KUCHING: Perjalanan Sarawak ke arah mencapai sasaran menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030 bukanlah suatu tugas yang mudah kerana ia memerlukan usaha dan kerja keras daripada semua pihak, kata Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata bagi mencapai sasaran itu, Sarawak perlu menggandakan saiz ekonominya daripada RM136 bilion pada 2019 kepada RM282 bilion menjelang 2030.
"Ini bermakna, ekonomi Sarawak perlu berkembang secara purata antara 6 hingga 8 peratus setahun dan sektor ekonominya perlu memberi tumpuan kepada usaha mempelbagaikan aliran pendapatan, meningkatkan kecekapan kerja dan meningkatkan produktiviti.
"Ini adalah satu peningkatan tugas yang sangat besar, ia bukan mudah tetapi ia memerlukan kerja keras daripada semua komuniti perniagaan kerajaan dan masyarakat secara keseluruhannya," katanya dalam ucapan pada majlis Anugerah Vendor Sarawak Energy 2021 di sini, malam tadi.
Abang Johari berkata di bawah Strategi Pembangunan PascaCOVID-19 negeri 2030 (PCDS 2030), kerajaan negeri telah mengenal pasti sektor ekonomi utama dan pemboleh untuk mengubah landskap ekonomi Sarawak.
Beliau berkata di bawah rancangan itu, Sarawak turut menekankan kepelbagaian ekonominya, dengan tumpuan khusus untuk memodenkan pertanian, memperkukuh infrastruktur, memajukan pelancongan dan mempercepat pembangunan modal insan.
"Ini akan membuka banyak peluang untuk aktiviti ekonomi produktif di kawasan luar bandar dan bandar, menyediakan peluang pekerjaan dan perniagaan yang lebih besar kepada semua, termasuk perusahaan kecil dan sederhana.
"Melalui penglibatan dalam peluang ini, anda bukan sahaja dapat memperoleh manfaat malah dapat menyumbang kembali kepada pertumbuhan ekonomi tempatan, sekali gus menyokong Sarawak dalam mencapai impian untuk muncul sebagai negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022

Abang Johari (dua, kanan) merasmikan Sarawak Energy Vendor Awards 2021 di Kuching, 2 Mac 2022. --fotoBERNAMA

Tiga Olimpian ketuai cabaran ATC Putrajaya
ATC Putrajaya akan menyaksikan ketiga-tiga atlet berkenaan bersaing bersama 119 triatlet elit dari 20 negara.

Bahrain tekankan perpaduan dan kewujudan bersama dalam hal ehwal Islam
Bahrain juga komited memastikan perpaduan dan kewujudan bersama secara aman kekal sebagai asas kepada kemajuan negara.

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan [KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739890036_borneo.jpg)
[KOLUMNIS] Peruntukan Belanjawan 2025 tertinggi Sabah dan Sarawak, langkah strategik rapatkan jurang pembangunan
Belanjawan 2025 yang diumumkan pada Oktober tahun lalu membawa berita yang amat signifikan, terutamanya buat dua negeri di Kepulauan Borneo, Sabah dan Sarawak.

Petronas sumbang lebih RM600 juta dalam aspek pendidikan, modal insan di Sarawak - PM Anwar
Anwar juga mengiktiraf peranan Petros dalam menjana pertumbuhan ekonomi Sarawak, dengan kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Persekutuan.

Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.

Banjir di Sarawak pulih, jumlah mangsa di Sabah semakin menurun
Banjir di Sarawak pulih sepenuhnya apabila dua pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Bahagian Miri ditutup manakala jumlah mangsa banjir di Sabah terus merekodkan penurunan.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Polis tahan dua lelaki cuba seludup dadah ke Sarawak
Dua lelaki ditahan bersama 18.97 kilogram dadah dalam dua tangkapan berasingan di KLIA Terminal 2.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Jumlah mangsa banjir di Sarawak berkurangan, Sabah kekal
Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan pengurangan manakala mangsa di Sabah kekal setakat petang ini.

Sarawak beri lesen penjanaan tenaga solar 30 tahun kepada Zecon
Kerajaan Sarawak telah meluluskan permohonan lesen kepada Zecon Bhd untuk menjana tenaga solar di bawah Ordinan Elektrik Sarawak bagi membekalkan elektrik ke Taman Teknologi Hijau Kota Petra (KPGTP).