SHAH ALAM: Malaysia perlu memberi mesej dan pengajaran tegas dengan mengharamkan pensyarah warganegara Amerika Syarikat (AS), Bruce Gilley dari memasuki negara pada masa hadapan.
Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, tindakan itu bertujuan bagi menunjukkan negara dan rakyat tidak mudah dipermainkan dan diperkotak-katikkan dengan dakwaan ahli akademi berkenaan.
“Wisma Putra wajar menggesa kedutaan AS tampil memberi penjelasan dan memohon maaf kepada rakyat serta kerajaan Malaysia di atas ciapan profesor yang berwarganegara AS di platform X.
“Insiden di Universiti Malaya (UM) yang menjemput Profesor Pro-Zionis, Bruce Gilley adalah amat memalukan dan tidak sepatut berlaku,” katanya dalam siaran di Facebook pada Khamis.
Terdahulu, UM mendapat kecaman kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda Zionis dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Bruce dikatakan mendakwa menuduh ahli politik Malaysia menggesa 'Holocaust kedua' terhadap orang Yahudi dan juga menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dalam pada itu, ujar Dr Muhamad Akmal, pihak universiti juga wajib memberi penjelasan kepada rakyat berhubung isu kontroversi berkenaan dan bagaimana individu seperti Bruce dibenarkan memberi syarahan.
“Pihak universiti wajib memberi penjelasan kepada rakyat Malaysia mengapa begitu culas sehingga individu seperti ini terlepas dan dibenarkan memberi syarahan.
“Sepatutnya UM harus lebih teliti mengenal pasti latar belakang individu yang dijemput. Insiden ini telah mencemarkan nama baik UM sebagai gedung ilmu tersohor tanah air dan mencalarkan imej Malaysia dalam posisi negara terhadap Israel serta pembelaan Palestin.
“Satu penjelasan yang tuntas harus diberikan oleh pihak UM kepada seluruh rakyat Malaysia. Saya juga menggesa supaya individu ini diharamkan dari masuk ke Malaysia,” ujarnya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Apr 25 2024

DR MUHAMAD AKMAL: Insiden di Universiti Malaya yang menjemput Profesor Pro-Zionis, Bruce Gilley adalah amat memalukan dan tidak sepatut berlaku. - Gambar fail

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Universiti Malaya diminta siasat, sedia laporan segera jemputan Bruce Gilley
Datuk Seri Zambry Abd Kadir telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.