Sehubungan itu, Nippon Sushi menafikan sekeras-kerasnya sebarang dakwaan yang mengaitkan syarikat mereka dengan entiti yang disebutkan dipercayai Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISB).
"Antara nama-nama syarikat di bawah jenama Nippon Sushi termasuk Ar Raiyyan Sushi Sdn Bhd dan As Syakirin Sushi Sdn Bhd, dipilih berdasarkan nama anak-anak pengasas kami.
"Manakala, nama Al Ikhwan Sushi Sdn Bhd dipilih dengan maksud yang lebih mendalam, iaitu 'persahabatan' yang mencerminkan hubungan erat dan kerjasama yang kami bina dengan rakan-rakan pemegang saham lain," katanya dalam kenyataan itu pada Khamis.
Nippon Sushi menambah pihaknya komited menjalankan perniagaan dengan integriti, mematuhi semua peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.
Francais makanan Jepun itu berkata matlamat Nippon Sushi adalah untuk menyediakan makanan yang memenuhi selera pelanggan, selain memastikan operasi sentiasa selaras dengan nilai dan prinsip yang murni.
"Sekiranya ada sebarang kekeliruan atau pertanyaan lanjut, pihak kami sedia untuk memberikan penjelasan dan maklumat yang lebih terperinci," kata Nippon Sushi.