Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membayar ganti rugi RM500,000 kepada Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teluk Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, kerana memfitnahnya dengan gelaran 'nenek rasis'.
Peguam Jahara, Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunos ketika dihubungi memberitahu Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Nordin Hassan turut memerintahkan Lim membayar kos sebanyak RM40,000 kepada anak guamnya berserta faedah sebanyak lima peratus.
Beliau berkata mahkamah turut memerintahkan Lim yang juga Setiausaha Agung DAP menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan perintah injunksi menahan Lim daripada mengulangi kata-kata fitnah itu.
Jahaberdeen berkata dalam keputusan itu mahkamah memutuskan apa yang dituduh oleh Lim selaku defendan dalam kes itu adalah tidak benar dan ia adalah jelas dapat dilihat pada nota prosiding persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Selain itu mahkamah turut menyatakan apa yang dikatakan oleh Lim adalah jelas kata-kata yang memfitnah Jahara," katanya.
Pada 2014, Jahara memfailkan saman itu dengan mendakwa Lim pada 10 Dis 2013 dalam sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menggelarkannya sebagai nenek rasis.
Jahara selaku plaintif turut memohon perintah injunksi bagi menghalang Lim daripada berterusan mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya selain mahu perkara berkenaan tidak berulang.
Jahara turut menuntut ganti rugi am, ganti rugi teruk dan teladan serta relif lain yang difikirkan wajar.
Lim diwakili peguam Datuk N. Mureli.
BACA: Lim mohon maaf gelar Jahara nenek
BACA: Guan Eng biadap, harus mohon maaf - Jahara
Bernama
Fri Jul 03 2015
Mahkamah turut memerintahkan Lim (gambar) menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan perintah injunksi menahan Lim daripada mengulangi kata-kata fitnah itu.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Bangladesh tidak akan benarkan lagi kemasukan Rohingya ke wilayahnya
Bangladesh pada Isnin menegaskan tidak akan membenarkan lebih ramai etnik Rohingya memasuki wilayahnya.
Pusat Jagaan Darul Hanan ambil langkah pengasingan penghuni, pekerja
Difahamkan seorang wanita warga emas yang baru masuk ke situ minggu lepas disahkan COVID-19 kelmarin.
Kerajaan negeri dipersoal tiada rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak
Beliau berkata kerajaan negeri seharusnya memberi lebih perhatian kepada permasalahan wanita dan kanak-kanak di negeri ini.
Berdasarkan prinsip CAT, Guan Eng harus bercuti - Jahara
Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai.
"Hanya Speaker DUN dapat tentukan kedudukan saya" - Salleh Man
Wakil rakyat PAS Datuk Mohd Salleh Man berkata kedudukannya sebagai pembangkang dalam DUN Pulau Pinang perlu ditentukan Speaker.
'DAP Pulau Pinang angkuh buat tema hari kebangsaan sendiri' - Jahara
ADUN Telok Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, berkata perbezaan tema dengan sambutan peringkat Persekutuan membuktikan DAP Pulau Pinang sengaja mahu menyemai agenda politik pembangkang kepada rakyat.
'Nenek rasis': Guan Eng diperintah bayar ganti rugi RM500,000 kepada Jahara
Mahkamah turut memerintahkan Lim menarik balik gelaran terhadap Jahara selain mengeluarkan perintah injunksi menahan Lim daripada mengulangi kata-kata fitnah itu.
Tidak perlu bimbang pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim - Jahara
Kebimbangan kerajaan negeri Pulau Pinang dengan perancangan pembinaan lapangan terbang baharu di Kulim, Kedah tidak berasas kerana negeri ini mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh.
Lim dan Jahara bertikam lidah lagi
Insiden tercetus apabila Lim mengaitkan kedudukan buruk Malaysia dalam laporan Integriti Kewangan Global (GFI) dengan Barisan Nasional (BN) dan negara ini "jaguh rasuah".
Lim mohon maaf gelar Jahara nenek
Lim bagaimanapun menegaskan tidak menarik balik kenyataannya yang melabel Jahara sebagai rasis.
Guan Eng biadap, harus mohon maaf - Jahara
Ketua pembangkang DUN P. Pinang Jahara Abdul Hamid menyifatkan Lim Guan Eng biadap kerana melabelnya sebagai "racist grandmother" atau 'nenek rasis'.