KOTA KINABALU: Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI adalah antara langkah awal bagi membantu usaha Kerajaan Persekutuan menoktahkan kemiskinan di luar bandar khususnya di Sabah, kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin.
Beliau berkata jawatankuasa itu antara lain berperanan menyelaras program sosioekonomi rakyat seperti memberi pendidikan dan kemahiran keusahawanan bagi membantu golongan sasar menjana pendapatan seterusnya mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah.
Ahli Dewan Undangan Negeri Lamag itu berkata lebih 2,400 individu membabitkan 32 daripada 73 Dewan Undangan Negeri di Sabah telah dilantik bagi menggerakkan peranan jawatankuasa berkenaan di kawasan masing-masing setakat ini.
"Matlamat khusus kita adalah membantu Sabah mengurangkan kemiskinan tegar dan Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI tidak bertindih dengan tugas Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan watikah pelantikan jawatankuasa itu hari ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah itu berkata JKKK berperanan mengurus dan mentadbir kampung manakala Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI menyelaras program sosioekonomi serta keusahawanan di kampung terbabit.
Pada 9 Mei lepas, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menyerahkan watikah pelantikan Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI kepada Bung Moktar yang mewakili 132 pengerusi dan setiausaha jawatankuasa itu dari 66 kampung di Kinabatangan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 17 2024

Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI adalah antara langkah awal bagi membantu usaha Kerajaan Persekutuan menoktahkan kemiskinan di luar bandar khususnya di Sabah, kata Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin. - Gambar fail/Sinar Harian

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Fungsi JKDM tidak bertindih dengan JPKK, JPKKP
JPKK dan JPKKP berperanan mengurus dan mentadbir sesuatu kampung manakala JKDM bertindak menyelaras program sosioekonomi dan keusahawanan.

Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI bantu kerajaan noktah kemiskinan - Bung Moktar
Jawatankuasa Komuniti Desa MADANI adalah antara langkah awal bagi membantu usaha Kerajaan Persekutuan menoktahkan kemiskinan di luar bandar khususnya di Sabah.