ALOR SETAR: Seorang nelayan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut sejak Jumaat lalu, ditemukan lemas di perairan Tanjung Dawai, dekat Yan, kira-kira pukul 11.45 pagi tadi.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Kedah Komander Maritim Noor Azreyanti Ishak berkata, mayat mangsa Mohd Rizal Ismail, 34, yang terapung dan lengkap berpakaian ditemui kira-kira 8.5 batu nautika dari lokasi dia dilaporkan terjatuh.
"Mangsa bersama dua rakannya menaiki sebuah bot nelayan untuk menangkap ikan di laut pada Jumaat lalu, sebelum disedari hilang ketika sedang melabuhkan pukat di kawasan perairan Tanjung Dawai kira-kira 11 malam pada Jumaat lalu.
"Ketika kejadian mangsa tidak memakai jaket keselamatan serta memakai baju berwarna putih dan hanya berseluar pendek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Katanya, dengan penemuan itu, operasi mencari dan menyelamat yang turut disertai Polis Diraja Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam dan beberapa bot nelayan tempatan ditamatkan kira-kira 2.30 petang tadi.
Katanya, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk tindakan lanjut.
Dalam pada itu, Noor Azreyanti menyeru orang ramai untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau menghubungi Pusat Operasi Maritim Malaysia Zon Maritim Kuala Kedah di talian 04-7310579.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 22 2021
Seorang nelayan yang sebelum ini dilaporkan hilang selepas dipercayai terjatuh ke laut sejak Jumaat lalu, ditemukan lemas.
Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.
Malaysia persiapkan ASEAN untuk masa depan berdaya tahan dengan tema Pengerusian 2025
Tema Kepengerusian ASEAN 2025, "Keterangkuman dan Kelestarian" mencerminkan komitmen kolektif rantau ini untuk membentuk masa depan yang saksama dan berdaya tahan.
10 Berita Pilihan - (9 Januari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ini penjelasan peguam mengenai pihak yang terikat dengan pertikaian mengenai Titah Adendum
Sebarang titah yang dimasyhurkan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak mengikat Yang di-Pertuan Agong semasa, Sultan Ibrahim.
Belia 4B tawar Mohd Ridhwan calon Presiden Majlis Belia Malaysia
Gerakan Belia 4B Malaysia mencalonkan Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali untuk bertanding bagi jawatan Presiden dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Tahunan (MPAT) Majlis Belia Malaysia ke-73.
Tumpuan Jumaat – 10 Januari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang maut, tiga parah dalam kemalangan di Gua Musang
Seorang maut manakala tiga parah selepas kereta dinaiki terlibat dalam kemalangan di Sungai Asap di Jalan Gua Musang-Kuala Krai hari ini.
Surat derma Arab Saudi langsung tidak sebut nama Raja Abdullah, mahkamah diberitahu
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa surat yang didakwa diterima Najib berhubung pemberian derma daripada Almarhum Raja Abdullah langsung tidak menyebut nama raja itu.
Bekas presiden MIC Subramaniam bakal terima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman
Bekas presiden MIC yang juga bekas menteri Tan Sri Dr S. Subramaniam bakal menerima Anugerah Pravasi Bharatiya Samman (PBSA) 2025 daripada kerajaan India esok.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di pusat pemeriksaan mulai 9 Jan 2025
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Pulau Pinang selesai bayaran ex-gratia SIMP lebih RM11 juta kepada nelayan
Farizan berkata, pembayaran itu disalurkan kepada 791 nelayan yang mempunyai lesen dan masih aktif.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Duit simpanan RM5,000 hangus dalam kebakaran rumah
Duit simpanan keluarga seorang nelayan untuk membayar sewa rumah dan ansuran pinjaman kereta hampir RM5,000 hangus dalam kebakaran membabitkan 13 rumah di Tanjung Dawai pagi tadi.
20 tahun tragedi 'ombak besar' kekal dalam ingatan penduduk Pulau Pinang
26 Disember 2004, tarikh keramat yang tidak pernah luput dari ingatan penduduk Pulau Pinang, khususnya di kawasan Pulau Betong.
Hanyut enam hari, nelayan hanya fikir mati
Muhammad Ikmal Hakimi dan Nor Hasrul terus tawakal dan berdoa agar selamat selama enam hari berada di lautan terutama laut dalam.
Ibu tidak benar anak jadi nelayan lagi, risau insiden hanyut berulang
Hanita berkata Muhammad Ikmal Hakimi masih muda dan belum mahir mengenai keadaan laut, malah tidak sesuai menjadi nelayan.
Dua nelayan hilang bot hanyut di perairan Kerachut
Dua nelayan hilang selepas bot dinaiki mereka dipercayai hanyut di perairan Kerachut, Kuala Sungai Pinang di sini, Isnin lepas.
Nelayan terjatuh bot ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan terjatuh dari bot di Jeti ikan TSL Fishery, Sungai Perak, di Hutan Melintang semalam, ditemukan lemas hari ini.
Penduduk terjejas banjir usah berdegil untuk berpindah - Polis Kelantan
Penduduk kampung yang terjejas akibat banjir diminta tidak berdegil untuk berpindah bagi mengelakkan risiko keselamatan, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat.
Nelayan lemas ketika cari ketam dan umpun-umpun
Seorang nelayan ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika mencari ketam dan umpun-umpun di Jeti Pengkalan Sayang Disayang, Kampung Rantau Panjang, Klang semalam.