagian Keutuhan Pengurusan, Pengarah Bahagian Pengurusan Rekod dan Maklumat, Pengarah Bahagian Perisikan, Pengarah Bahagian Pendidikan Masyarakat dan seterusnya dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) SPRM pada 4 Oktober 2016.
“Sehubungan itu, SPRM merakamkan ucapan terima kasih atas usaha dan sumbangan bakti Shamshun Baharin sepanjang dalam perkhidmatan di BPR/SPRM bagi membanteras rasuah di negara ini.
“Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga SPRM turut mengucapkan tahniah atas pelantikan pucuk pimpinan baharu ini sekali gus menjadikan SPRM terus cemerlang,” kata SPRM lagi.
Astro Awani
Thu Sep 02 2021
![Norazlan dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu Norazlan dilantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM baharu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-09/51630559807_SPRM.jpg)
Norazlan (kanan) dilantik sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu berkuat kuasa hari ini. - Gambar Twitter SPRM
![Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-03/81646741163_DatukWilliamNg.jpg)
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
![Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030 Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71694910732_DatukArthurJoseph.jpg)
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
![Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000 Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721027842_TBpengaruh.jpg)
Siasatan dana awam babit pempengaruh suami isteri, SPRM beku 20 akaun lebih RM740,000
SPRM membekukan kira-kira 20 akaun bank dengan nilai lebih RM740,000 susulan siasatan penyelewengan dana derma awam melibatkan pasangan pempengaruh bersama dua lagi individu.
![Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720940460_TBpengaruh.jpg)
Reman pempengaruh suami isteri, dua individu disambung 3 hari
Empat individu termasuk pasangan suami isteri yang juga pempengaruh, yang ditahan 10 Julai lalu kerana disyaki terlibat penyelewengan derma, disambung reman empat hari pada Ahad.
![Gugur kes penipuan: SPRM tahan pegawai, anggota penguat kuasa disyaki terima RM20,000 Gugur kes penipuan: SPRM tahan pegawai, anggota penguat kuasa disyaki terima RM20,000](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720796921_TBsprm.jpg)
Gugur kes penipuan: SPRM tahan pegawai, anggota penguat kuasa disyaki terima RM20,000
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai dan dua anggota penguat kuasa yang disyaki meminta serta menerima rasuah sebagai balasan untuk menggugurkan satu kes penipuan.
![Pempengaruh suami isteri kekal direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah Pempengaruh suami isteri kekal direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720780451_TBAlifTeega.jpg)
Pempengaruh suami isteri kekal direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah
Pasangan suami isteri pempengaruh yang tular berhubung kes derma kekal direman selama empat hari.
![Pensyarah kanan IPTA mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu Pensyarah kanan IPTA mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41720771716_AbdAzizMohdAzodde.jpg)
Pensyarah kanan IPTA mengaku tidak bersalah kemuka tuntutan palsu
Seorang pensyarah kanan sebuah institut pengajian tinggi awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM22,866.20, empat tahun lalu.
![SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71720757513_sprmbernama.jpg)
SPRM tahan penguat kuasa lindungi kegiatan pelacuran di ibu negara
Menerima imbuhan dan bersekongkol dengan sindiket pelacuran, beberapa anggota penguat kuasa ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) baru-baru ini.
![Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700042191_SPRMMDBrasuah.jpg)
Isu HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu
Seramai 10 individu hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini hari ini bagi membantu siasatan isu tadbir urus HRD Corp.
![Tiada exco kerajaan Kelantan terlibat rasuah - MB Tiada exco kerajaan Kelantan terlibat rasuah - MB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720690863_TBMohdNassuruddin.jpg)
Tiada exco kerajaan Kelantan terlibat rasuah - MB
Kerajaan Kelantan mengesahkan tiada pemimpin khususnya exco-exco negeri disabit dengan kesalahan rasuah, kata Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Nassuruddin Daud.
![Pempengaruh suami isteri direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah Pempengaruh suami isteri direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720676343_pempengaruh.jpg)
Pempengaruh suami isteri direman 4 hari kes salah guna kuasa, rasuah
Menurut peguam, pihak SPRM membuat permohonan reman selama tujuh hari namun mahkamah membenarkan perintah tahanan sehingga Ahad.
![Isu HRD Corp: 6 individu tiba di SPRM untuk beri keterangan Isu HRD Corp: 6 individu tiba di SPRM untuk beri keterangan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/51664010181_HishamuddinHashim.jpg)
Isu HRD Corp: 6 individu tiba di SPRM untuk beri keterangan
SPRM menjangkakan 10 individu daripada HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia dijadual diambil keterangan mereka hari ini.