SEREMBAN: Satu sesi perjumpaan membabitkan badan bukan kerajaan (NGO) bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) berhubung cadangan pindaan Perlembagaan Persekutuan oleh KDN membabitkan isu kewarganegaraan kepada kanak-kanak terbiar akan diadakan dalam waktu terdekat.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada beliau pagi tadi selaku kementerian yang bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan itu.
Beliau berkata perbincangan berkenaan terutama Seksyen 1 (e) iaitu bagi kedudukan kanak-kanak terpinggir atau terbuang sangat penting sekali gus dapat memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.
"Kebetulan saya bercakap dengan Menteri Dalam Negeri (Saifuddin Nasution) pagi tadi dan beliau amat responsif... saya banyak menerima respons daripada pihak NGO, oleh kerana saya menjaga bahagian kanak-kanak, saya diminta membantu hal ini membabitkan perlindungan kepada mereka terutama Seksyen 1 (e) yang menjadi kegusaran mereka.
"Kita masih ada masa... saya harap ada perkembangan baharu melalui sesi perjumpaan itu. Saya mahukan yang terbaik bagi melindungi kanak-kanak ini, terima kasih kepada menteri KDN," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Peringkat Kebangsaan 2023 di sini hari ini.
Dalam pada itu, Nancy berkata setakat April lepas, terdapat 564 PPDK di seluruh negara yang memberi manfaat kepada 18,760 Orang Kurang Upaya (OKU) membabitkan 5,144 penyelaras dan petugas.
"Kita yakin kewujudan PPDK di seluruh negara ini akan menyumbang kepada penyampaian perkhidmatan yang lebih bersistematik, tersusun dan terancang dalam menjaga pemulihan, keselamatan dan pembangunan OKU," katanya.
Beliau berkata sehingga 31 Mei lepas, sejumlah 654,270 OKU telah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat tertakluk kepada Akta OKU 2008 (Akta 685) dan dilakukan secara sukarela atas tanggungjawab sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 03 2023
Datuk Seri Nancy Shukri berkata perkara itu dinyatakan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kepada beliau pagi tadi selaku kementerian yang bertanggungjawab menjaga kebajikan golongan itu. - Gambar fail/BERNAMA
Komuniti antarabangsa kutuk rejim tentera Myanmar pada ulang tahun rampasan kuasa
Rejim tentera didesak supaya meredakan konflik, memastikan akses kemanusiaan tanpa halangan serta mengutamakan perlindungan orang awam.
50 pesakit dari Gaza masuk Mesir melalui pintu sempadan Rafah untuk rawatan
Mereka merupakan kumpulan pertama pesakit Gaza yang memasuki Mesir melalui pintu masuk itu bagi mendapatkan rawatan perubatan sejak Mei tahun lepas.
1.5 juta penganut Hindu dijangka banjiri P. Pinang sempena Thaipusam
Semua pihak terutama kuil dan jawatankuasa yang terlibat sempena perayaan itu sedang melakukan persiapan rapi.
Pembelian 30 pesawat pejuang dari Kuwait dimuktamad tahun ini - Adly
Perkara itu dimuktamad selepas semua dokumentasi antara Kuwait Air Force (KAF) dan Amerika Syarikat diselesaikan dalam masa terdekat.
India umum langkah belanjawan pacu pertumbuhan ekonomi, tingkat perbelanjaan ketenteraan
Ekonomi India dijangka berkembang pada kadar 6.4 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2026.
Pulau Pinang terus jadi tumpuan pelancong pada musim cuti
Kedai-kedai nasi kandar di Jalan Gurdwara dan Jalan Datuk Keramat serta cendol dan air sarbat di Jalan Penang di sini menjadi tumpuan pelancong.
Muzium Nasional Hangeul di Seoul terbakar, seorang anggota bomba cedera
Ketika kejadian, muzium berkenaan ditutup kepada orang ramai bagi kerja-kerja pembesaran.
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
NGO diseru sertai jawatankuasa khas bantu bangunkan semula Gaza - Mohd Na’im
Penglibatan semua pihak mustahak dalam menjayakan hasrat Perdana Menteri agar Malaysia memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Palestin.
Permohonan bantuan kewangan program perpaduan secara dalam talian
Insentif bantuan kewangan kepada NGO bagi penganjuran program perpaduan akan diuruskan secara dalam talian menerusi portal bermula tahun ini.
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO anjur program BeST - Dr Zaliha
Kerajaan sedia salur peruntukan kepada NGO atau persatuan yang berminat menganjurkan aktiviti pembersihan dan keceriaan di Wilayah Persekutuan.
Kaji akses polis kepada data telefon bimbit dalam undang-undang sedia ada - Lee
Beberapa undang-undang, disaran supaya disemak semula bagi menyediakan garis panduan yang jelas dan khusus terhadap akses polis kepada data telefon bimbit.
Belia bekas banduan antara fokus program golf amal anjuran SAY
Kejohanan Golf Amal yang dianjurkan Selangor Youth Community (SAY) dengan kerjasama Titijaya Land Berhad dan Kelab Bola Sepak Selangor (SFC) di Tropicana Golf & Country Resort.
Banjir: NGO dan swasta ingin salur bantuan dinasihat rujuk JKM, NADMA
Nancy berkata, pelarasan perlu dibuat bagi memastikan agihan bantuan lebih tersusun dan menyeluruh.
Penuntut IPTA direman dua hari bantu siasatan kes penipuan
Suspek yang berusia 23 tahun tiba ke pekarangan mahkamah tersebut dengan dibawa menggunakan kereta polis kira-kira pukul 8.28 pagi.
Pihak ditipu pelajar universiti diminta buat laporan polis
"Kalau ada yang mahu buat laporan polis terhadapnya, dia akan membayar kembali wang yang diterima dan dia turut ugut untuk bunuh diri."
Malaysia kongsi kemajuan DRR pada APMCDRR di Manila - Ahmad Zahid
Malaysia telah berkongsi kemajuan dalam DRR dengan mengetengahkan Dasar Pengurangan Risiko Bencana Negara 2030 pada APMCDRR di Manila, Filipina.
Malaysia disaran anjur persidangan untuk satukan pemimpin belia Islam perjuangkan isu Palestin
Persidangan itu mampu menjadi satu bentuk kerjasama penting, di samping memupuk kewujudan satu barisan hadapan bersepadu.