KUALA TERENGGANU: Seorang pemilik bot tempatan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis gara-gara bersekongkol dengan nelayan asing yang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bot klon.
Tertuduh, Mohammed Sabri Mohammed, 56 menerima hukuman itu setelah mengaku salah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh didakwa membenar untuk dikendalikan sebuah vesel penangkapan ikan tempatan pada jarak kira-kira 37.9 batu nautika dari muara Kuala Terengganu dalam perairan Malaysia tanpa lesen yang sah.
Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 2.16 petang pada 6 September lalu.
Dengan itu tertuduh telah melakukan kesalahan dibawah Seksyen 8 (a) Akta Perikanan 1985 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 25 (b) Akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.
Berdasarkan pertuduhan kedua, tertuduh telah menggunakan nombor, huruf atau lain-lain cara pengenalan vesel tangkapan ikan lain ketika vesel tangkapan ikan tempatan ditahan di masa dan lokasi sama.
Dengan itu tertuduh telah melakukan kesalahan dbawah Seksyen 14 (3)(b) Akta Perikanan 1985 yang boleh dihukum dibawah Seksyen 25 (b) akta yang sama.
Bagi kedua-dua kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah kemudian memerintahkan bot dan peralatan bernilai RM1.5 juta yang terlibat dilucut hak kepada kerajaan Malaysia mengikut Seksyen 52 (1) Akta Perikanan 1985.
Pendakwaan kes itu dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Jabatan Perikanan, Hairul Effendy Adzmi dan Mohamad Akram Sallehudin sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Difahamkan setakat ini kes tersebut adalah yang pertama berdepan tindakan pendakwaan di Terengganu. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 21 2023

Mohammed Sabri mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya. - Gambar/ Sinar Harian
Pemimpin Qatar, Iran adakan perbincangan dua hala sokong rakyat Gaza
Pemimpin Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani, mengadakan perbincangan dua hala dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian ketika lawatannya ke Tehran pada Rabu.

Lelaki hilang ditemui mati lemas dalam kolam kelab golf
Mangsa lelaki tempatan berusia 47 tahun ditemui dalam keadaan terapung oleh orang awam pada jarak 100m dari lokasi motosikalnya diparkir.

Donald Trump gelar Volodymyr Zelenskyy 'diktator'
Presiden Amerika gesa Presiden Ukraine bertindak segera capai perdamaian atau bakal kehilangan negara.

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Nelayan asing: Pemilik bot didenda RM10,000 terlibat kegiatan bot klon
Seorang pemilik bot tempatan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis gara-gara bersekongkol dengan nelayan asing yang menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan bot klon.