Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak begitu suka nama 'MIB', singkatan bagi Malaysian Investment Berhad yang menyebabkan nama itu kemudian ditukar kepada 1MDB (1Malaysia Development Berhad) pada Ogos 2009.
Bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi berkata perbincangan untuk menukar nama Terengganu Investment Authority Berhad (TIA) kepada 1MDB dilakukan dalam tempoh Julai hingga Ogos 2009.
Beliau berkata demikian ketika peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah selaku peguambela utama Najib merujuk kepadanya minit mesyuarat TIA pada 12 Ogos 2009 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) Datuk Latifah Abu Mansor berhubung pengambilalihan TIA daripada kerajaan persekutuan.
Saksi kesembilan pendakwaan, Shahrol Azral, 49, mengesahkan dia menghadiri mesyuarat dengan bekas pengarah eksekutif 1MDB, Casey Tang dan berkata itu hanyalah masalah pentadbiran.
Ketika memberi keterangan pada perbicaraan Najib yang menghadapi pertuduhan berhubung dana 1MDB, Shahrol Azral berkata ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low telah mencadangkan supaya lembaga pengarah 1MDB seboleh-bolehnya menggunakan nama yang mirip dengan Kumpulan Mubadala dari Abu Dhabi.
"Kami mencari beberapa nama alternatif dan dari situlah kami mendapat nama 'MDB', kerana hampir mirip dengan Mubadala," katanya.
Ketika ditanya oleh Muhammad Shafee sama ada Najib memberi pendapat mengenai pertukaran nama itu, saksi itu berkata Najib berminat dengan perinciannya memandangkan beliau terlibat tetapi ia semata-mata berasaskan apa yang Jho Low memberitahu kepadanya (mengenai Najib).
"Saya diarahkan untuk melaksanakannya secara formal dan untuk berbuat demikian, saya perlu menulis surat secara hitam putih untuk melaksanakannya," kata saksi itu.
Muhammad Shafee kemudian menunjukkan kepada saksi tersebuit resolusi pekeliling pengarah TIA (DCR) pada 27 Ogos 2009 untuk mengadakan mesyuarat khas lembaga yang diadakan di Royale Chulan Damansara sejurus sebelum nama TIA ditukar secara rasmi kepada 1MDB pada 4 Sept tahun yang sama.
Shahrol Azral berkata tujuan mesyuarat itu adalah untuk mendengar cadangan daripada Ambank mengenai Swap Kadar Faedah (IRS).
"Terdahulu apabila kami menerbitkan bon Nota Jangka Sederhana Islam (IMTN) bernilai RM5 bilion, kami telah komited kepada kadar faedah 5.75 peratus.
"AmBank ingin memperkenalkan produk bagi kami untuk membayar kadar faedah terapung yang lebih rendah berbanding 5.75 peratus, beserta bayaran dan sudah tentu ada sedikit risiko kerana ia terapung dan mungkin mencecah lebih tinggi," katanya. .
Terdahulu, selepas rehat seketika, saksi itu meminta kebenaran daripada Hakim Collin Lawrence Sequerah untuk keluar dari sesi tengah hari kerana berasa kurang sihat dan disebabkan cuaca.
Muhammad Shafee kemudian berkata beberapa saksi yang memberi keterangan di kandang itu juga mengalami tanda-tanda yang sama sepanjang perbicaraan.
"Kami mengambil perhatian mengenainya dan telah memindahkan penghawa dingin jauh dari dia," kata Muhammad Shafee sambil berseloroh.
Hakim Sequerah membenarkan Shahrol Azral mengambil cuti dan perbicaraan akan bersambung pada pagi Isnin.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dari dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan jumloah yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 10 2019
SHAHROL AZRAL: Kami mencari beberapa nama alternatif dan dari situlah kami mendapat nama 'MDB', kerana hampir mirip dengan Mubadala.
[TERKINI] Pesawat bawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan, 12 terselamat
Sebuah pesawat Azerbaijan Airlines membawa 67 penumpang terhempas di Kazakhstan
Pesawat Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
Pasukan penyiasat berkata mereka sedang meneliti punca kejadian dan tidak menolak sebarang kemungkinan, termasuk masalah teknikal.
Yeoh Kay Bin diumum ketua jurulatih baharu Team LZJ
Team LZJ menyifatkan Kay Bin sebagai jurulatih yang memiliki pengalaman luas di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Nahas ngeri Ayer Keroh: 'Tulang paha Uwais pecah, perlu dibedah petang ini juga' - Exco
Pembedahan terhadap Muhammad Uwais Al-Qarni, 7, yang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan dijalankan petang ini.
Peluru berpandu dari Yaman berjaya dipintas tentera Zionis
Tentera Israel mendakwa berjaya memintas sebuah peluru berpandu yang dilepaskan dari Yaman pada awal Rabu.
Warga Gaza berharap kerakusan Zionis berakhir
Di sebalik konflik yang berterusan, penduduk Gaza yang beragama Kristian tidak ketinggalan menyertai upacara keagamaan sempena sambutan perayaan Krismas.
Warga Palestin tidak boleh putus harapan untuk terus hidup
Bercakap semasa sambutan perayaan Krismas, Datuk Bandar Betlehem, Anton Salman berkata, tanpa harapan, sudah pasti sukar untuk meneruskan kehidupan di sebalik kezaliman yang didepani mereka.
Nahas ngeri Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Keterangan pemandu berusia 31 tahun itu diambil bagi membantu siasatan kemungkinan wujud kecuaian yang mengakibatkan tayar hadapan lori terbabit tercabut.
Nahas Ayer Keroh: Tujuh masih dirawat, dua ditempatkan di ICU
Tujuh mangsa kemalangan ngeri melibatkan lima kenderaan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan rehat dan rawat Ayer Keroh masih dirawat di Hospital Melaka dengan dua daripadanya ditempatkan di unit rawatab rapi (ICU).
Nahas Ayer Keroh: Polis rakam keterangan pemandu lori tayar tercabut
Polis telah merakam keterangan pemandu lori yang terlibat dengan nahas ngeri mengorbankan tujuh individu di kilometer 204 Lebuhraya PLUS arah utara, Melaka, pada Selasa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
1MDB: Ada campur tangan AS untuk gugat pentadbiran Najib, komplot cemar nama baik - Shafee
Shafee Abdullah berkata, ia bukan spekulasi kerana memang telah terbukti berlaku, terutama ketika pentadbiran Parti Demokratik di AS.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
SPRM peroleh perintah larang akses aset 1MDB AS$340 juta di UK
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan perintah larangan bagi melarang pihak-pihak tertentu untuk berurusan dengan aset yang dikaitkan dengan skandal 1MDB sejumlah AS$340 juta.
Kerajaan berjaya sekat PSI daripada guna AS$340 juta dana dikaitkan dengan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk menyekat PetroSaudi International Ltd dan pengarahnya menggunakan AS$340 juta yang dikaitkan dengan 1MDB.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 10 Disember 2024.
Najib nafi arah pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1MDB
Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau tidak pernah mengarahkan pemecatan KPMG sebagai juruaudit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kes 1MDB: Siasatan terhadap Roger Ng masih berjalan - KPN
Polis masih menjalankan siasatan terhadap bekas Ketua Perbankan Pelaburan Goldman Sachs di Malaysia, Roger Ng, berhubung skandal 1MDB.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.