Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) bakal mempertingkatkan sistemnya, yang kini dalam proses membangunkan Sistem Integrasi Imigresen Nasional (NIISE), kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin.
Beliau berkata sistem baharu itu akan mengatasi segala kelemahan yang terdapat pada sistem lama, Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs), yang dijangka akan dilaksanakan sekurang-kurangnya tiga tahun dari sekarang.
"Kami telah memanggil beberapa syarikat besar untuk memasuki tender bagi mempertingkatkan sistem JIM. Ia satu sistem yang besar dan memerlukan sedikit masa untuk penghasilannya," katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Sub Taktikal Pasukan Gerakan Am Teluk Melano, berhampiran sempadan Malaysia-Indonesia di sini hari ini.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2018 Siri 3 yang dibentangkan di Parlimen minggu lalu mengesahkan terdapat 214,398 warga asing didapati tidak mempunyai rekod keluar dari Malaysia setakat 15 April lepas iaitu terdapat masalah teknikal pada sistem MyIMMs yang mencatatkan sebanyak 4,489 kes 'system down' bagi tempoh 2016 hingga 2018.
Sementara itu, beliau juga menafikan tuduhan bahawa terdapat kira-kira enam juta warga asing yang tiada dokumen berada di negara ini.
Hamzah berkata penangkapan warga asing yang dilakukan penguat kuasa secara purata bagi tiap-tiap tahun adalah kira-kira 500,000 orang dan daripada jumlah itu, yang benar-benar tiada dokumen adalah 20,000 orang.
"Ini menunjukkan tidak sampai 20 peratus warga asing yang tidak mempunyai dokumen berada di sini dan jika jumlah mereka yang ada dalam negara kira-kira dua juta, jadi saya yakin warga asing yang tiada dokumen yang masih berada di Malaysia adalah sekitar 500,000 sahaja.
"Tidak boleh kita buat tuduhan bahawa jumlah warga asing yang tiada dokumen berada dalam negara ini adalah satu angka yang besar seperti dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan sehingga enam juta orang," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 18 2020
Beliau berkata sistem baharu itu akan mengatasi segala kelemahan yang terdapat pada sistem lama, Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs). - Gambar fail
Dewan Rakyat lulus RUU Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia
Rang Undang-Undang Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia 2024 yang bertujuan menubuhkan MCBA diluluskan persidangan Dewan Rakyat, hari ini.
PAC akan mulakan prosiding isu dibangkit LKAN Siri 2/2024
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memulakan prosiding bagi empat isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) Siri 2/2024.
AWANI Ringkas: Kes bunuh Nur Farah Kartini | Skandal LCS
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Chong Zhemin, tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
Masuk Pas untuk sama-sama susah dengan rakyat - ADUN Rembia
Muhamad Jailani berkata, sebelum ini beliau pernah menghantar surat kepada Lembaga Disiplin UMNO memohon untuk memecat keahliannya daripada parti Melayu itu.
[TERKINI] Astro dipilih sebagai penyiar rasmi Olimpik Paris 2024
Astro dipilih sebagai penyiar rasmi bagi Sukan Olimpik Paris 2024 bermula hujung bulan ini.
[TERKINI] Speaker DUN Melaka tunggu surat rasmi Muhammad Jailani
DUN Melaka masih menunggu surat rasmi daripada Pas berhubung tindakan ADUN Rembia, Datuk Muhamad Jailani Khamis yang menyertai Pas.
Sasar sumbang RM500 bilion kepada kdnk tempoh tiga tahun
Selangor perlu merancakkan semula kapasiti pembuatan untuk tidak hanya memenuhi keperluan tempatan, tetapi menjadikan negeri itu sebagai asas kepada pelan peluasan ke rantau Asia Tenggara dan Asia.
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Sah suspek anggota polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan suspek bunuh Nur Farah Kartini, ialah anggota polis.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Suspek juga yang dipercayai teman lelaki mangsa dan bertugas di Perak.
Enam ahli Bersatu diserahkan notis terhenti serta-merta hari ini
Hamzah dalam kenyataan hari ini berkata tindakan itu selaras dengan arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti yang bermesyuarat pada 7 Jun lepas.
Mesyuarat MPT: Status tujuh wakil Bersatu sokong PM sudah diputuskan
Status enam Ahli Parlimen dan seorang ADUN Bersatu yang berpaling tadah dengan menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah diputuskan dalam mesyuarat MPT.
Tak boleh sokong PM: 10 ADUN Bersatu Perlis, Terengganu serah Surat Arahan MPT
Seramai 10 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyerahkan Surat Arahan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT).
Cadangan pergi pasar: 'Hamzah nak elak jawab PN dukung golongan kaya, warga asing' - Anwar
Perdana Menteri menegaskan beliau hampir setiap minggu turun ke warung kecil dan pasar di seluruh negara serta bertanya keadaan rakyat.
PM bidas kenyataan Hamzah mengenai penyasaran subsidi
Anwar menekankan, penyasaran dibuat bagi menarik subsidi dari golongan kaya dan warga asing kerana diesel tidak digunakan majoriti rakyat.
Bekas Setpol Hamzah Zainuddin didakwa terima rasuah RM350,000
Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa menerima rasuah daripada seorang pengarah syarikat sebagai upah bagi mendapatkan tender pembekalan.
Ahli Parlimen, ADUN Bersatu diberi tempoh 14 hari nyata pendirian - Hamzah
Semua wakil rakyat Bersatu termasuk enam Ahli Parlimen dan ADUN yang berpaling tadah dengan menyatakan sokongan kepada Kerajaan Perpaduan diberi tempoh 14 hari untuk menyatakan pendirian mereka.
Bersatu serah notis kepada enam ahli Parlimen selepas PRK Kuala Kubu Bharu - Hamzah
Bersatu akan mengeluarkan notis berhubung status kedudukan enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas PRK Kuala Kubu Bharu.
PN sambut baik keputusan kerajaan beri peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang
Perikatan Nasional (PN) menyambut baik keputusan yang dibuat kerajaan bagi memberikan peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang.
Dewan Rakyat kecoh: 'Saya berpuasa.. sabarlah' - Azalina
Dewan Rakyat kecoh apabila penggulangan Datuk Seri Azalina Othman Said mengenai RUU Kekebalan Bidang Kuasa Negara Asing 2023 dicelah Datuk Seri Hamzah Zainudin.