Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz memberi jaminan kawasan pelancongan di pantai timur Sabah selamat untuk dikunjungi pelancong.
Beliau berkata pasukan keselamatan sentiasa melakukan kawalan dan rondaan selama 24 jam bagi memastikan keselamatan termasuk di kawasan tarikan pelancongan berada pada tahap terbaik.
Mohamed Nazri berkata bagi memastikan kawasan itu selamat untuk dikunjungi pelancong, beliau melihat sendiri beberapa lokasi pelancongan di daerah ini dan Kinabatangan dalam lawatan kerja enam harinya ke negeri ini.
"Untuk beri keyakinan kepada pelancong bahawa pantai timur Sabah selamat untuk dikunjungi, saya sebagai Menteri Pelancongan dan Kebudayaan perlu melihat sendiri," katanya pada Majlis Makan Malam sempena lawatan kerja beliau di sini, malam tadi.
Hadir sama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun.
Antara kawasan pelancongan yang beliau lawati adalah Pusat Konservasi Beruang Madu Borneo, Pulau Bakkungaan Kecil dan Selingan di Taman Pulau-Pulau Penyu dan Kampung Sukau serta Gua Gumantong di Kinabatangan.
Menerusi lawatan kerja itu, Mohamed Nazri mahu setiap daerah di negeri ini bertindak agresif mempromosi kawasan pelancongan mereka.
Beliau berkata ini kerana daerah-daerah di negeri ini mempunyai kawasan yang luas dan mempunyai tarikan pelancongan berasaskan ekopelancongan, kebudayaan dan warisan.
Sementara itu, Masidi dalam ucapannya berkata nasihat keselamatan yang dikeluarkan oleh beberapa negara kepada warganya mengenai Sabah tidak menjejaskan peningkatan jumlah pelancong dari luar negara tahun ini.
Katanya sebagai contoh, jumlah kehadiran pelancong dari China ke negeri ini meningkat 24 peratus pada Januari lepas berikutan pelaksanaan penerbangan terus beberapa wilayah China ke Kota Kinabalu.
Beliau berkata terdapat 61 penerbangan setiap minggu dari beberapa wilayah di China ke Kota Kinabalu pada masa ini.
Bernama
Wed Mar 30 2016
NAZRI: Pasukan keselamatan sentiasa melakukan kawalan dan rondaan selama 24 jam bagi memastikan keselamatan termasuk di kawasan tarikan pelancongan berada pada tahap terbaik. - Gambar fail
AWANI Borneo [18/10/2024] – Perahu karam | Belanjawan 2025 | Pan Borneo dan SSLR
Tumpuan Awani Borneo 18 Oktober 2024 bersama Syaff Shukri
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
1. Lima peserta latihan regata dikhuatiri lemas di Sungai Sarawak.
2. Pemberian khas Sabah, Sarawak dicadang dinaikan RM600 juta.
3. Pembangunan jalan raya di Sabah, Sarawak terus diperkukuh
Tanda retak politik Filipina? Naib Presiden Sara Duterte dakwa Marcos tidak cekap
Sara Duterte mendakwa, Ferdinand Marcos Jr menjalankan pentadbirannya tanpa perancangan jelas.
AWANI Ringkas: Pembentangan Belanjawan 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 18 Oktober 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 18 Oktober 2024
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
1️⃣ Pembentangan Belanjawan 2025
2️⃣ Sektor pendidikan
3️⃣ Sektor kesihatan
#awaniringkas
Belanjawan 2025: Peruntukan AI dinaikkan sebanyak RM50 juta
Kerajaan komited memperluaskan pendidikan berkaitan Kecerdasan Buatan (AI) ke semua universiti penyelidikan dengan peruntukan RM50 juta, berbanding RM20 juta tahun ini.
UAE hantar tiga lagi pesawat bersama 120 tan bantuan untuk Lubnan
UAE setakat ini telah menghantar 12 pesawat yang membawa 515 tan bekalan bantuan.
Latihan regata bertukar tragedi, lima peserta dikhuatiri lemas
Insiden melibatkan 15 peserta menggunakan satu bot untuk latihan regata. 10 individu berjaya selamatkan diri manakala lima yang lain masih hilang.
Belanjawan 2025: Nak masuk Universiti? Ini cara kerajaan bantu anda
Belanjawan MADANI memperlihatkan komitmen Kerajaan dalam meningkatkan sektor pendidikan tinggi negara.
Belanjawan 2025 sedia platform menyeluruh hadapi cabaran tahun depan - Mohamad Hasan
Langkah-langkah dalam Belanjawan 2025 juga dilihat cuba mengimbangi keperluan rakyat terutama dalam mendepani isu kos sara hidup.
Jumlah kematian di Lubnan terus meningkat
Jumlah kematian akibat serangan udara Israel di Lubnan sejak tercetusnya konflik Israel-Hizbullah pada 8 Oktober 2023 meningkat kepada 2,412.
Nazri Aziz sertai Muafakat Nasional
Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyertai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Muafakat Nasional (MN).
Nazri Aziz sesuai sebagai Duta Malaysia ke Amerika Syarikat - Zahid Hamidi
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz merupakan personaliti yang sesuai sebagai Duta Besar Malaysia ke Amerika Syarikat, kata Ahmad Zahid.
"Jangan sekat demokrasi dalam UMNO" - Nazri Aziz
Usaha menghalang jawatan tertentu tidak dipertandingkan akan memperlihatkan UMNO sebuah parti yang tidak lagi demokratik.
'Kalau tidak faham isu jangan bercakap', pesan Nazri pada Naib Presiden MIC
Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan Naib Presiden MIC, A Kohilan Pillay sebagai seorang yang tidak faham isu tetapi cuba menunjuk pandai.
'Apa beza lompat seekor dengan lompat sekumpulan? Sama sahaja' - Nazri
Datuk Seri Nazri Aziz bertegas agar jangka masa tetap untuk Parlimen selama lima tahun dibuat bagi menghalang wakil rakyat khianat terhadap rakyat yang mengundi.
'Bukan isu saya takut kalah tapi masa belum sesuai untuk PRU15' - Nazri
Mohamed Nazri menegaskan beliau tidak mahu PRU15 disegerakan bukan kerana takut kalah tetapi masanya belum sesuai.
Meluat tengok YB Shah Alam - Nazri Aziz
Khalid minta pendirian Nazri berhubung parti yang mengambil Ahli Parlimen yang melompat parti.
Pertemuan Menteri UMNO: Mungkin bincang keperluan PRU15 lebih awal - Nazri
Pertemuan beberapa Menteri UMNO di sebuah hotel di Putrajaya mungkin berbincang mengenai keperluan Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-15 lebih awal.
RUU Antilompat Parti: Blok Pembangkang beri amaran terakhir!
"Maka, kita (pembangkang) harap bentang segera RUU Anti Lompat Parti, ini amaran terakhir daripada kami." - Mohamad Sabu
Parlimen: KL dah macam London, banyak nama Inggeris - Mohamed Nazri
Bukan hanya jalan dan bangunan, kawasan taman perumahan juga lebih banyak menggunakan Bahasa Inggeris sejak kebelakangan ini.