Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen PKR Batu Pahat Datuk Rashid Hasnon dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu selepas pengundian bersurat.
Mereka menggantikan Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Ronald Kiandee dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Said dari UMNO.
Pelantikan mereka disahkan selepas dua calon tersebut memperolehi undian tertinggi dari kalangan Ahli Parlimen.
Calon ketiga merupakan Ronald yang dicadangkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan disokong Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said.
Rashid mendapat 171 undi, Kor Ming mendapat 124 undi manakala Ronald mendapat 93 undi.
Kor Ming dan Rashid dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan disokong Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kor Ming, 46 tahun, berasal dari Ayer Tawar, Perak dan memegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Malaya.
Selain itu, beliau merupakan Ahli Parlimen Taiping sejak 2008 hingga 2018 dan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Kor Ming adalah Ahli Parlimen Teluk Intan.
Rashid, 58, pula merupakan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari 2013 hingga 2018 dan diletakkan untuk bertanding di Johor pada PRU14.
Beliau berasal dari Muar, Johor dan memegang Ijazah Sarjana dalam Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) serta Sarjana Muda dalam Kejuruteraan Kawalan dari University of Sheffield.
Hafiz Marzukhi
Mon Jul 16 2018
Ahli Parlimen DAP Teluk Intan, Nga Kor Ming dan Ahli Parlimen PKR Batu Pahat Datuk Rashid Hasnon dari PKR dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang baharu.
Mengenang ketokohan Tun Daim Zainuddin - Azam Shairi
Pengarang (Operasi dan Komunikasi Strategik) Media Selangor, Noor Azam Shairi berkongsi pengalamannya menemubual Tun Daim Zainuddin sekitar 2019.
Jenazah Tun Daim selesai disembahyangkan
Hasimi Muhamad membawakan perkembangan pemergian Tun Daim Zainudin dari kediaman bekas Menteri Kewangan itu.
PM Jepun jalani pemeriksaan kesihatan kedua dalam tempoh 5 hari
Perdana Menteri Jepun Shigeru Ishiba menjalani pemeriksaan kesihatan untuk kali kedua di tengah-tengah kebimbangan selepas beliau dilihat terlelap seketika semasa sesi parlimen.
Polis tembak mati 3 lelaki geng pecah rumah, seludup senjata api
Polis menembak mati tiga lelaki yang aktif menjalankan kegiatan seludup senjata api, pecah rumah dan curi kenderaan mewah di Pulau Pinang.
Mengenang Tun Daim: Jenazah Allahyarham selesai disolatkan lebih 500 jemaah
Jenazah Allahyarham Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pada pagi tadi selesai disolatkan di Masjid Wilayah, Jalan Duta di sini petang ini.
Tun Daim membantu kempen saya pada 2018 - Fahmi Fadzil
"Secara peribadi sebagai Ahli Parlimen Lembah Pantai, saya terkenang budi dan jasa Allahyarham yang membantu kempen saya pada 2018" - Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil
TMJ, Erick Thohir rancang masa depan bola sepak Asia Tenggara
Perbincangan mengenai bola sepak dan rancangan masa depan menjadi topik bualan di antara pemilik JDT, Tengku Ismail Sultan Ibrahim, bersama Ketua Umum PSSI, Erick Thohir.
Mengenang Tun Daim Zainuddin - Rais Yatim
Pemergian Tun Daim Zainuddin disifatkan sebagai kehilangan anak watan yang banyak menyumbang khidmat dan jasa dalam membina keutuhan kerajaan khususnya dalam sektor kewangan.
Itu luahan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rais Yatim ketika dihubungi Astro AWANI.
Kita ikuti rakaman perkongsian Rais mengenai Allahyarham Tun Daim.
Itu luahan bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Rais Yatim ketika dihubungi Astro AWANI.
Kita ikuti rakaman perkongsian Rais mengenai Allahyarham Tun Daim.
Pengalaman Tun Daim bukti kemajuan ekonomi negara - Kadir Jasin
Sumbangan Allahyarham Tun Daim Zainuddin dalam bidang ekonomi cukup disegani dalam kalangan wartawan sepanjang menampuk pentadbiran suatu ketika dahulu.
Jenazah Tun Daim akan dikebumikan selepas Asar setakat 4 petang
Firadus Azil membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Tun Daim Zainuddin di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara 1.
Mengenang Tun Daim: Ahli Parlimen ucap takziah
Ahli-ahli Parlimen menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin yang meninggal dunia pagi ini.
‘No pork, no alcohol’ tidak semestinya halal, kerajaan galak premis mohon SPHM
Istilah halal adalah merujuk kepada setiap produk atau premis makanan atau barang gunaan menepati aspek Syariah.
Kerajaan sasar 20 peratus penjualan tahunan EV baharu menjelang 2030
Setakat September 2024, kadar jumlah jualan tahunan yang dicapai ialah 5.11 peratus.
Usaha perkemas Akta Komunikasi dan Multimedia, kekurangan RMM tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dr Kelvin Yii Lee Wuen (PH-Bandar Kuching) meminta Menteri Komunikasi menyatakan pelan untuk mengkaji dan memperkemas Seksyen 233.
Dewan Rakyat lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 peringkat dasar
Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2025 (Belanjawan 2025) di peringkat dasar selepas dibahaskan sejak 21 Okt lepas.
Malaysia sudah salur RM44.7 juta, 5,000 tan bantuan kepada Palestin
Malaysia terus bersuara lantang memperjuangkan pembebasan hak mutlak rakyat Palestin, termasuk di pentas-pentas antarabangsa seperti UNGA dan OIC.
Kad pengenalan sebagai mekanisme subsidi RON95 antara tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu dikemukakan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) kepada Menteri Ekonomi pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.
Azalina tidak anggotai Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan - BHEUU
BHEUU menjelaskan pihaknya dipertanggungjawabkan untuk urusan penyelarasan Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.
KUSKOP, MoF dan KESUMA perinci penyelarasan kenaikan gaji minimum bagi PMKS - Ewon
KUSKOP bersedia mengadakan perbincangan lanjut dengan MoF dan KESUMA mengenai penyelarasan gaji minimum bagi PMKS.
KPKM pertimbang cadangan penetapan harga lantai belian padi RM1,500 per tan metrik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan membincangkan cadangan menetapkan harga lantai belian padi pada RM1,500 per tan metrik.