Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM2.5 juta bagi membantu institusi pondok di negara ini agar terus maju dan terbela.
Beliau berkata sebanyak RM500,000 untuk bantuan segera menerusi Tabung Kasih Perdana Menteri bagi membantu institusi pondok yang ditimpa bencana manakala RM2 juta dalam bentuk geran kepada Yayasan Pembangunan Pondok Malaysia (YPPM).
Katanya, Tabung Kasih Perdana Menteri itu adalah pertama kali diperkenalkan dan peruntukannya akan ditambah mengikut keperluan semasa.
"Saya bersetuju peruntukan geran sebanyak RM2 juta kepada YPPM bagi meneruskan kajian mengenai institusi pondok negara ini, selain mengoperasikan semula instrumen media sosial milik YPPM," katanya ketika berucap pada majlis penutupan Ijtimak Pondok Malaysia kali ke-2 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), di sini.
Turut hadir Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh, Pengerusi Eksekutif YPPM Datuk Dr Mashitah Ibrahim dan Naib Canselor UMT Profesor Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar.
Dalam ucapannya, Najib mengalu-galukan pendekatan ijtimak bertemakan pemantapan institusi pondok melalui sistem wakaf yang dianggap satu pendekatan yang baik dan munasabah untuk mencari penyelesaian kepada masalah kewangan yang dihadapi institusi pondok.
Katanya, pendekatan wakaf telah lama diamalkan di institusi pengajian tinggi terkemuka dunia seperti Universiti Al-Azhar di Mesir, serta beberapa universiti di negara Barat.
"Universiti terkemuka seperti Harvard, Cambridge dan Yale adalah contoh terbaik yang menggunakan dana daripada orang perseorangan yang berharta.
"Dalam sejarah, wakaf termasuk antara manfaat yang paling mendapat perhatian umat Islam. Hampir setiap kota besar Islam juga ada universiti, perpustakaan dan pusat Islam daripada hasil wakaf.
"Saya berharap semua ini akan membuka hati umat Islam dalam negara ini untuk menggunakan kaedah wakaf untuk pelbagai tujuan termasuk pembangunan institusi pondok pada masa akan datang," katanya.
Perdana Menteri turut menyarankan YPPM mengambil inisiatif untuk mendaftarkan institusi pondok bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan dan peruntukan yang disediakan pihak kerajaan.
Berhubung kenyataan Dr Mashitah dalam ucapannya bahawa YPPM kini kekurangan sumber kewangan dan dana bagi membantu institusi pondok, Najib berkata: "Setiap kali beliau (Mashitah) berjumpa dengan saya perkara inilah yang sering kali beliau bangkitkan ... bahawa beliau masih belum lagi mendapat bantuan ini kerana (pondok) belum mendaftar.
"Saya berharap kita dapat mencari penyelesaian atas perkara ini kerana hasrat saya nak bantu semua pondok di Malaysia. Mudah-mudahan semua pondok di Malaysia boleh mendapat keuntungan," katanya.
Mengikut rekod, daripada lebih 400 institusi pondok di negara ini, hanya 112 sahaja yang berdaftar dengan YPPM.
Dalam pada itu, Najib turut berharap agar guru di institusi pondok dapat memainkan peranan dalam menjalin perpaduan ummah.
"Kita berharap tuan-tuan guru pondok akan terus menjadi penyambung warisan, bersuara di pondok walau tanpa pembesar suara untuk mengajak umat Islam terus bersatu dan berpadu. Sesunguhnya perpaduan ummah bukan sahaja dicapai melalui politik tetapi akan lebih baik jika dicapai melalui pendidikan agama.
"Sememangnya, roh kasih agama di mana tuan-tuan guru mengajar penuh keikhlasan tanpa mengharap sebarang ganjaran duniawi, mengetepikan kepentingan peribadi inilah yang menjadi tunjang kejayaan sistem pondok. Guru dijadikan sebagai ikon buat ikutan pelajar," katanya
Perdana Menteri berkata tidak dinafikan institusi pondok telah berjaya mendisiplinkan masyarakat dengan sifat kesungguhan beramal, kezuhudan dengan desakan materialisme, kesungguhan mempelajari ilmu, kemampuan memahami kemaslahatan masyarakat dan keikhlasan dengan ilmu demi mencapai keredaan Allah.
Bernama
Mon May 23 2016

Najib mengalu-galukan pendekatan ijtimak bertemakan pemantapan institusi pondok melalui sistem wakaf yang dianggap satu pendekatan yang baik dan munasabah. - Foto Bernama

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Perintah larangan bersuara untuk elak komen prejudis terhadap Najib - Peguam Cara Negara
Perintah larangan bersuara (gag order) tidak akan memprejudiskan Datuk Seri Najib Tun Razak daripada membentangkan kesnya di mahkamah.

Peguam Negara bantah permohonan lantik peguam pemerhati dalam kes Najib
Semakan kehakiman itu berhubung dakwaan Najib mengenai kewujudan dokumen tambahan yang membolehkannya menjalani baki hukuman penjara enam tahun secara tahanan di rumah.

Titah Adendum: 'Nak lari dari mana? Selesai kes mahkamah saya jawab' - PM
Anwar menegaskan beliau tidak pernah mengelak daripada menjawab isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya berpegang kepada prinsip undang-undang.

Jho Low beri gambaran seolah-olah beliau rapat dengan Najib - Tengku Rahimah
Adinda kepada Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, Tengku Datuk Rahimah Sultan Mahmud memberitahu Mahkamah Tinggi Putrajaybahawa Jho Low telah memberi gambaran seolah-olah rapat dengan Najib.

Najib pertimbang mohon pengampunan kedua - Peguam
Datuk Seri Najib Tun Razak sedang mempertimbangkan untuk mengemukan permohonan pengampunan kali kedua kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Kerajaan, Razak Baginda diperintah bayar RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda, membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.

AGC fail notis usul, mahu rayu keputusan kes Titah Adendum ke Mahkamah Persekutuan
Notis itu berdasarkan premis percanggahan dalam tafsiran undang-undang, dan kepentingan isu undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan.

Saya yakin cek RM600,000 dikeluarkan Najib adalah duitnya sendiri - Saksi
Ibrahim memberitahu bahawa sangat yakin bahawa cek RM600,000 yang diterimanya daripada Najib adalah wang peribadi beliau dan bukannya milik anak syarikat SRC International.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.