Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) oleh kerajaan baharu tidak menyebabkan negara bankrap malah mampu bertahan setakat ini, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Beliau berkata sungguhpun GST menjadi idola pihak-pihak tertentu yang inginkan pasaran bebas selain khuatir kehilangan pelabur asing namun impak sistem cukai itu membebankan rakyat terutamanya dalam kumpulan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
"Sungguhpun kerajaan baharu telah memansuhkan GST, setakat ini Malaysia belum jadi bankrap. Kita masih boleh bertahan lagi, ia membuktikan sememangnya kita mampu bertahan tanpa GST," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Cukai Barang dan Perkhidmatan (Pemansuhan) 2018 di Dewan Negara hari ini.
RUU itu kemudiannya diluluskan untuk bacaan kali ketiga dengan undian suara majoriti di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri S.A. Vigneswaran.
Lim menjelaskan terdapat banyak aduan diterima sejak GST diperkenalkan dan ia menunjukkan sistem cukai itu memberi kesan yang besar ke atas kehidupan dan kos hidup rakyat terutamanya kesejahteraan ekonomi mereka.
Dewan Negara turut meluluskan RUU Cukai Perkhidmatan 2018, yang mana Lim ketika menggulung perbahasan RUU itu berkata kerajaan menetapkan supaya kantin sekolah dikecualikan cukai perkhidmatan.
Bagaimanapun, katanya penyedia perkhidmatan dan restoran di universiti tetap dikenakan cukai perkhidmatan kerana mengambil kira faktor pelanggan yang pelbagai.
"Kalau kita tengok Universiti Malaya atau universiti lain, ada satu establishment agak besar di mana pelanggannya terdiri daripada bukan saja pelajar tetapi pensyarah, profesor dan sebagainya.
"Itu sebabnya pihak kastam merasakan elok dikenakan cukai perkhidmatan kerana mereka sudah di tahap establishment, bukan seperti di sekolah-sekolah," katanya.
Persidangan hari ini turut meluluskan RUU Kastam (Pindaan) 2018 untuk meminda Akta Kastam 1967 dan RUU Zon Bebas (Pindaan) 2018 bertujuan meminda Akta Zon Bebas 1990.
Vigneswaran kemudiannya menangguhkan persidangan Dewan Negara dan akan disambung pada 27 Ogos ini.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 20 2018
GUAN ENG: Kita masih boleh bertahan lagi, ia membuktikan sememangnya kita mampu bertahan tanpa GST. -Gambar fail
Dialog Anak Muda: Belanjawan 2025: Macam mana ok?
Rasionalisasi subsidi RON95, kadar baharu gaji minima dan pemerkasaan TVET antara tumpuan dalam pembentangan Belanjawan 2025. Analisis isu-isu ekonomi diteruskan dalam Dialog Anak Muda 8.30 malam ini.
AWANI Tonight: Belanjawan 2025: What are the hits and misses
Bait al-Amanah's Benedict Weerasena shares his thoughts on the hits and misses of Budget 2025, which sees an allocation of RM421 bil, a 3.3% increase from the previous year.
AWANI Tonight: Key highlights from Belanjawan 2025
Key highlights from Belanjawan 2025, which includes increased allocations for Sumbangan Tunai Rahmah (STR), tax reliefs for first home buyers, and cash aid for singles, among other reforms.
PDRM pastikan insentif Belanjawan 2025 dimanfaatkan sepenuhnya - KPN
PDRM akan memastikan semua perkara yang diumumkan dalam Belanjawan 2025 untuk pasukan keselamatan itu, akan dimanfaatkan sepenuhnya.
AWANI Tonight 18 Oct 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
1. Belanjawan 2025: PM unveils record RM421 bil expenditure
#AWANIEnglish #AWANINews
It's About YOUTH: Rethinking the workplace for the younger generation
Celine Ting (@celinetingkl) from OpenAcademy and Anas Hayyan (@anashayyan) from Asian Strategy & Leadership Institute (ASLI) discuss strategies for retaining and developing today's workforce, with a focus on meeting Gen Z's expectations while boosting productivity. #ItsAboutYOUth
345,000 rakyat Palestin di Gaza berdepan krisis kebuluran pada musim sejuk ini - PBB
Terdapat peningkatan ketara daripada 133,000 individu yang kini diklasifikasikan sebagai mengalami "krisis ketidakjaminan makanan."
Dua lelaki ditahan bantu siasatan penyeludupan warga Myanmar
Dua lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 26J Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Akta 670).
Belanjawan 2025: Peruntukan RM5.8 bilion langkah penting perkukuh ATM - PAT
Peruntukan sebanyak RM5.8 bilion untuk perolehan aset strategik serta kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilihat sebagai langkah penting dalam usaha memperkukuh Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
Kes pukul: Dia rakyat beta, beri keadilan sekarang - Tengku Hassanal
Tengku Mahkota Pahang dalam kemas kini di Instagram Story bertitah, keadilan bukan sahaja perlu perlu dilaksanakan, tetapi ia juga mesti dilihat dilaksanakan.
TNB akan rayu taksiran tambahan LHDN berjumlah RM1.39 bilion
TNB juga telah memperoleh perintah penangguhan sementara terhadap pembayaran cukai berkenaan.
Kastam Perlis sita empat kenderaan termasuk kereta mewah lebih RM1.6 juta
Kenderaan yang disita dalam rampasan secara berasingan antara Jun dan Julai lepas di Kangar dan Kuala Perlis itu membabitkan cukai sebanyak RM2,239,475.
Rayuan Najib tangguh prosiding kebankrapan ditolak
Mahkamah Tinggi KL menolak permohonan Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin untuk menangguh prosiding kebankrapan tunggakan cukai lebih RM1.7 bilion dan RM37.6 juta kepada LHDN.
G20 bersetuju pastikan golongan kaya-raya dikenakan cukai dengan berkesan
Penting bagi semua pembayar cukai, termasuk individu dengan pendapatan bersih yang tinggi untuk menyumbang bahagian cukai mereka secara adil.
Pemulangan cukai: Pulau Pinang akan hantar permohonan rasmi kepada Anwar
Pulau Pinang akan menghantar surat permohonan rasmi kepada Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cadangan mengembalikan 20 peratus hasil kutipan cukai kepada negeri.
Kerajaan tidak perkenal cukai baharu, sasar subsidi lebih adil - PM
Penyasaran subsidi diesel mengecualikan golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, pekebun kecil dan pemandu teksi daripada cukai itu.
Tarikh akhir pengemukaan e-Borang Tahun Taksiran 2023 dilanjutkan ke 15 Mei
Ia meliputi pembayar cukai kategori Individu Pemastautin dan Individu Bukan Pemastautin.
Penerbitan ilmiah mampu tinggikan martabat bahasa Melayu - Pakar
Faktor seperti kemajuan sains dan teknologi, kesungguhan pemimpin dan budaya, antara cabaran utama dalam usaha mengukuhkan kedudukan bahasa Melayu.
Kerajaan sentiasa berhati-hati dalam keputusan berkaitan pembaharuan percukaian negara - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata kerajaan sentiasa berusaha untuk mengimbangi kesan pelaksanaan dengan menyediakan jaringan sosial untuk rakyat.
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu cukai, TVET, masalah bekalan air dan elektrik di Labuan antara yang jadi tumpuan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.