Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, atas kapasiti peribadinya, telah memfailkan saman fitnah terhadap anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee dan seorang lagi berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Najib, 61, memfailkan saman itu semalam di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Sivil di sini melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak dan menamakan Pua, 42, dan pemilik portal online Mediarakyat.net, Chan Chee Kong, 51, sebagai defendan pertama dan kedua.
Media memperoleh writ saman itu hari ini. Peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Najib memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan menyerahkan writ saman itu kepada peguam kedua-dua defendan hari ini.
Dalam pernyataan tuntutan itu, Najib mendakwa pada 13 Nov tahun lepas, Pua sebagai seorang penceramah utama pada majlis makan malam Kutipan Dana DAP telah memberi ucapan berhubung isu 1MDB dan rakaman ucapan itu telah dimuat naik oleh defendan kedua sendiri dan/atau ejennya di laman YouTube Mediarakyat dan laman web Mediarakyat.
Perdana Menteri mendakwa rakaman itu kemudiannya juga telah dikongsi oleh defendan pertama dan/atau ejen-ejennya di laman facebooknya dan juga defendan kedua dan/atau ejen-ejennya di laman facebook Mediarakyat.
Beliau berkata sehingga 2 Mac lepas sebanyak 194,979 rakaman itu ditonton di laman YouTube Mediarakyat manakala 200,709 pengguna Facebook mengikuti rakaman itu di laman Facebook Pua dan 165,293 lagi pengguna Facebook Mediarakyat mengikuti rakaman itu.
Najib berkata berdasarkan fakta itu, sejumlah besar pengguna Internet telah menonton rakaman itu dan mendengar perkataan-perkataan fitnah yang telah dinyatakan oleh Pua.
Katanya rakaman ucapan itu mengandungi perkataan-perkataan yang merujuk dan berkaitan dengannya yang memfitnahnya dan individu yang dikenali sebagai 'Prime Minister' dalam perkataan-perkataan fitnah itu semestinya merujuk secara spesifik kepadanya (Najib).
Beliau mendakwa perkataan-perkataan fitnah itu dalam erti kata biasa atau lazim antaranya membawa maksud plaintif telah merompak duit rakyat berkaitan urusniaga 1MDB dan oleh itu plaintif adalah seorang yang tidak boleh dipercayai dan tidak layak memegang jawatan awam.
Najib yang juga Presiden UMNO berkata perkataan-perkataan fitnah itu merupakan fitnah yang amat serius dan menyebabkannya (Najib) dibawa ke skandal awam, kebencian dan penghinaan oleh kawan-kawan, kenalan dan masyarakat awam di dalam negara dan di peringkat antarabangsa dan juga menyebabkan ketegangan hubungan antara rakyat dan pihak antarabangsa dengan plaintif.
Beliau berkata penerbitan perkataan-perkataan fitnah itu telah merosakkan reputasinya yang akan berterusan selama bertahun-tahun lamanya kerana rakaman ucapan itu boleh diakases secara meluas dan mudah di seluruh dunia melalui internet, blog, forum dan laman web tanpa sebarang sekatan dan boleh dikongsi semula.
Najib mendakwa defendan pertama dan kedua tidak mengambil sebarang langkah untuk menghubunginya bagi mengesahkan kebenaran perkataan-perkatan fitnah itu sebelum menerbitkannya.
Plaintif berkata beliau melalui peguamnya telah menghantar notis tuntutan kepada kedua-dua defendan pada 21 Nov tahun lepas tetapi mereka masih meneruskan penerbitan perkataan-perkataan fitnah yang sama kepadanya.
Sehubungan itu Najib menuntut ganti rugi am, teladan, kos dan perintah injunksi bagi menahan defendan pertama dan kedua atau ejen-ejennya daripada menerbitkan lagi perkataan-perkataan fitnah itu terhadapnya.
Najib juga menuntut supaya Pua dan Chan menerbitkan permintaan maaf secara bertulis yang diterbitkan di akhbar dan majalah yang akan dikenal pasti oleh plaintif dalam bentuk dan istilah yang akan ditetapkan oleh plaintif.
Beliau juga menuntut defendan pertama mengeluarkan rakaman ucapan daripada laman Facebooknya dan defendan kedua dari YouTube mediarakyat, laman web Mediarakyat dan Facebook Mediarakyat dengan serta merta daripada tarikh penghakiman.
Bernama
Fri Mar 06 2015
Datuk Seri Najib memfailkan saman fitnah terhadap Anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua (gambar) dan seorang lagi berhubung isu 1MDB.
Polis tahan enam lelaki disyaki terbabit sindiket jual air ketum
Polis menahan enam lelaki tempatan di sebuah rumah di Taman Pakatan Jaya kerana disyaki terbabit sindiket penjualan air ketum.
KPDN Pahang serbu dua premis jadi stor simpanan barang kawalan bersubsidi
KPDN Pahang melakukan serbuan terhadap sebuah restoran dan rumah yang disyaki dijadikan lokasi penyimpanan barang kawalan bersubsidi di Triang, Bera pagi tadi.
Seorang lagi wartawan terkorban dalam serangan Israel di Gaza, angka korban meningkat kepada 189
Mangsa, Wael Ibrahim Abu Quffa merupakan seorang wartawan dan pensyarah di Jabatan Kewartawanan dan Media, Universiti Islam Gaza.
10 Berita Pilihan - (23 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Pendidikan | Pencemaran | Ekonomi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Israel lakukan serangan udara di Beirut
Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan kediaman di Jalan Fathallah, kawasan Basta Fawka yang padat penduduk.
AWANI 7:45 [23/11/2024] – Mangsa sindiran sejak jadi Perdana Menteri | Pelihara keharmonian negara | Tahan tiga suspek, keterangan 23 individu | Bercakap dengan lebah
Tak ambil gaji kena sindir, PM seloroh ambil gaji tahun depan.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Malaysia teguh kerana sepakat dalam perbezaan.
Bukan senyap, siasatan kes simbah asid Faisal Halim masih berlangsung.
Bunuh lebah, ancam bekalan makanan sedunia, laporan khas, Ridauddin Daud.
Pilihan Raya Negeri India: BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
SPR India pada 15 Oktober mengumumkan bahawa negeri Maharashtra dan Jharkhand akan mengadakan pilihan raya DUN pada November.
Hadiah perpisahan sempurna Kim Swee, Sabah belasah PT Athletic 4-0
Skuad Badak bermula garang dengan membuka tirai jaringan menerusi Saddil Ramdani pada minit ke-12.
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI tingkat kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa, agama - Zulkifli
Dialog Perpaduan Malaysia MADANI meningkatkan lagi kefahaman mengenai kepelbagaian bangsa dan agama dalam memperkukuh perpaduan di negara ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.