Ringkasan AI
- Netflix telah menghentikan sokongan aplikasi untuk iOS 16 dan iPadOS 16, yang menjejaskan peranti seperti iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPad Pro generasi pertama, dan iPad generasi kelima.
- Aplikasi Netflix sedia ada masih boleh digunakan, tetapi tiada lagi versi baharu boleh dimuat turun. Netflix masih boleh diakses melalui pelayar web seperti Safari.
- Pengguna disaran bertukar kepada iPhone 16 yang lebih baharu, lebih murah, lebih canggih, dan lebih selamat.
Ini kerana semakin banyak aplikasi akan dihentikan sokongannya, lagi-lagi jika anda kerap menonton video di Netflix.
Terbaharu, Netflix telah menghentikan sokongan aplikasi untuk platform iOS 16 dan juga iPadOS 16.
Lima peranti yang terkesan adalah iPhone 8, iPhone 8 Plus, iPhone X, iPad Pro generasi pertama dan iPad generasi kelima yang tidak lagi akan menerima kemas kini baharu aplikasi Netflix.
Buat masa ini, aplikasi sedia ada masih boleh digunakan – cuma tiada lagi versi baharu boleh dimuat turun.
Jika anda ada masalah memuat turun Netflix di App Store, platform penstriman ini masih boleh diakses melalui pelayar web seperti Safari kerana sokongan DRM masih tidak dihentikan.
Kami sarankan untuk anda terus tukar ke iPhone 16 kerana ia lebih murah berbanding tahun lepas, lebih canggih dan lebih selamat. -Amanz