BANYAK kajian dan penyelidikan termasuk yang bersifat akademik dibuat berhubung kelestarian, daya huni serta kualiti kehidupan penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR).
Pihak media turut proaktif melaporkan pelbagai isu dan masalah berbangkit yang membelenggu projek perumahan kerajaan itu yang dibangunkan lebih lima dekad lalu.
Namun, kebanyakan isunya hanya membabitkan golongan kanak-kanak dan remaja.
Dalam masa yang sama, ada juga yang dilaporkan turut mempersoalkan kesediaan perumahan awam kerajaan itu dalam menyediakan penempatan selesa dan mesra warga emas, memandangkan Malaysia bakal menuju status negara tua menjelang tahun 2030.
Jabatan Perangkaan Malaysia dalam laporannya pada tahun 2022 menjangkakan, Malaysia akan menjadi negara tua pada tahun 2030 apabila penduduk negara ini merangkumi warganegara yang berusia lebih 60 tahun dalam pola 15.3 peratus daripada jumlah penduduk negara.
Laporan itu juga menunjukkan peratusan penduduk berumur 65 tahun dan lebih (umur tua) meningkat daripada 7.0 peratus kepada 7.3 peratus bagi tempoh yang sama dan berdasarkan definisi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia telah menjadi negara menua.
Mengikut kajian terbaharu pula, dianggar seramai 3.8 juta orang yang berumur 60 tahun dan ke atas, merangkumi 11.3 peratus daripada penduduk Malaysia.
Angka itu dijangka meningkat kepada 8.2 juta orang atau 19.peratus penduduk dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Dengan hanya berbaki enam tahun sahaja lagi, pakar berpandangan, kerajaan perlu melakukan penambahbaikan bagi menangani fenomena penuaan yang semakin meningkat di negara ini terutamanya untuk kesejahteraan hidup penghuni tua di rumah PPR.
TIDAK LAGI SESUAI
Berkongsi pandangan mengenai perkara ini, Pensyarah Jabatan Senibina, Fakulti Rekabentuk dan Senibina Universiti Putra Malaysia (UPM) Ar IDr Mohd Azli Mohamad Jamil menyifatkan kebanyakan PPR yang dibina lebih lima dekad lalu, adalah kurang sesuai untuk dihuni terutamanya warga emas.
Menurut beliau, ini kerana PPR tidak memenuhi keperluan penghuni warga emas dan situasi itu akan menjadi cabaran besar kepada kerajaan dalam menyediakan kediaman yang selesa dan selamat untuk mereka.
''PPR ini kebanyakannya uzur, tidak lagi berada dalam kondisi baik dan dikhuatiri memberi kesan negatif terhadap kualiti hidup penghuninya. Ini termasuk berkaitan isu seperti aliran udara yang lemah, keadaan fizikal termasuk lif dan kemudahan yang usang dan rosak selain tiada amalan penyelenggaraan berkala.
''Tambahan pula, reka bentuk, saiz dan persekitaran PPR lama ini mungkin tidak sesuai untuk keperluan warga emas yang menetap di kediaman berkenaan,'' katanya kepada Bernama.
Beliau berkata, meskipun langkah kerajaan dalam menyediakan rumah kepada komuniti tidak berkemampuan itu adalah inisiatif terbaik, namun langkah susulan perlu diambil bagi menangani kegusaran berikutan kebanyakan PPR tersebut kini adalah bangunan lama.
''Kita juga tidak menolak kemungkinan keadaan PPR yang uzur ini pastinya boleh menimbulkan persoalan sama ada ia masih lagi boleh dihuni atau tidak, terutamanya kepada golongan berusia.
''Ia kerana warga emas ini selalunya berdepan pelbagai kekangan termasuk dalam pergerakan fizikal mereka termasuk akses kepada kemudahan serta penjagaan kesihatan, jadi perkara ini perlu diambil kira dalam penambahbaikan perumahan ini,'' katanya.
PPR adalah satu program kerajaan untuk penempatan semula setinggan bagi yang berkelayakan serta memenuhi keperluan tempat kediaman bagi golongan berpendapatan rendah (B40)
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam laporan media pada 28 Mac tahun lalu (2023) menyebut, sejak program perumahan itu dimulakan pada tahun 1982, sebanyak 159 PPR yang merangkumi 99,296 unit rumah, siap dibina di seluruh negara, manakala 27 lagi PPR melibatkan 12,037 unit kediaman sedang dalam pembinaan atau perancangan untuk dibina.
PPR yang dibina pada awal pelaksanaannya disifatkan sempit dengan ruangan yang terhad, selain piawaian pembinaannya rendah serta tiada amalan penyelenggaraan berkala.
PENAMBAHBAIKAN MENYELURUH
Mengulas lanjut, Mohd Azli berkata, meskipun kerajaan memberi tumpuan kepada pembangunan projek perumahan kerajaan yang baharu, namun ia tidak boleh mengabaikan perumahan sedia ada.
Beliau berkata, sekiranya keadaan itu berterusan, ia akan mewujudkan jurang perbezaan bangunan PPR baharu dengan yang lama.
''Daripada membina rumah sahaja, utamakan pembangunan seluruh komuniti PPR itu termasuk mereka yang semakin berusia di samping melabur dalam membaik pulih projek perumahan yang uzur ini bagi memperbaiki keadaan dan memanjangkan jangka hayatnya.
''Kerajaan juga perlu memperuntukkan pembiayaan yang mencukupi dan konsisten dalam aspek penyelenggaraan agar perumahan PPR ini memenuhi matlamat dan tujuannya iaitu selesa dan selamat terutamanya kepada warga emas,'' katanya.
Antara ciri itu termasuklah menyediakan ambang pintu yang lebih luas, lantai tidak licin, palang pegangan di bilik mandi, pencahayaan mencukupi dan membangunkan sistem panggilan kecemasan.
Tahun lalu (2023), KPKT turut mengumumkan, projek pembangunan PPR baharu perlu menepati lima ciri penting iaitu berdaya huni, senang dihubungi, mampan, berkualiti baik dan juga mempunyai kelompok komuniti yang bagus.
Menterinya, Nga Kor Ming berkata, ciri baharu itu penting bagi mewujudkan kediaman yang kondusif dan selesa untuk penghuninya terutama bagi kanak-kanak dan remaja.
Menurut Mohd Azli, langkah proaktif boleh diambil bagi menangani isu PPR usang, sekiranya kerajaan turut mengemukakan dasar perumahan baharu yang lebih inklusif dan holistik berbanding polisi sedia ada.
Ini, katanya, supaya ia dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat secara menyeluruh seiring dengan persiapan ke arah negara tua yang berbaki enam tahun sahaja lagi.
''Dasar perumahan baharu terutamanya apabila Malaysia menghampiri statusnya sebagai negara menua adalah sangat relevan. dan pendekatan yang lebih menyeluruh diperlukan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
''Ia termasuk mengamalkan pendekatan jangka hayat untuk perumahan PPR ini dengan mengambil kira keperluan individu dan keluarga (dalam kalangan penghuni PPR) yang berkembang seiring peningkatan usia dari muda ke tua, selari dengan reka bentuk rumah yang dibangunkan,'' katanya.
TINGKATKAN KUALITI PPR
Pandangan senada turut disuarakan Prof Madya Dr Md Asrul Nasid Masrom, Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan), Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), yang menyifatkan penghuni akan berasa selesa dan selamat sekiranya kerajaan menyediakan perumahan yang berkualiti tinggi.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan harus berperanan untuk memandu arah dan memacu sektor perumahan negara dengan menekankan perancangan, pembangunan dan pengurusan perumahan yang sistematik.
''Namun begitu, banyak hal sering dicanang terutamanya berkaitan dengan tahap keselesaan penghuni dan kemudahan fasiliti yang disediakan di bawah pembangunan PPR. Situasi ini sedikit sebanyak menggambarkan keadaan sebenar serta kualiti fasiliti yang disediakan yang mana ia berada pada tahap yang rendah.
''Hal ini jelas menunjukkan kebanyakan kemudahan di PPR sedia ada berada dalam keadaan daif dan tidak mencukupi dalam menyokong keperluan asas penduduk,'' katanya.
Md Asrul Nasid berkata, dalam kajian yang dilakukan sebelum ini, beberapa PPR di lembah Klang menunjukkan penghuni projek perumahan itu berdepan dengan tahap kualiti fasiliti yang rendah termasuklah keadaan yang tidak bersih, masalah kebocoran selain tangga yang tiada susur tangan yang menyukarkan pergerakan penghuni terutamanya warga emas
Oleh itu, katanya, keperluan untuk penyelesaian terhadap isu berhubung fasiliti perumahan berkenaan perlu ditekankan bagi memenuhi keperluan penghuni sekali gus dapat memberi keselesaan kepada mereka.
''Tindakan secara proaktif sangat diperlukan sebagai langkah penyelesaian menyeluruh. Pihak berkaitan termasuk kerajaan dan penghuni perlu cakna bagaimana mahu menangani permasalahan yang berbangkit ini.
''Selaku penghuni PPR, mereka sendiri sebenarnya perlu tepuk dada dan tanya apa yang mereka harus lakukan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik,'' tambahnya.
- BERNAMA
Bernama
Wed Jun 26 2024
Dengan berbaki enam tahun sahaja lagi, kerajaan perlu melakukan penambahbaikan bagi menangani fenomena penuaan yang semakin meningkat di negara ini terutamanya untuk kesejahteraan hidup penghuni tua di rumah PPR. - Gambar hiasan/Astro AWANI
Kerajaan Kelantan akan ambil tindakan tegas berhubung tarian colok mata di Tanah Merah
Kerajaan Kelantan akan mengambil tindakan tegas terhadap penganjuran majlis makan malam yang didakwa menyediakan persembahan tarian mencolok mata.
Permintaan sayuran di Negeri Sembilan menurun, harga masih berpatutan
Harga sayur di Negeri Sembilan masih terkawal walaupun terdapat kenaikan harga di negeri lain akibat cuaca tidak menentu.
16 didakwa jadi ahli kumpulan jenayah terancang 'Geng Pacific Siva'
16 lelaki didakwa atas pertuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai 'Geng Pacific Siva'.
Pensyarah UM terpalit dakwaan hantar mesej jelik seksual telah ditahan kerja
Pensyarah UM yang dikaitkan dengan isu penghantaran mesej jelik seksual, telah diambil tindakan tahan kerja.
Mogok pekerja Starbucks merebak ke beberapa bandar di AS
Mogok yang kini memasuki hari ketiga daripada lima hari yang dirancang telah menyebabkan penutupan hampir 50 cawangan di seluruh negara, dengan lebih banyak cawangan menyertai mogok sebagai tanda solidariti, menurut kenyataan Starbucks Workers United.
Malaysia terus dahului indeks pusat data serantau
frma perundingan hartanah global itu berkata pertumbuhan didorong oleh pelaburan strategik daripada syarikat teknologi terkenal seperti Microsoft, Amazon Web Services (AWS), Google dan Oracle berjumlah US$23.3 bilion.
Anggota polis sempat minta tolong sebelum lemas - Rakan
Allahyarham Koperal Muhammad Taufik Sayutin sempat meminta tolong daripada rakannya sebelum dihanyutkan arus deras.
Pantau Agenda Reformasi: Hospital kerajaan terbeban jika M40 batalkan polisi insurans
Pelan Integrasi komprehensif bagi dua bekas tahanan Guantanamo. Memahami pelaksanaan pelan pemulihan ini dan modul yang digunapakai.
Apa yang kita tahu mengenai program ini?
Keseimbangan antara pemulihan dan pemantauan ketat
Prof Dr Mohd Mizan Aslam, Pensyarah Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM
Apa yang kita tahu mengenai program ini?
Keseimbangan antara pemulihan dan pemantauan ketat
Prof Dr Mohd Mizan Aslam, Pensyarah Pertahanan, Keselamatan dan Kajian Strategik UPNM
PTPTN lancar kempen LESTARIPendidikan, komitmen kelestarian dana pendidikan negara
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan kempen LESTARIPendidikan bagi memastikan pendidikan tinggi di Malaysia kekal inklusif, mampan dan relevan untuk generasi akan datang.
Semua peraturan perang dilanggar di Gaza - UNRWA
Gaza mengalami genosid berterusan oleh Israel selama lebih 14 bulan.
Pulau Pinang kaji semula had pendapatan syarat permohonan sewa PPR, RSKN
Kerajaan Pulau Pinang kini dalam proses untuk menilai semula had pendapatan syarat permohonan penyewaan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Rumah Sewa Kerajaan Negeri (RSKN).
PPR ditambah baik, sedia perumahan mampu milik lebih kondusif
Kerajaan akan menambah baik Program Perumahan Rakyat (PPR) menerusi pelaksanaan Program Residensi Rakyat (PRR) bagi menyediakan perumahan mampu milik yang lebih kondusif kepada rakyat.
Perkasa komuniti PPR, elak terjerumus menjadi setinggan bertingkat - Pengarah Program K2K
Keluarga dalam kalangan B40 memerlukan pendekatan khusus untuk menyerlahkan potensi sebagai golongan masyarakat yang ada kekuatan tersendiri.
Projek Dapur Digital dilancar, perkasa usahawan PPR di Wilayah Persekutuan
Satu usaha memperkasakan komuniti B40, khususnya ibu tunggal dan golongan belia, melalui inovasi ekonomi digital.
KPKT akan pinda undang-undang, kenakan tindakan lebih ketat kepada pemaju perumahan
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan meminda undang-undang berkaitan sektor perumahan dan memastikan tindakan lebih ketat dikenakan terhadap pemaju yang menipu pembeli.
KKDW peruntuk RM46.2 juta bina PPK Bagan Datuk - TPM Zahid
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan RM46.2 juta bagi membangunkan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Bagan Datuk.
Negara menua: Perlu PPR mesra warga berusia - Pakar
Kebanyakan PPR yang dibina lebih lima dekad lalu, adalah kurang sesuai untuk dihuni terutamanya warga emas.
Isu pemilik PPR sewa rumah kepada pihak ketiga perlu tindakan tegas - NGO
Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan mencadangkan supaya KPKT dan PBT negeri mewujudkan undang-undang khas bagi menyelesaikan masalah berkaitan penyewaan PPR.
Kencing: ‘Jangan paksa saya pasang CCTV dalam lif PPR’ - Kor Ming
KPKT bersedia memasang CCTV jika perbuatan vandalisme seperti kencing dan membuang sampah di dalam lif projek PPR masih berlaku.
950 pemohon PPR di Perak berstatus calon simpanan - Exco
Jumlah pemohon PPR di negeri ini yang masih dalam status calon simpanan adalah seramai 950 orang setakat ini.