IPOH: Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) telah menyelaraskan pelaburan bernilai RM4.34 bilion ke Perak dan mewujudkan 7,122 peluang pekerjaan pada tahun lepas sekali gus terus memperkasakan pemulihan sosioekonomi negeri ini daripada impak pandemik COVID-19.
Ketua Eksekutif NCIA Datuk Seri Jebasingam Issace John berkata kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi dan inisiatif pelaburan strategik yang telah membangunkan ekosistem infrastruktur yang kondusif untuk menggiatkan semula sektor pelancongan di Perak.
"NCIA telah melaksanakan projek dan inisiatif selaras dengan Pelan Pembangunan Strategik (SDP) Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) 2021-2025 untuk membantu proses pemulihan industri pelancongan tempatan yang telah terjejas akibat COVID-19.
"Projek-projek strategik dan berimpak tinggi yang dilaksanakan akan memberi limpahan ekonomi yang terhasil daripada peningkatan aktiviti perniagaan dan mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan keseluruhan ekosistem pelancongan tempatan yang akan memanfaatkan rakyat," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.
Beliau berkata selaras dengan usaha kerajaan untuk mengurangkan impak COVID-19 dan mencapai Sifar Kemiskinan Tegar menjelang 2025, 150 peserta daripada program modal insan berteraskan rakyat NCIA seperti Kasih Ibu Darul Ridzuan (KIDR), empowerNCER dan entrepreneurNCER akan dapat memanfaatkan pelbagai peningkatan aktiviti dan projek ekonomi.
Selain itu Jebasingam berkata Program Intervensi Strategik (SIP) NCIA pula akan terus membantu penganggur, pekerja yang diberhentikan dan juga usahawan dalam pelbagai sektor termasuk pelancongan.
"Lebih 800 pekerja yang diberhentikan dalam sektor pembuatan dan lebih 80 pekerja dari sektorpelancongan telah mendapat manfaat daripada program ini di Perak," katanya.
NCIA juga telah mempertingkatkan program JomKerja@NCER dan JomNiaga@NCER dengan melanjutkan insentif subsidi gaji daripada enam bulan kepada satu tahun untuk mengekalkan perniagaandan menyokong mereka dalam tempoh pemulihan.
Menurutnya setakat ini, Program Modal Insan NCER telah memberi manfaat yang ketara kepada 17,604 orang sejak 2019 hingga 2021 dan 12,983 bagi Januari hingga Disember 2021 pula di Perak selaras dengan Pelan Pemulihan Nasional.
Dalam pada itu, Projek Pelancongan Warisan Ipoh merupakan satu daripada inisiatif utama NCIA untuk menggiatkan semula sektor pelancongan negeri Perak yang kini berada di landasan yang kukuh untuk mencatatkan pemulihan tahun ini setelah mengalami peningkatan ketara ketibaan pelancong.
Tegasnya ini dapat dilihat dengan peningkatan 78 peratus tempahan hotel dan mencatatkan ketibaan pelawat domestik kedua tertinggi tahun lepas dengan 13.17 juta pelawat selepas pembukaan semula perjalanan domestik antara negeri.
Jebasingam turut mengumumkan tarikan baharu di Padang Ipoh yang akan dibuka kepada orang ramai tidak lama lagi iaitu sebahagian daripada Projek Pelancongan Warisan Ipoh.
"Ia akan merangkumi infrastruktur pertunjukan cahaya dan bunyi untuk memaparkan sejarah dan budaya Perak bersama destinasi pelancongan lain di negeri ini serta memoir kartunis terkenal dari Perak, Datuk Lat.
"Di bawah Fasa Dua Projek Pelancongan Warisan Ipoh, NCIA akan menaik taraf bangunan lama Dewan Perbandaran Ipoh menjadi Pusat Seni Kebudayaan dan Pejabat Pos Lama akan ditukar menjadi Galeri Seni Digital dan pembinaan dijangka bermula pada suku kedua 2022," katanya.
NCIA juga bekerjasama dengan Jabatan Kebajikan Orang Asli (Jakoa) dalam memulakan sebuah projek pembangunan menyeluruh untuk komuniti Orang Asli di Lata Kinjang yang strategi pembangunan projek itu termasuklah pelaksanaan Program Modal Insan NCER untuk komuniti Lata Kinjang dan menaik taraf infrastruktur pelancongan di Taman Eko-Rimba Lata Kinjang.
Katanya Taman Eko-Rimba Lata Kinjang akan dikendalikan oleh Koperasi Orang Asli Lata Kinjang(KOALK) sebaik sahaja ia dibuka semula kepada orang ramai pada bulan depan sebagai usaha untuk meningkatkan penyertaan Orang Asli dalam aktiviti ekonomi tempatan dan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur untuk Lata Kinjang Fasa 2 pula dijangka dimulakan pada Mac ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 25 2022
![NCIA selaras pelaburan RM4.34 bilion ke Perak pada 2021 NCIA selaras pelaburan RM4.34 bilion ke Perak pada 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-06/41624613366_JebasingamIssaceJo.jpg)
Jebasingam Issace John berkata kejayaan itu dicapai melalui pelaksanaan projek berimpak tinggi dan inisiatif pelaburan strategik yang telah membangunkan ekosistem infrastruktur yang kondusif. -Gambar fail/NCER
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/41659697159_SergeiLavrov.jpg)
Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.
![NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024 NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71724138697_NCER.jpg)
NCER catat pelaburan RM31.4 bilion di Pulau Pinang pada 1H2024
Pencapaian memberangsangkan ini mencerminkan keyakinan kukuh pelabur terhadap potensi jangka panjang Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER), khususnya Pulau Pinang.
![RM15 juta bangunkan projek Pelancongan Warisan Ipoh RM15 juta bangunkan projek Pelancongan Warisan Ipoh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81719200218_RumaiziBaharinDat.jpg)
RM15 juta bangunkan projek Pelancongan Warisan Ipoh
Pelaksanaan projek Pelancongan Warisan Ipoh dibiayai dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA).
![PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/41714801382_tbPerlisInlandPort.jpg)
PIP akan lengkapkan operasi NBCT Pulau Pinang
Perlis Inland Port (PIP) akan melengkapkan Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT) Pulau Pinang apabila ia memulakan operasi fasa pertama tahun depan.
![NCIA realisasi pelaburan RM7.7 bilion di Kedah NCIA realisasi pelaburan RM7.7 bilion di Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41699860882_tbpelaburan.jpg)
NCIA realisasi pelaburan RM7.7 bilion di Kedah
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) bersama kerajaan Kedah telah merealisasikan pelaburan sebanyak RM7.7 bilion di negeri itu.
![NTIC pacu pelaburan bernilai tinggi di Perak - Saarani NTIC pacu pelaburan bernilai tinggi di Perak - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81699321133_JPN.jpg)
NTIC pacu pelaburan bernilai tinggi di Perak - Saarani
Inisiatif itu signifikan dalam menjayakan agenda kerajaan negeri untuk meningkatkan ekosistem dan kumpulan bakat.
![NCER anjur Sidang Kemuncak SDG pada 16 November NCER anjur Sidang Kemuncak SDG pada 16 November](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/51699013836_MohamadHaris.jpg)
NCER anjur Sidang Kemuncak SDG pada 16 November
Ia bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman umum mengenai pelaksanaan dan pencapaian SDG di Malaysia.
![Perak berjaya tarik pelaburan RM2.2 bilion - Saarani Perak berjaya tarik pelaburan RM2.2 bilion - Saarani](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/41683883824_Peraktarikpelabur.jpg)
Perak berjaya tarik pelaburan RM2.2 bilion - Saarani
Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan Kerajaan Perak berjaya menarik pelaburan bernilai RM2.2 bilion diluluskan ke negeri itu.
![NCIA puji Belanjawan 2023 kerana fokus kepada reformasi lestari NCIA puji Belanjawan 2023 kerana fokus kepada reformasi lestari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/71677289208_TBHARIS.jpg)
NCIA puji Belanjawan 2023 kerana fokus kepada reformasi lestari
Keterangkuman peruntukan yang dibuat dalam belanjawan itu akan membantu memastikan kesejahteraan rakyat dijaga.
![NCIA, MITI teruskan kerjasama, bawa pelaburan berimpak tinggi ke NCER NCIA, MITI teruskan kerjasama, bawa pelaburan berimpak tinggi ke NCER](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670344484_NCERMalaysia.jpg)
NCIA, MITI teruskan kerjasama, bawa pelaburan berimpak tinggi ke NCER
Pihaknya menjangkakan lebih banyak kerjasama dengan MITI, MIDA serta kerajaan Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak menjelang 2023.
![NCIA tarik RM10.52 bilion pelaburan, lepasi sasaran 2021 bagi Kedah NCIA tarik RM10.52 bilion pelaburan, lepasi sasaran 2021 bagi Kedah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-01/51643108665_TBSANUSI.jpg)
NCIA tarik RM10.52 bilion pelaburan, lepasi sasaran 2021 bagi Kedah
Dari segi penciptaan peluang pekerjaan, NCIA melepasi sasaran awal iaitu sebanyak 164 peratus atau 5,280 pekerjaan.