Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya bagi mengukur tahap sokongan.
Beliau pada masa sama menegaskan tidak gentar dengan tindakan pihak pembangkang dan menyifatkan ia sebagai amalan demokrasi.
"Sekiranya ada usul undi tidak percaya, kami dalam Pakatan Harapan akan menghadapinya, kami tidak akan lari daripada undi tidak percaya seperti yang berlaku di Parlimen.
"Kami akan berdepan dengannya dan ia harus dibenarkan kerana ini satu proses demokrasi," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Guan Eng mengulas gesaan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang Teng Chang Yeow yang mahu kerajaan negeri memanggil sidang Dewan Undangan Negeri tergempar untuk meluluskan undi percaya kepada Ketua Menteri.
Menurut Chang Yeow sekiranya usul tersebut diluluskan, Guan Eng boleh kekal sebagai Ketua Menteri sehingga perbicaraan kes rasuahnya selesai.
Gesaan dibuat susulan keputusan kerajaan DAP Pulau Pinang yang membatalkan hasrat untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) awal selepas tidak mendapat persetujuan daripada PRK.
Isu pilihan raya negeri timbul apabila media tempatan melaporkan bahawa DAP menyenaraikan dua pilihan berikutan tuduhan rasuah yang dihadapi Guan Eng.
Satu daripadanya ialah mengadakan pilihan raya awal bagi mengetahui respon rakyat Pulau Pinang terhadap tuduhan terhadap Guan Eng, manakala satu lagi pilihan ialah menunggu pilihan raya umum akan datang yang perlu diadakan selewat-lewatnya pada Ogos 2018.
Mengulas lanjut Guan Eng berkata cadangan itu bagaimanapun perlu datang daripada Ketua Pembangkang Datuk Jahara Hamid dan bukannya daripada pihak lain supaya ia dilihat sebagai satu usul yang serius.
"Sekiranya tidak percaya bolehlah usul undi tidak percaya tetapi biar ia dibuat oleh Ketua Pembangkang supaya nampak ia serius, kami bersedia berdepan, mereka (BN) kena putuskan siapa yg berikan arahan. Sekarang Teng (Chang Yeow) cakap lain, UMNO cakap lain, siapa yang buat kata pemutus?" soal Guan Eng.
Astro Awani
Mon Aug 01 2016
![Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461167821_LimGuanEng.jpg)
Guan Eng menegaskan tidak gentar dengan tindakan pihak pembangkang dan menyifatkan ia sebagai amalan demokrasi. - Gambar fail
![Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41660792602_jokowi.jpg)
Jokowi ke Abu Dhabi untuk perbincangan dengan Presiden UAE mengenai kerjasama
Presiden Jokowi dijadual bertemu rakan sejawatannya dari UAE pada 17 Julai.
![Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/81673948647_TBGAVEL.jpg)
Tiga jurusolek lelaki berperwatakan wanita didakwa rompak rakan
Kesemua mereka dakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda dan sebat, jika sabit kesalahan.
![Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266 Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721119877_SultanIbrahim.jpg)
Agong berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-266
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan berangkat ke pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) ke-266 di Istana Negarahari ini.
![Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721108165_ADUNRembiaPN.jpg)
Status ADUN Rembia: DUN Melaka tunggu surat rasmi
Speaker DUN Melaka, Datuk Ibrahim Durum berkata, setakat ini pihaknya belum dimaklumkan secara rasmi dan perbincangan berhubung perkara itu akan diadakan.
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
![Isu banglo: Mahkamah tetapkan 6 Disember tarikh pengurusan kes rasuah Guan Eng Isu banglo: Mahkamah tetapkan 6 Disember tarikh pengurusan kes rasuah Guan Eng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-09/61475204986_LimGuanEng.jpg)
Isu banglo: Mahkamah tetapkan 6 Disember tarikh pengurusan kes rasuah Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang itu berhadapan pertuduhan berhubung penukaran zon pertanian kepada zon perumahan dan pembelian lot tanah serta banglo di bawah nilai pasaran.
![PRN: Siapa yang berbohong, Guan Eng atau Wan Azizah? - Teng PRN: Siapa yang berbohong, Guan Eng atau Wan Azizah? - Teng](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-11/71448693247_WanAzizah.jpg)
PRN: Siapa yang berbohong, Guan Eng atau Wan Azizah? - Teng
Cubaan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng meletakkan kesalahan terhadap PKR berikutan keputusan untuk tidak mengadakan pilihan raya negeri (PRN) awal telah memakan dirinya sendiri.
![Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/51461167821_LimGuanEng.jpg)
Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng sedia berdepan usul undi tidak percaya terhadapnya bagi mengukur tahap sokongan.
![PAS akan letak calon sekiranya PRN Pulau Pinang diadakan PAS akan letak calon sekiranya PRN Pulau Pinang diadakan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2015-06/81434698544_HadiAwang.jpg)
PAS akan letak calon sekiranya PRN Pulau Pinang diadakan
PAS bersedia untuk meletakkan calonnya di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) di Pulau Pinang berlangsung awal.
![PRN: Amanah putuskan pendirian selepas mesyuarat esok PRN: Amanah putuskan pendirian selepas mesyuarat esok](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/61469266240_MatSabuGHB.jpg)
PRN: Amanah putuskan pendirian selepas mesyuarat esok
Amanah akan memutuskan pendirian sama ada bersetuju atau tidak dengan cadangan DAP untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri(DUN)Pulau Pinang dalam mesyuarat parti itu esok.
![Guan Eng mahu adakan PRN awal sebab bimbang di penjara Guan Eng mahu adakan PRN awal sebab bimbang di penjara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61457691458_LimGuanEng.jpg)
Guan Eng mahu adakan PRN awal sebab bimbang di penjara
Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng berkata, keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri lebih awal bukanlah untuk kepentingan dirinya.
![Berdasarkan prinsip CAT, Guan Eng harus bercuti - Jahara Berdasarkan prinsip CAT, Guan Eng harus bercuti - Jahara](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-07/41467362815_DatukJaharaHamid.jpg)
Berdasarkan prinsip CAT, Guan Eng harus bercuti - Jahara
Jahara Hamid berkata sebagai kerajaan yang memperjuang CAT, Lim sepatutnya lebih memahami bahawa kes beliau belum selesai.
![DAP tidak boleh pilih kasih, Guan Eng perlu lepas jawatan DAP tidak boleh pilih kasih, Guan Eng perlu lepas jawatan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/71467212365_LimGuanEng.jpg)
DAP tidak boleh pilih kasih, Guan Eng perlu lepas jawatan
Ong Chee Keng berkata gesaan itu dibuat memandangkan Lim seringkali membuat gesaan serupa, setiap kali timbul sebarang isu membabitkan pemimpin Barisan Nasional (BN).
![Isu banglo: Kes Guan Eng dipindah ke Mahkamah Tinggi Isu banglo: Kes Guan Eng dipindah ke Mahkamah Tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-06/41467256594_LimGuanEng.jpg)
Isu banglo: Kes Guan Eng dipindah ke Mahkamah Tinggi
Kes isu banglo murah melibatkan Ketua Menteri Lim Guan Eng di bawah Akta SPRM 2009 telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.
![Debat Taman Manggis: Guan Eng beri tempoh seminggu kepada Abdul Rahman Debat Taman Manggis: Guan Eng beri tempoh seminggu kepada Abdul Rahman](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-04/71460171241_RahmanDahlanLimG.jpg)
Debat Taman Manggis: Guan Eng beri tempoh seminggu kepada Abdul Rahman
Abdul Rahman seharusnya segera menetapkan tarikh perdebatan dan bukannya melarikan diri selepas membuat cabaran dengan alasan mempunyai urusan di luar negara, kata Guan Eng.