"Saya berasa hebat sebagai Ketua Menteri Sarawak dan apakah pencapaian saya dalam tempoh 100 hari... ia adalah untuk anda membuat penilaian," kata Tan Sri Adenan Satem.
Itulah rumusan Ketua Menteri Sarawak itu berhubung 100 hari pertama beliau sebagai ketua eksekutif negeri yang terbesar di Malaysia, selepas mengambil alih sebagai jawatan itu pada 28 Feb tahun ini.
"(Perkara yang paling utama ialah) terdapat peralihan yang lancar antara bekas Ketua Menteri (Tun Abdul Taib Mahmud) dan saya. Ramai telah menunjukkan sokongan mereka, termasuk pembangkang yang juga membuat kunjungan hormat ke atas saya. Saya berasa hebat," kata Adenan pada sesi khas dengan media sempena 100 hari beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak, yang jatuh pada 8 Jun.
Menjawab pelbagai soalan, beliau yang kelihatan tenang dan bersahaja, merumuskan 100 hari pertama itu terlalu singkat untuk menyatakan apakah pencapaiannya, dan menjelaskan bahawa beliau meneruskan kesinambungan dasar-dasar kepimpinan kerajaan sebelum ini.
"Saya mempunyai idea-idea sendiri tetapi semua itu boleh dilaksanakan kemudian. Apabila terdapat perkara-perkara yang baik, mengapa kita perlu menukarnya hanya sekadar untuk melakukan perubahan," kata pemimpin berusia 70 tahun itu.
Adenan menjelaskan bahawa beliau masih menyesuaikan dirinya dengan panggilan CM (Ketua Menteri), gelaran yang begitu sinonim dengan Taib (yang kini merupakan Yang Dipertua Negeri) dan telah menjadi Ketua Menteri Sarawak selama 33 tahun.
Mengenai visi dan misinya bagi Sarawak, Adenan berkata beliau mahu melihat negeri Sarawak menjadi sebuah negeri yang progresif, ceria dan harmoni, sejajar dengan konsep gagasan 1Malaysia.
Beliu melahirkan keyakinan Sarawak kini berada dalam landasan yang betul untuk menjadi negeri berpendapatan tinggi menjelang 2020 dengan sokongan daripada kerajaan Persekutuan.
"Saya fikir kita boleh mencapai sasaran itu," kata Adenan, sambil menambah kata bahawa cabaran utama kini adalah untuk merapatkan jurang pendapatan antara penduduk di kawasan bandar dengan luar bandar dan membasmi kemiskinan."
Berbanding dengan tahap kemiskinan pada 20-30 tahun lalu, kadar itu berjaya dikurangkan, namun cabaran kini adalah antara kemiskinan di luar bandar dengan kemakmuran bandar.
"Keadaan ini wujud kerana kurangnya peluang (ekonomi) di luar bandar. Pada suatu ketika nisbah penduduk di luar bandar dan bandar adalah 70:30 tetapi kini penduduk bandar-luar bandar sudah seimbang iaitu 50:50.
"Kita tidak boleh menyalahkan rakyat kerana perbezaan ini atau jurang yang wujud. Kami perlu menutup jurang itu dengan memberi penekanan dan tumpuan kepada pembangunan luar bandar. Sarawak adalah sebuah negeri besar yang mempunyai lebih 5,000 rumah panjang dan kampung-kampung.
"Kami masih kekurangan infrastruktur. Oleh itu, kami akan mewujudkan lebih banyak kawasan nukleus, pusat pertumbuhan wilayah sebagai pemangkin dan lebih banyak pusat pertumbuhan luar bandar sebagai usaha mengurangkan penghijrahan dari luar bandar ke bandar," katanya.
Adenan berkata beliau gembira bahawa Kerajaan Persekutuan terbuka kepada permintaan Sarawak untuk mendapatkan kadar royalti minyak yang lebih tinggi.
Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan kerajaan negeri terbuka kepada cadangan bahawa sebahagian daripada peningkatan yang akan diberikan itu daripada segi ekuiti seperti lima peratus gas dan 10 peratus lagi minyak.
"Tujuannya adalah untuk meningkatkan pendapatan daripada industri minyak dan gas untuk Sarawak dan membuka peluang-peluang ekonomi bagi rakyat terlibat secara langsung dalam industri minyak dan gas," katanya.
Pada sesi itu, Adenan mendedahkan bahawa Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) telah menerima sokongan menggalakkan, melebihi jangkaan kerajaan dan mengorak gelombang kedua perindustrian yang akan membuka ribuan peluang pekerjaan.
Dilancarkan pada 2008, 18 projek pelaburan diluluskan untuk SCORE dengan jumlah pelaburan sebanyak RM29.43 bilion, yang dijangka mewujudkan lebih 15,000 peluang pekerjaan. Empat belas projek dengan pelaburan berjumlah RM24.17 bilion terletak di Taman Perindustrian Samalaju, satu projek bernilai RM0.6 bilion di Mukah, dua projek bernilai RM2.11 bilion di Tanjung Manis dan satu projek bernilai RM2.55 bilion di Tanjung Kidurong.
Adenan berkata kedudukan kewangan Sarawak berada pada tahap yang baik dengan penarafan kredit dan rizab yang tinggi.
Sarawak mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh dengan lebihan pendapatan beberapa tahun berturut-turut, dengan RM22 bilion rizab negeri pada tahun lepas.
Bernama
Sat Jun 07 2014
![Nilai sendiri pencapaian saya, kata Adenan Nilai sendiri pencapaian saya, kata Adenan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2014-02/41393597509_295x200.jpg)
Tan Sri Adenan Satem
AWANI Ringkas: Tangani isu sekolah padat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 10 Februari 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 10 Februari 2025
1️⃣ Tangani isu sekolah padat
2️⃣ Langkah dilaksana dengan program bersifat inklusif
3️⃣ Sifatkan cadangan Israel sebagai satu provokatif
#awaniringkas
1️⃣ Tangani isu sekolah padat
2️⃣ Langkah dilaksana dengan program bersifat inklusif
3️⃣ Sifatkan cadangan Israel sebagai satu provokatif
#awaniringkas
Perjumpaan PM Anwar bersama warga Jabatan Perdana Menteri
Ikuti langsung perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri yang dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya.
![Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/51737685068_TBgari.jpg)
Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [10 Februari 2025]
Fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
- Ditegur diminta alihkan barang disyaki punca lelaki lepaskan tembakan - Pengarah JSJ
- Insiden tembakan di Setia Alam: Rujuk media rasmi, elak terjebak maklumat palsu - Fahmi
- Dr Wan Azizah gesa rakyat tolak anasir lagakan isu perkauman
#AWANIpagi #AWANInews
![Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/81732335597_AMAZON.jpg)
Amazon turut dilaporkan berminat untuk mendapatkan TikTok
Laporan terbaharu menyatakan Amazon turut telah menyatakan hasrat dalam mendapatkan pegangan pada TikTok.
![Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739145822_tbPlayStation.jpg)
Akses 5 hari percuma PlayStation+ kepada pelanggan terjejas
Pemacu Blu-Ray untuk PS5 Pro serta PS5 Slim turut tidak boleh membaca cakera permainan fizikal kerana tidak dapat disahkan dalam talian.
![Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/61729211988_EmmanuelMacron.jpg)
Perancis umum pelaburan €109 bilion dalam sektor AI
pelaburan tersebut termasuk rancangan firma pelaburan Kanada, Brookfield, untuk melabur sebanyak 20 bilion euro.
![Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739145604_tbJabaliyarefugeec.jpg)
Palestin perlu hidup aman dengan Israel - PBB
Beliau turut menggesa penolakan terhadap sebarang kemungkinan untuk kembali kepada situasi yang membawa lebih banyak kematian dan kemusnahan.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas di muara Sungai Keluang
Seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ketika bot dinaikinya dilambung ombak, ditemukan lemas di muara Sungai Keluang, jertih pada ahad.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Besut Muhammad Azrul Izzham Zulkifli berkata pihaknya menerima laporan kejadian berkenaan pada 10.15 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian untuk operasi dan menyelamat (SAR).
![60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa 60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/51690001870_TBAbangJohariOpeng.jpg)
60 tahun merdeka, nadi juang Tok Nan masih terasa
Katanya, warisan kepimpinan harus diperkasakan agar negeri ini maju, aman dan makmur, serta dikenali masyarakat.
![Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-08/71628511219_AbdulKarimRahmanH.jpg)
Biasiswa Kursi Tok Nan RM2.4 juta untuk kajian etnik minoriti Sarawak
Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Sarawak memperuntukkan biasiswa Kursi Tok Nan berjumlah RM2.4 juta untuk menjalankan kajian mengenai etnik-etnik minoriti di negeri itu.
![Mengenang Tok Nan: Tuhan nyuruh aku bantu rakyat! Mengenang Tok Nan: Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-01/51610349518_TokNan.jpg)
Mengenang Tok Nan: "Tuhan nyuruh aku bantu rakyat!"
Tan Sri Adenan Satem pernah diingatkan kerja kuat boleh mendatangkan risiko kesihatan terhadapnya, namun beliau tidak peduli, beliau masih gigih memilih untuk berbakti kepada negeri Sarawak.
![Tok Nan terus dirindui ... Tok Nan terus dirindui ...](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-01/71547201105_ADENAN.jpg)
Tok Nan terus dirindui ...
Hari ini, genap empat tahun pemergian pemimpin kesayangan Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra dengan panggilan Tok Nan.
![Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/41604915753_ABANGJOHARI.jpg)
Perkhidmatan Feri Triso henti operasi empat tahun lagi - Abang Jo
Dengan kos RM848 juta, jambatan terpanjang di Malaysia dengan jarak 5.2 kilometer itu dijangka siap dalam tempoh empat tahun lagi.
![Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2020-11/81606391450_JamesMasing.jpg)
Jangan ubah hanya kerana mahukan perubahan - Masing
Tan Sri Dr James Jemut Masing mahu rakyat negeri itu untuk terus beri mandat kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk pastikan usaha memacu pembangunan dan ekonomi tidak terhenti.
![Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2018-07/81532244346_KEMERDEKAANSARAWAK.jpg)
Hari Sarawak, Hari Malaysia, Hari Kebangsaan
Betulkah Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963? Tanggal 22 Julai diisytiharkan sebagai Hari Sarawak dan cuti umum mulai 2016 di sebalik sentimen nasionalisme negeri yang menggelegak ketika itu.
![GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/51547914402_GPS.jpg)
GPS mampu pastikan hak Sarawak kembali terjamin
Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan terus memastikan agenda mendapatkan hak negeri itu, seperti mana termaktub di bawah Perjanjian Malaysia 1963
![Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547201105_ADENAN.jpg)
Rindu akan Tok Nan masih tebal biar dua tahun berpergian abadi
Amat jarang dalam sejarah Sarawak, pemergian seorang pemimpin diratapi dan diruntuni. Namun tidak bagi Pehin Sri Adenan Satem, atau Tok Nan, negarawan 72 tahun yang menghembuskan nafas terahirnya.
![Kelantangan Tok Nan dirindui Kelantangan Tok Nan dirindui](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-01/71547201105_ADENAN.jpg)
Kelantangan Tok Nan dirindui
11 Januari 2019 genap 2 tahun pejuang Bumi Kenyalang, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem atau lebih mesra digelar Tok Nan bertemu Sang Pencipta.