KUALA LUMPUR: Kira-kira 80,000 isi rumah, yang merupakan golongan miskin tegar yang berdaftar sebagai penerima bantuan dalam sistem eKasih telah dibersihkan daripada sistem tersebut, setakat hujung tahun lalu.
Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata, angka sebenar kumpulan miskin tegar dijangka diperolehi selepas Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dikemas kini sepenuhnya.
"eKasih perlu dibersihkan dan dikemaskini daripada satu masa ke satu masa sebab itu kita memastikan semua data-data ini digabung dalam PADU.
"Apabila sesebuah keluarga itu masuk ke dalam eKasih dan disyaratkan untuk mendapat bantuan kerajaan, mesti berada dalam ekasih.
"Ada keadaan yang dia (miskin tegar) sebenarnya tak nak keluar dalam eKasih sebab itu angka (miskin tegar) buat macam mana pun, kalau berdasarkan eKasih dia tak turun," katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ismail Abd. Muttalib (PN-Maran) yang bertanyakan berapakah jumlah miskin tegar yang telah dikenal pasti di bawah program eKasih, selain meminta penjelasan mengenai usaha kerajaan menoktahkan miskin tegar.
Mengulas lanjut, Rafizi (PH-Pandan) berkata konsep menoktahkan miskin tegar dibuat berdasarkan laporan kadar kemiskinan tegar di seluruh negara setiap tahun.
"Contoh tahun 2022, 18,445 keluarga miskin tegar di seluruh negara dan ini adalah laporan rasmi negara kepada dunia. Maknanya program kerajaan yang dipantau secara rasmi menunjukkan bahawa 18,445 keluarga telah dikeluarkan (daripada miskin tegar).
"Sudah tentu dari satu tahun ke satu tahun (angka itu akan berubah) kerana garis kemiskinan tegar itu berubah. Jadi kita kena lihat pada pelaporan miskin tegar pada tahun itu dan itu lah dijadikan sasaran oleh kerajaan untuk mengeluarkan sejumlah itu setiap tahun. Kalau ada 20,000 (miskin tegar), maka 20,000 lah akan dikeluarkan.
"Bukannya bermakna menoktahkan miskin tegar bermaksud tidak ada miskin dalam sesebuah negara kerana kemiskinan itu adalah relatif. Kalau macam itu, tak payah ada kerajaan... tak payah ada zakat," kata Rafizi.
Jelas beliau, berdasarkan Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi dan Kemudahan Asas 2022, kadar kemiskinan tegar seluruh negara berkurang daripada satu peratus pada tahun 2020 kepada 0.2 peratus atau 18,445 isi rumah pada 2022.
Pada Januari tahun ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha kerajaan ke arah menoktahkan kemiskinan tegar di negara ini semakin hampir, dengan dua negeri iaitu Negeri Sembilan dan Wilayah Persekutuan berjaya mencapai sasaran itu tahun lalu.
Hasimi Muhamad
Thu Mar 14 2024

Rafizi berkata konsep menoktahkan miskin tegar dibuat berdasarkan laporan kadar kemiskinan tegar di seluruh negara setiap tahun - Gambar fail/Bernama
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI bantu kerajaan noktah kemiskinan - Bung Moktar
Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI adalah antara langkah awal bagi membantu usaha Kerajaan Persekutuan menoktahkan kemiskinan di luar bandar khususnya di Sabah.

TPM Ahmad Zahid mahu KKDW tingkat usaha noktah kemiskinan rakyat luar bandar
Ahmad Zahid gesa pastikan setiap perancangan dan program yang dilakukan mempunyai keberkesanan untuk kumpulan sasaran iaitu rakyat luar bandar.