Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Razak menandatangani draf memorandum berhubung permohonan pemindahan syarikat SRC International Sdn Bhd untuk diletakkan di bawah Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) sambil berdiri di tepi kereta.
Bekas Timbalan Ketua Perbendaharaan Dasar, Kementerian Kewangan Datuk Mat Noor Nawi berkata beliau menemui Najib untuk menandatangani draf itu di kawasan bersebelahan Balai Menunggu, Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja (TUDM), Subang pada 3 Feb 2012.
"Kereta yang bawa Perdana Menteri ketika itu berhenti bersebelahan Balai Menunggu. Saya keluar dari Balai Menunggu ke kereta tersebut... di tepi kereta tersebut dan Perdana Menteri ketika itu meneliti kandungan memo ini sambil berdiri bersebelahan kereta.
"Selepas meneliti keempat-empat muka surat, beliau tandatangan dan buat catatan atas muka pertama memo itu sambil letak draf memo di atas bonet depan kereta. Di situ beliau tandatangan memo tersebut," kata saksi pendakwaan ke-44 itu semasa pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya Datuk Suhaimi Ibrahim.
Saksi itu berkata demikian pada perbicaraan kes Najib yang menghadapi tujuh tuduhan berhubung penyelewengan wang SRC berjumlah RM42 juta.
Mat Noor, 64, dalam keterangannya berkata beliau sebelum itu diberitahu pegawai 1MDB, dikenali dengan nama Zahid Taib bahawa Najib ingin melihat draf dokumen pengambilalihan SRC itu sehari sebelumnya.
Suhaimi : Pada masa itu Zahid dengan Datuk?
Mat Noor : Zahid pada masa itu berdiri bersebelahan dengan saya, tidak side by side tapi dekat dengan saya.
Suhaimi : Datuk banyak kali sebut nama Zahid, siapa Zahid ini.
Mat Noor : Zahid bin Taib iaitu kakitangan 1MDB, jawatannya government liason officer. Beliau merupakan penghubung antara 1MDB dalam banyak hal. Beliau banyak juga berurusan dengan saya ketika saya berkhidmat di EPU dulu.
Terdahulu, Mat Noor dalam keterangannya berkata Najib membaca draf memorandum yang diserahkan kepadanya pada setiap perenggan.
"Beliau telah membaca draf ini setiap perenggan, setiap muka surat, to my surprise, sebelum beliau sign di atas muka surat pertama beliau (Najib) sudah membuat catatan bersetuju dengan cadangan pemindahan itu.
"Satu lagi, draf surat ini tidak ada kepala surat saya sebagai TKSP dan yang kedua, ia tidak ada cop Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan.
"Oleh itu, saya balik ke pejabat dan berjumpa dengan Setiausaha Sulit Kanan Kementerian Kewangan Datuk Sheikh Mohd Fuzi untuk mendapatkan cop Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Sebelum itu, saya sudah serahkan kepadanya salinan asal draf memorandum yang tiada kepala surat dan tarikh serta surat sama yang ada kepala surat TKSP," kata saksi itu lagi.
Kepada soalan lain, saksi itu berkata pada pengetahuannya pemindahan SRC daripada 1MDB untuk diletakkan di bawah MKD dibuat tanpa melaksanakan "due diligence" (kajian kemungkinan).
Suhaimi : Mengikut syor di para 8, menyatakan bahawa due diligence dilakukan selewatnya akhir 2012, untuk pastikan nilai sebenar pelaburan kerajaan dalam SRC. Sehingga Datuk ditukarkan, ada atau tidak due diligence ini dilaksanakan?
Mat Noor : Sepanjang yang saya tahu ia tidak dilaksanakan. Hingga saya berpindah pada November 2012.
Suhaimi : Ia tidak dilaksanakan. Tahu kenapa?
Mat Noor : Saya pun tak tahu sebabnya
Perbicaraan di hadapan Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2019

Najib menghadapi tujuh tuduhan berhubung penyelewengan wang SRC berjumlah RM42 juta. - Gambar fail

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

1MDB: Azam Baki arah teruskan siasatan sehingga dapat bukti kukuh - Saksi
Menurut saksi, Azam mengarahkannya untuk terus menyiasat kes RM2.6 bilion melibatkan Najib, walaupun selepas bertemu dengan individu yang didakwa sebagai "penderma" dari Arab Saudi di Istana Riyadh.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 10 Februari 2025.

1MDB: Saya tak dengar perbualan bantuan dana antara Najib dan Raja Arab Saudi - Saksi
Bekas Duta Malaysia ke Arab Saudi hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mendengar perbualan berkaitan bantuan dana yang dibincangkan Najib dan Raja Arab Saudi.

Himpunan lebih besar akan digerakkan - Bersih
Kerajaan MADANI digesa bertindak bagi melaksanakan janji reformasi terutamanya tiga tuntutan yang diminta.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 24 Januari 2025.

Kes 1MDB: Najib akui pengalamannya dalam korporat minimum, sebelum sertai politik
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengalamannya dalam tadbir urus korporat adalah minimum, sebelum beliau memulakan kerjaya politiknya.

Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.

Mahkamah Rayuan tetapkan 2 Julai untuk dengar rayuan Najib saman Tommy Thomas
Mahkamah Rayuan menetapkan 2 Julai ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak bagi mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas.

Najib guna panggilan telefon untuk pengaruh 1MDB jalin usaha sama dengan PSI - Pendakwaan
Pihak pendakwaan dalam perbicaraan Najib di Mahkamah Tinggi mendakwa bekas Perdana Menteri itu menggunakan panggilan telefon untuk memberi tekanan kepada 1MDB supaua membentuk usaha sama dengan PSI.

Najib mengaku bersemuka, tidak selesa gaya hidup mewah Jho Low
Semasa pemeriksaan balas oleh Mohamad Mustaffa, Najib berkata beliau tidak selesa dengan gaya hidup Jho Low dan bersemuka dengannya berhubung perkara itu.