KUALA SELANGOR: Luluh hati seorang ibu apabila hanya mampu melihat jasad anaknya kaku di depan mata sejurus dirempuh sebuah lori di bahu jalan di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, berhampiran Bukit Rotan di sini pada Khamis.
Rubiah Basok, 71, berkata, kejadian kira-kira jam 4 petang yang meragut nyawa anaknya, Zunairi Ahmad, 40, disedari sebaik terdengar bunyi dentuman kuat semasa berada di dalam kereta yang diparkir di bahu jalan.
"Saya terus keluar dari kereta dan terkejut apabila melihat anak (Zunairi) sudah tertiarap di tepi jalan.
"Pada masa itu, saya memanggilnya berulang kali dan sempat mengajarnya mengucap dua kalimah syahadah," katanya kepada Sinar Harian semasa ditemui di rumahnya di Taman Kasawari Bukit Rotan di sini pada Jumaat.
Rubiah berkata, pada masa itu dia hanya mampu menitiskan air mata dan tidak putus berdoa agar Zunairi dipanjangkan usia.
"Namun, sayu hati saya apabila pasukan perubatan yang datang ke tempat kejadian memaklumkan arwah Zunairi sudah meninggal dunia," ujarnya.
Mengulas lanjut, Rubiah berkata, semasa kejadian itu, dia bersama Allahyarham Zunairi dan seorang jirannya dalam perjalanan menuju ke rumah adiknya, Haniah Basok, 61, di Parit Mahang di sini.
Katanya, mereka keluar dari rumah kira-kira jam 3.50 petang dan semasa dalam perjalanan anaknya ditahan individu yang menaiki sebuah kereta Proton Preve yang diletakkan di bahu jalan.
"Arwah anak memarkir di hadapan kereta Preve dan Zunairi kemudian turun membantu, namun dalam beberapa minit saya dengar bunyi dentuman kuat dan sebaik keluar dari kenderaan terkejut melihat anak saya sudah rebah akibat tercampak di belakang kereta dinaiki kami akibat dirempuh lori," ujarnya.
Menurut Rubiah, Allahyarham Zunairi pernah terbabit dalam dua kemalangan sebelum ini dan kejadian itu amat memilukan kerana kehilangan anak ketiga daripada empat beradik itu buat selamanya.
"Arwah pergi dengan husnul khotimah dan sudah selamat di alam sana, malah sebelum kejadian dia sempat membantu jiran mengecat rumah di Ijok tanpa mahu mengambil upah.
"Saya dimaklumkan, arwah biasanya membantu orang dengan seikhlas hati tanpa memikirkan soal wang ringgit," ujarnya.
Jelas Rubiah, lebih memilukan apabila Allahyarham Zunairi yang menghidap masalah jantung akan membuat janji temu pertama di Institut Jantung Negara (IJN) pada 26 Jun ini.
"Arwah sebenarnya kerja di sebuah stesen minyak di Ijok, namun selepas disahkan mengalami masalah jantung, arwah mengambil keputusan berhenti kerja.
"Selepas itu, arwah hanya bergantung punca rezeki dengan melakukan kerja-kerja kampung," katanya.
Ujar Rubiah, anaknya itu disifatkan seorang yang ringan tulang, bertanggungjawab dan sentiasa mengambil berat terhadapnya terutama selepas kematian arwah suaminya kira-kira 17 tahun lalu.
"Arwah seorang yang pendiam dan tidak banyak bercakap, dia rapat dengan saya kerana hanya menetap berdua di rumah ini.
"Saya reda dengan ketentuan Ilahi dan berdoa agar kebaikan arwah di dunia ini mendapat ganjaran dan keampunan-Nya," katanya.
Media pada Jumaat melaporkan, dua lelaki maut selepas dirempuh sebuah lori semasa menukar tayar kereta pancit di bahu jalan di Kilometer 11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, berhampiran Bukit Rotan di sini pada Khamis.
Dalam kejadian jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa termasuk penyelia Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Seremban, Negeri Sembilan berusia 55 tahun dan seorang lagi lelaki berumur 40 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Sat Jun 04 2022
Rubiah (kanan) dan Haniah (kiri) menunjukkan gambar Allahyarham Zunairi yang maut sejurus dirempuh sebuah lori di bahu jalan di KM11.5 Jalan Kuala Selangor-Kuala Lumpur, berhampiran Bukit Rotan, Kuala Selangor pada Khamis. -Foto Sinar Harian
AWANI Ringkas: Nahas Ayer Keroh: JPJ sita lori terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua pelayar maut dalam perlumbaan kapal layar Sydney ke Hobart
Dua pelayar maut dalam insiden berasingan semasa perlumbaan kapal layar tahunan Sydney ke Hobart, kata penganjur pada Jumaat, lapor agensi berita Jerman dpa.
Hanya 60 peratus hasrat tercapai setakat ini - Bin Shen
Katanya, 40 peratus lagi hasratnya belum tercapai, termasuk untuk mengemudi Aaron Chia-Soh Wooi Yik meraih emas di Sukan Olimpik Paris 2024.
Kendali DAX secara haram, SC kenakan tindakan celaan terhadap Bybit
SC berkata Bybit dan Ben Zhou telah disenaraikan dalam Senarai Makluman Pelabur SC sejak Julai 2021.
Empat cedera dalam insiden tembakan dan tikaman di Lapangan Terbang Phoenix pada malam Krismas
Polis terima panggilan mengenai insiden tembakan di sebuah restoran di luar kawasan pemeriksaan keselamatan di Terminal 4 lapangan terbang.
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Malaysia hantar pasukan konsular susulan kemalangan bas di Norway
Penumpang bas terdiri daripada pelancong asing dari China, Singapura, India, Belanda, Malaysia, Sudan Selatan, Perancis, dan Ukraine.
Jurutera miliki video pornografi kanak-kanak didenda RM6,000
Seorang jurutera didenda RM6,000 di Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini kerana memiliki video pornografi kanak-kanak serta video lucah di dalam komputer.
DUN Melaka: Tempat duduk ADUN Rembia diubah
Ibrahim berkata langkah itu diambil selepas beliau meneliti beberapa perkara mengenai penyertaan Muhammad Jailani ke dalam Pas.
Pantau Belanjawan: Di mana dan ke mana hala tuju reformasi pendidikan Malaysia?
Laporan Jawatankuasa Kajian Dasar Pendidikan Negara (JKD) yang disiapkan pada 2019 perlu dibuka semula untuk dijadikan dokumen asas kepada reformasi pendidikan pasca 2025. Pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Anuar Ahmad menekankan kepentingan laporan ini dalam merangka reformasi pendidikan pasca 2025. Isu kritikal seperti jurang digital, kesenjangan pembelajaran, dan cabaran pasca-pandemik akan dibincangkan untuk memahami bagaimana JKD dapat kekal relevan dalam memastikan pendidikan terus berdaya maju.
Nampak anak kaku, ibu sempat ajar kalimah syahadah
Rubiah berkata, pada masa itu dia hanya mampu menitiskan air mata dan tidak putus berdoa agar Zunairi dipanjangkan usia.