Kerajaan Pakatan Harapan tidak berminat untuk melihat kembali isu penyelewengan National Feedlot Corporation (NFC), sebaliknya ia mahu memastikan objektif asal dicapai, iaitu memastikan bekalan daging tempatan mencapai tahap 30 peratus.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Salahuddin Ayub berkata, kerajaan perlu terus memandang ke hadapan, serta melakukan langkah konstruktif bagi memastikan negara ini tidak akan mengalami penyusutan bekalan, apatah lagi di saat penganut beragama Islam akan menyambut Aidiladha.
“Saya rasa kerajaan baharu Pakatan Harapan, tidak berminat untuk bawa naratif lama. Biar lama jadi kenangan yang baik jadikan tauladan, tak baik jadi sempadan.
“Saya setuju kita pergi dengan langkah yang lebih konstruktif untuk kita pastikan bekalan daging tempatan capai 30 peratus. Kalau ungkap balik NFC, tak akan pergi ke mana mana...apa di hadapan kita, kena bangunkan dengan tanggungjawab,” katanya sewaktu di Sidang Dewan Rakyat hari ini.
Salahuddin berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Nurul Izzah Anuar (PKR-Permatang Pauh) yang ingin mengetahui rasional kerajaan dalam menyambung semula NFC walaupun ia telah mewujudkan persepsi negatif di pandangan masyarakat.
Terdahulu, menjawab soalan dari Dr Hasan Bahrom (AMANAH-Tampin), Salahuddin berkata bekalan lembu dan kambing termasuk biri-biri bagi persiapan menjelang Aidiladha dijamin mencukupi.
Beliau berkata, berdasarkan statistik pengeluaran, sebanyak 50,125 ekor lembu dan 31,079 ekor kambing termasuk biri-biri telah disediakan.
Dan ini, tambahnya lagi, melebihi permintaan dalam negara iaitu sebanyak 44,673 ekor lembu dan 22,130 ekor kambing termasuk biri-biri.
“Saya beri jaminan bekalan kita cuku…jangan bimbang dan Kementerian Pertanian serta Kementeria Pengguna akan memastikan tiada pihak ambil kesempatan, termasuk cubaan memanipulasi harga,” jelasnya lagi.
Firdaus Azil
Tue Jul 24 2018

Salahuddin berkata bekalan lembu dan kambing termasuk biri-biri bagi persiapan menjelang Aidiladha dijamin mencukupi. - Foto BERNAMA

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

Lelaki langgar isteri, anak berang raya seorang diri
Siasatan polis mendapati EY berada di bawah pengaruh alkohol ketika bertindak di luar kawalan seperti itu.

JPJ Selangor keluar 14,417 notis dalam Op HRAA 2024
Operasi bertujuan memastikan penguatkuasaan dilaksana dengan impak tinggi bagi meminimumkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya.

Pengusaha durian perlu mula tanam dalam skala besar untuk pasaran China - Mohamad
Semua pengusaha durian tempatan khususnya golongan bumiputera perlu memulakan penanaman buah berkenaan dalam skala besar bagi membolehkan dipasarkan ke China antara lima hingga enam tahun lagi.

Israel lancar serangan intensif ke atas Gaza, hari ketiga Aidiladha
Israel melancarkan serangan besar-besaran di kebanyakan tempat di Gaza pada hari ketiga Aidiladha, menyebabkan ramai penduduk Palestin terbunuh dan cedera.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan.

Bursa Malaysia dibuka meningkat dipacu aktiviti buru saham harga rendah
Pada 9.05 pagi, indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 4.26 mata kepada 1,611.58 berbanding 1,607.32 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Aliran trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini
Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan menuju ke Lembah Klang susulan pergerakan pulang orang ramai selepas sambutan Aidiladha.

Malaysia, Pakistan sepakat terus zahir solidariti kepada penduduk Gaza - PM
Malaysia dan Pakistan sepakat untuk terus menyatakan solidariti kepada penduduk Gaza yang terkesan dengan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis Israel.

Lembu dari kawasan surau berhampiran terlepas masuk LDP
Berlaku satu kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi ekoran kejadian lembu yang terlepas itu.