Berdasarkan prinsip kerajaan DAP Pulau Pinang iaitu Cekap, Amanah dan Telus (CAT), Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa di mahkamah semalam seharusnya mengambil cuti daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai walaupun mahkamah membenarkan ikat jamin.
"Jadi sebagai seorang yang bermoral dan mempunyai sikap akauntabiliti, Lim harus melepaskan jawatannya atau bercuti sehingga namanya bersih daripada sebarang tuduhan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
BACA: Kronologi dan fakta pendakwaan terhadap Guan Eng, Phang Li Koon
Beliau berkata walaupun Lim bukan seorang penjawat awam yang dilantik melalui Jabatan Perkhidmatan Awam yang tertakluk kepada Perintah Am, Lim harus faham bahawa pertuduhan itu dibuat berasaskan kedudukannya sebagai seorang penjawat awam selepas siasatan dijalankan.
Jahara yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Ayer Tawar berkata beliau percaya Lim akan mempunyai ruang dan peluang yang sepenuhnya untuk membuat pembelaan di mahkamah.
"Bagaimana pentadbiran kerajaan dapat berjalan lancar sekiranya ketuanya dibayangi tuduhan penyelewengan," katanya.
Lim, 56, dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.
Bagi tuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town di sini daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.
Sementara itu, Jahara berkata ADUN Barisan Nasional (BN) telah menghantar surat cadangan mengenai Majlis Pengangkutan Negeri (MPN) kepada Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow untuk membuat pindaan terhadap badan itu sebelum menerima pelantikan menganggotai jawatankuasa MPN.
Beliau berkata pindaan itu perlu bagi membolehkan MPN berfungsi sebagai sebuah jawatankuasa yang boleh bertanggungjawab untuk mengkaji, menilai dan memberi perakuan untuk kelulusan pelaksanaan projek-projek mega negeri.
"Pihak kami hanya akan menerima pelantikan ke dalam jawatankuasa sekiranya kesemua cadangan pindaan terma rujukan baharu itu dibuat oleh kerajaan negeri," katanya.
Penubuhan MPN dipersejutui dalam sidang DUN lalu berikutan kontroversi pelaksanaan Pelan Induk Pengangkutan negeri yang menelan perbelanjaan sebanyak RM27 bilion selain bantahan pelbagai pihak terhadap projek tambakan laut di Permatang Damar Laut.
Pada 27 Mei lepas, kerajaan negeri mengumumkan pelantikan tiga wakil rakyat BN iaitu Jahara, ADUN Teluk Bahang Datuk Shah Headan Ayoob Hussain Shah dan ADUN Bayan Lepas Nordin Ahmad bagi menganggotai jawatankuasa itu bersama-sama 51 yang lain termasuk kira-kira 10 wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO).
Bernama
Fri Jul 01 2016
JAHARA: "Bagaimana pentadbiran kerajaan dapat berjalan lancar sekiranya ketuanya dibayangi tuduhan penyelewengan." - Gambar fail
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Isu banglo: Mahkamah tetapkan 6 Disember tarikh pengurusan kes rasuah Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhadapan pertuduhan berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta banglo di bawah nilai pasaran.
PRN: Siapa yang berbohong, Guan Eng atau Wan Azizah? - Teng
Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap PKR berikutan keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) awal telah memakan dirinya sendiri.
Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya bagi mengukur tahap sokongan.
PAS akan letak calon sekiranya PRN Pulau Pinang diadakan
PAS bersedia untuk meletakkan calonnya di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang berlangsung awal.
PRN: Amanah putuskan pendirian selepas mesyuarat esok
Amanah akan memutuskan pendirian sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan DAP untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN)Pulau Pinang dalam mesyuarat parti itu esok.
Guan Eng mahu adakan PRN awal sebab bimbang di penjara
Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng berkata, keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal bukanlah untuk kepentingan dirinya.
Berdasarkan prinsip CAT, Guan Eng harus bercuti - Jahara
Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai.
DAP tidak boleh pilih kasih, Guan Eng perlu lepas jawatan
Ong Chee Keng berkata gesaan itu dibuat memandangkan Lim seringkali membuat gesaan serupa, setiap kali timbul sebarang isu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN).
Isu banglo: Kes Guan Eng dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kes isu banglo murah melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng di bawah Akta SPRM 2009 telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
Debat Taman Manggis: Guan Eng beri tempoh seminggu kepada Abdul Rahman
Abdul Rahman seharusnya segera menetapkan tarikh perdebatan dan bukannya melarikan diri selepas membuat cabaran dengan alasan mempunyai urusan di luar negara, kata Guan Eng.