Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat angkuh apabila menetapkan 'Bersih, Cekap dan Amanah' sebagai tema Hari Kebangsaan 2015.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, berkata perbezaan tema dengan sambutan peringkat Persekutuan membuktikan DAP Pulau Pinang sengaja mahu menyemai agenda politik pembangkang kepada rakyat negeri itu.
"Walaupun DAP Pulau Pinang menafikannya, saya lihat tindakan mereka jelas mempolitikkan sambutan Hari Kebangsaan dan pada masa sama menanam ideologi politik songsang kepada rakyat.
"Saya percaya kerajaan negeri Pulau Pinang cuba menunjuk-nunjuk kuasa mereka. Tolonglah, saya minta rakyat negeri ini usah terpedaya dengan kecetekan dakyah politik Pakatan Rakyat, "katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang Dr. P.Ramasamy dilaporkan berkata tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 peringkat negeri ditentukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.
Beliau berkata, tidak menjadi satu kesalahan menggunakan tema itu memandangkan ia telah digunakan sebelum ini oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam pada itu, Jahara memuji tindakan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang yang mengarahkan semua sekolah untuk tidak menyertai sambutan Hari Kebangsaan anjuran kerajaan negeri sehingga arahan lain dikeluarkan.
"Saya puji tindakan jabatan pelajaran yang melarang sekolah sertai sambutan kebangsaan anjuran kerajaan negeri kerana kita tidak mahu elemen negatif ditanam kepada para pelajar.
"Nilai semula fahaman yang diketengahkan pihak Pakatan Rakyat yang berterusan cuba diserapkan ke dalam pemikiran rakyat, bukan sahaja masyarakat dewasa, mereka kini mahu menanam elemen itu di fikiran murid-murid sekolah juga," ujarnya.
Pada Khamis, satu pekeliling dikeluarkan melarang semua sekolah di bawah kementerian pendidikan di negeri itu terlibat dalam sambutan Hari Kebangsaan 2015 anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang.
Pengarah Pendidikan Negeri Pulau Pinang, Datuk Osman Hussain berkata, pihaknya terpaksa mengeluarkan surat itu kerana kerajaan DAP Pulau Pinang menggunakan tema sambutan Hari Kebangsaan 2015 yang berbeza dengan kerajaan Persekutuan.
Sebelum ini, Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican melahirkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri cuba menolak permohonan kerajaan pusat mengadakan sambutan Maulidur Rasul 2014 di Masjid Negeri Pulau Pinang.
Hans Yusoff
Fri Aug 21 2015
Kerajaan DAP Pulau Pinang dilihat angkuh apabila menetapkan 'Bersih, Cekap dan Amanah' sebagai tema Hari Kebangsaan 2015. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
'DAP Pulau Pinang angkuh buat tema hari kebangsaan sendiri' - Jahara
ADUN Telok Air Tawar, Datuk Jahara Hamid, berkata perbezaan tema dengan sambutan peringkat Persekutuan membuktikan DAP Pulau Pinang sengaja mahu menyemai agenda politik pembangkang kepada rakyat.