KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau tidak menyoal Datuk Seri Najib Tun Razak berkaitan tujuan pemberian dua keping cek bernilai RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada 2013 dan 2014.
Mohamad Farid Jabar, 37, berkata beliau juga tidak berjumpa dengan bekas Perdana Menteri itu bagi mengesahkan mengenai pemberian dua keping cek masing-masing bernilai RM4.3 juta dan RM5.2 juta yang dikeluarkan Najib sendiri ke atas nama tertuduh (Muhammad Shafee) pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.
Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian ketika disoal balas peguam Harvinderjit Singh yang mewakili Muhammad Shafee, 70, pada perbicaraan kes peguam veteran itu yang didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Ketika ditanya Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Afzainizam Abdul Aziz sama ada saksi memperoleh apa-apa invois berhubung pembayaran RM9.5 juta itu, Mohamad Farid menjawab "Tiada".
Pada prosiding lepas, saksi itu memberitahu mahkamah bahawa RM9.5 juta itu merupakan bayaran bagi khidmat nasihat guaman yang diberikan tertuduh kepada Najib, parti dan perdana menteri sebelum ini kerana beliau telah memberikan khidmat guaman kepada klien daripada Barisan Nasional atau UMNO untuk 46 fail petisyen pilihan raya dari 2004 dan 2006.
Mohamad Farid, saksi pendakwaan terakhir turut mengaku bahawa beliau tidak melakukan sebarang penyiasatan ke atas fail-fail guaman di tetuan berkenaan serta tidak mengambil sebarang keterangan dari mana-mana anak guam Muhammad Shafee.
Harvinderjit: Adakah kamu diberitahu bahawa cek bernilai RM9.5 juta yang dikeluarkan Najib kepada Muhammad Shafee adalah kerana tertuduh (Muhammad Shafee) bertindak sebagai TPR dalam kes rayuan liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim?
Saksi menjawab "Tidak".
Pada 11 Mac 2015, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri memberitahu Dewan Rakyat bahawa Muhammad Shafee menerima bayaran berjumlah RM1,000 sebagai TPR dalam kes Anwar.
Pada 13 September 2018, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta melalui dua cek dikeluarkan oleh Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.
Peguam itu juga berdepan dua pertuduhan terlibat dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu mengemukakan penyata tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Muhammad Jamil Hussin bersambung 12 Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 27 2022

Perbicaraan kes Shafee didakwa menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib dan dua pertuduhan membuat penyataan palsu kepada LHDN sedang berlangsung. - Gambar fail

Shahidan sedia pertahan jawatan Presiden KOM
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan akan mempertahankan jawatan nombor satu badan induk itu dalam pemilihan kepimpinan yang dijadualkan pada 15 Jun depan.

Rumah, dua kereta musnah dijilat api di Kuala Kangsar
Dalam kejadian kira-kira 5.56 petang itu, rumah terbakar 90 peratus, manakala dua kereta masing-masing terbakar 70 peratus dan 40 peratus.

Tiga rumah terjejas dalam kebakaran sebelum buka puasa di Tawau
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, beberapa penghuni yang sibuk menyediakan hidangan berbuka puasa tidak sempat menyelamatkan barang-barang penting mereka.

Piala Esports Malaysia 2025 janji saingan sengit pasukan terbaik MLBB
Kejohanan itu diadakan dengan sokongan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Liga Profesional MLBB (MPL) Malaysia.

KBS tingkat usaha tangani isu penyalahgunaan dadah dalam kalangan belia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mempergiatkan usaha menangani isu sosial dalam kalangan belia terutama berkaitan penyalahgunaan dadah.

4 termasuk seorang penjaja wanita ditahan serang pegawai DBKL
Polis menahan empat penjaja termasuk seorang wanita melibatkan dua kes serangan berasingan ke atas pegawai penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), pada Rabu.
Tiga pemain ski dikhuatiri maut dalam insiden runtuhan salji
Menurut jurucakap untuk Alaska State Troopers pada Khamis, setakat ini, usaha mencari mangsa yang tertimbus terpaksa ditangguhkan susulan keadaan cuaca yang buruk.

Malaysia-Thailand terus berusaha capai kejayaan bersama - PM Anwar
Malaysia dan Thailand akan terus berusaha mencapai kejayaan bersama-sama dan juga rantau ASEAN, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bom jatuh, penduduk gesa penghentian latihan tembakan segera
Menurut wakil penduduk Pocheon, Kang Tae-il, dia juga menyeru pelaksanaan langkah yang konkrit bagi mencegah insiden sedemikian berulang pada masa hadapan.
15 cedera bom mendarat di luar kawasan sasaran
Menurut Angkatan Udara Korea Selatan, daripada jumlah tersebut, dua dilaporkan mengalami kecederaan serius.

Bapa Zayn Rayyan kata 'celaka siapa bunuh anak aku’ - Saksi
Saksi berkata dia mula mencari Zayn Rayyan Abdul Matin, 6, selepas solat hajat di surau Al-hidayah berdekatan lokasi kejadian, pada 6 Disember 2023.

Saksi nafi pendakwaan kes pegawai polis didakwa bunuh pelajar disegera sebab viral
Saksi menafikan pendakwaan kes itu disegerakan kerana kejadian itu tular di media sosial sehingga mendapat perhatian awam.

Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.

Saksi nafi tampar, duduk atas perut pegawai kadet TLDM
Seorang pegawai TLDM menafikan bahawa beliau duduk di atas perut mendiang J. Soosaimanicckam dan menamparnya berkali-kali.

'Ebit Lew perdaya saya secara halus untuk ikut kemahuannya' - Saksi
Pengadu berkata dia berasakan Lew merosakkan dirinya dengan memperdayakannya secara halus sehingga terikut-ikut dengan kemahuan tertuduh.

Saksi tidak pasti jika ada hantar gambar lucah kepada Ebit Lew
Wanita 40-an yang juga pengadu kes itu berkata, gambar tersebut mungkin ditangkap layar oleh Lew semasa panggilan video dibuat.

Perintah bela diri Bung Moktar, isteri bercanggah dengan keterangan di mahkamah
Dua saksi penting pendakwaan telah dengan jelas menyatakan bahawa tiada unsur suapan wujud dalam kes itu.

Tidak penting untuk tanya jika Najib arah AS$700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low - Saksi
Saksi itu berkata demikian ketika disoal oleh peguam Wan Azwan Aiman Wan Fakhruddin berhubung transaksi yang dilakukan pada September 2009.

1MDB: Muhammad Shafee ditegur hakim kerana bersikap 'keterlaluan'
Ketua peguam bela yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak ditegur apabila dilihat menyerang kredibiliti pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika perbicaraan.

Kemalangan maut: Polis mohon saksi di Bandar Baharu tampil bantu siasatan
Kejadian melibatkan kereta jenis Honda Civic berwarna hitam dengan sebuah lagi kenderaan dipercayai lori.