Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan beberapa insentif untuk warga kerja Telekom Malaysia Berhad (TM) termasuk berkaitan cuti, pendidikan dan kesihatan dalam usaha memenuhi indeks kebahagiaan mereka.
Perdana menteri berkata insentif berkenaan diberikan pengurusan syarikat telekomunikasi itu supaya kakitangannya sentiasa bersemangat dalam menjalankan tugas.
"Jika ada warga TM yang mengandung (misalnya), mereka boleh balik satu jam lebih awal daripada biasa. Pelepasan itu adalah sesuatu yang inovatif," katanya ketika berucap pada Sesi Jom Bersama Perdana Menteri di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
Selain itu, Najib berkata warga TM turut diberi cuti ihsan untuk menguruskan hal keluarga seperti kelahiran cucu dan untuk membawa ibu bapa dan anak menjalani rawatan kesihatan.
"Bagi warga 'senior' yang baru mendapat cucu, kita khaskan tujuh hari untuk mereka melawat cucu. Ini agak menarik," katanya.
Najib turut mengumumkan insentif rawatan pergigian dan perubatan kepada kakitangan eksekutif bernilai antara RM500 ke RM700 manakala bukan eksekutif antara RM250 dan RM500.
Untuk manfaat pendidikan pula, warga TM berhak mendapat biasiswa daripada syarikat berkaitan kerajaan itu.
"Bagi mereka yang ada anak menuntut di MMU (Universiti Multimedia Malaysia), mereka layak mendapat diskaun pinjaman pendidikan sebanyak 35 peratus.
"Bagi pelajar yang mendapat keputusan dengan kepujian kelas pertama pula, bayaran pinjaman akan dikecualikan," katanya.
Dalam ucapannya, Najib turut melahirkan penghargaan kepada TM terhadap kejayaan melaksanakan Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) dan sumbangan terhadap pembangunan industri telekomunikasi negara.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Sep 25 2017
Datuk Seri Najib Razak berucap pada Sesi Jom Bersama Perdana Menteri dengan TM di Menara TM hari ini. --fotoBERNAMA
Malaysia catat nilai perdagangan tertinggi RM2.62 trilion bagi Jan-Nov 2024
Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga November 2024, meningkat sebanyak 8.7 peratus tahun ke tahun kepada RM2.62 trilion, mencatatkan nilai tertinggi untuk tempoh tersebut.
Karnival PJH tawar pakej haji ekonomi di bawah RM55,000
Karnival PJH yang diadakan di Movenpick Hotel and Convention Centre di sini menawarkan pakej haji ekonomi dengan harga di bawah RM55,000.
Bertemu jodoh di usia senja
Teo berkata perwatakan Wong yang baik dan lemah lembut berjaya menambat hati serta menerima lamaran lelaki itu.
Polis kesan pemandu terbabit kemalangan dua kenderaan
Polis telah mengesan pemandu Proton S70 yang terbabit kemalangan dua kenderaan di Jalan 222, Petaling Jaya, di sini pada Jumaat.
Megat D Shahriman minat terajui FAM
Megat D Shahriman Zaharudin, menyatakan minat untuk menerajui Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menjelang pemilihan Kongres FAM bagi penggal 2025-2029 yang dijadualkan pada 15 Feb depan.
Polis bongkar sindiket jual 'biskut ganja' RM50, empat termasuk tiga beranak ditahan
Polis membongkar aktiviti pengedaran 'biskut ganja' yang dijual serendah RM50 untuk satu bekas dengan penahanan empat individu termasuk tiga beranak di sekitar Lembah Klang, Selasa lalu.
AWANI Borneo [3/01/2025] – Jambatan Usang | Bersenjata Parang | Seorang Cedera
Tumpuan AWANI Borneo 3 Jan 2025 bersama Assim Hassan
- Penduduk Kampung Tambun rayu baik pulih jambatan usang.
- Lima cedera diserang lelaki mengamuk di restoran.
- Dua pekerja maut, seorang cedera dihempap kepingan kaca.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
- Penduduk Kampung Tambun rayu baik pulih jambatan usang.
- Lima cedera diserang lelaki mengamuk di restoran.
- Dua pekerja maut, seorang cedera dihempap kepingan kaca.
Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com
Kematian empat ekor kucing akibat serangan haiwan liar - Polis
Tiada unsur penderaan dalam kes kematian empat ekor kucing yang dilaporkan di Universiti Malaya sejak Disember lalu.
Amaran ribut petir di sembilan negeri termasuk Sabah & Sarawak
Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) pada Jumaat mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa negeri di semenanjung dan Sabah serta Sarawak.
PM Thailand Paetongtarn isytihar aset bernilai 13.9 bilion baht
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra dan suaminya dilaporkan memiliki kekayaan bersama berjumlah 13.9 bilion baht (100 baht = RM13.05) serta hutang sebanyak 4.4 bilion baht.
Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi
Wan Junaidi tiba pada 12.55 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, dekat sini.
Cuti Hari Kebangsaan: 20,000 pelancong Malaysia ke wilayah selatan Thailand
Kebanyakan pelawat dari Malaysia menggunakan pintu masuk Bukit Kayu Hitam dan Pengkalan Hulu di Malaysia untuk menuju ke Sadao dan Betong di Thailand.
MB Pahang Wan Rosdy kembali bertugas
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail kembali memulakan tugas rasmi di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.
Anak hilang di KLIA2 rupa-rupanya ada dalam pesawat
Setiap keluarga yang memiliki anak autisme sudah pasti menghadapi pelbagai ujian besar.
Ahmad Zahid kembali bertugas, hadir mesyuarat Kabinet
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini kembali bertugas serta menghadiri mesyuarat Kabinet yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kedah cuti peristiwa Ahad ini sekiranya PN menang PRN
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memaklumkan perkara berkenaan menerusi laman media sosial Facebook.
PRN: 'Isnin cuti jika PH-BN menang di Selangor' - Amirudin
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari membuat pengumuman tersebut ketika menyampaikan amanat khas yang disiarkan secara langsng hari ini.
Iran umum cuti dua hari kerana suhu panas melampau
Suhu dijangka mencecah 51 darjah Celsius (123.8F) di beberapa bandar di selatan Iran.
Ini tujuh khabar gembira diumum PM Anwar sempena Aidilfitri
Antara berita baik tersebut ialah berkaitan tol percuma, hari cuti tambahan dan kadar diskaun khas saman PDRM, semuanya sempena Hari Raya Aidilfitri.
PRU15: Orang Sarawak suka bekerja! Abang Jo kaji umum cuti 18 November
Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pihaknya khuatir, pengisytiharan dan pewartaan tarikh tersebut akan memberi impak negatif kepada ekonomi negeri.