Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memuji edisi Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2015 (LIMA '15) tahun ini sebagai yang terbaik sejak edisi pertama pada 1991, yang menyaksikan penyertaan pecah rekod, 512 syarikat dari 36 negara.
Ketika merasmikan pembukaan LIMA '15, beliau berkata bilangan penyertaan kali ini mengatasi jumlah 433 syarikat yang menyertai pameran itu, dua tahun lepas.
"LIMA 2015 menyaksikan banyak yang julung kali dan dengan kepelbagaian aspek dan dimensi pameran pada tahun ini, ia merupakan LIMA terbaik yang kita pernah anjurkan," katanya pada majlis perasmian yang diadakan di atas landasan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi di sini.
Najib berkata LIMA '15 juga mencatat sejarah berikutan kehadiran semua 10 Menteri Pertahanan ASEAN serta berlangsungnya Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) yang pertama kali, di Langkawi, dua hari lepas.
Perdana Menteri berkata LIMA telah melalui perjalanan yang panjang sejak julung kali diadakan pada 1991 semasa beliau menjawat jawatan menteri pertahanan dan ditugaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menganjurkannya.
Najib secara berseloroh berkata beliau berdepan banyak kesukaran semasa menganjurkan LIMA edisi pertama, berbanding Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang bertanggungjawab menganjurkan edisi terbaharu ini.
"Saya bermula dengan kosong, termasuk memastikan hotel disiapkan dalam tempoh 50 hari," katanya, mencetuskan gelak ketawa para hadirin.
Selain pameran maritim dan udara, katanya LIMA '15 turut menyaksikan penganjuran pelbagai seminar termasuk Program Belia ASEAN, Persidangan Meja Bulat Panglima Tentera Laut dan Sidang Kemuncak Penerbangan ASEAN serta Latihan Menentang Terorisme Pelbagai Negara yang menggabungkan polis dan tentera.
Menurut Najib, ASEAN kekal sebagai pasaran menarik untuk konglomerat pertahanan global di sebalik pemotongan perbelanjaan oleh rantau lain.
Katanya, penerbitan terkemuka antarabangsa IHS Jane's meramalkan perbelanjaan pertahanan ASEAN akan meningkat kepada AS$44.5 bilion (RM164.65 bilion) pada 2018 berbanding AS$38.5 bilion (RM142.45 bilion) tahun ini.
"Rantau ini merupakan rantau penting dalam pertahanan dan sektor komersial lain. Latar belakang ini menjadikan LIMA tempat terbaik bagi syarikat-syarikat," katanya sambil mengucap tahniah kepada penganjur yang memastikan acara dwitahunan ini berjaya.
Turut hadir pada majlis yang berlangsung di bawah terik matahari pagi Langkawi itu ialah, Hishamuddin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan pegawai kanan kerajaan.
Hadir sama ialah semua 10 Menteri Pertahanan ASEAN yang baru selesai menghadiri ADMM selama dua hari di sini.
Majlis diakhiri dengan pertunjukan udara selama 10 minit oleh jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) termasuk terbang lintas aset terbaharu, Airbus A400M 'Atlas.
LIMA 2015 berlangsung sehingga 21 Mac ini.
Bernama
Tue Mar 17 2015
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu menyampaikan ucapan perasmian di LIMA 2015. - Foto BERNAMA
Bilionair India, Gautam Adani diheret ke mahkamah AS, negara lain turut timbang dakwaan
Pengasas konglomerat Kumpulan Adani dan tujuh eksekutif kanannya didakw beri rasuah RM1.15 bilion untuk dapat kontrak tenaga solar.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Padah curi kabel, dua lelaki melecur anggota badan
Lelaki berumur 49 dan 31 tahun dikejarkan ke Hospital Shah Alam kerana melecur di bahagian muka, tangan dan kaki.
Shah Rukh Khan teruja kembali ke Malaysia
"Saya bukanlah orang yang penting untuk dianggap sebagai rakan tetapi saya adalah rakan bagi Malaysia dan UAE."
Moscow lancar peluru berpandu hipersonik Oreshnik, Zelensky gusar
Zelenskyy "secara langsung menuduh sekutunya di barat meninggalkannya tanpa perlindungan ketika menghadapi tindakan Rusia."
China bakal laksana dasar visa percuma untuk sembilan negara lagi
Pengecualian visa akan diberikan kepada pemegang pasport biasa dari Bulgaria, Romania, Croatia, Montenegro, Macedonia Utara, Malta, Estonia, Latvia dan Jepun secara percubaan.
Piala Malaysia: Perak mula bergaya, KDA belum selamat
Perak FC merobek gawang KDN FC menerusi Clayton Da Silva yang menanduk masuk hantaran Adilet Kanybekov pada minit ke-22.
Masyarakat pelbagai linguistik jadi pemangkin keharmonian Malaysia
Masyarakat itu bukan sahaja tahu untuk berkomunikasi, tetapi juga menghargai kepelbagaian budaya dan bahasa yang ada di sekeliling mereka.
Misi Jelajah Dunia Akhir BWF Aaron-Wooi Yik terima tamparan
Aaron-Wooi Yik terpaksa akur dengan kehebatan pasangan tuan rumah He Ji Ting-Ren Xiang Yu dalam aksi yang berlanjutan ke set penentuan.
Kerajaan Pahang tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa kepada RM14.18 juta
Peningkatan RM6.18 juta itu bagi membolehkan peruntukan BPP Siswa diagihkan kepada 19,525 mahasiswa daripada pelbagai IPT.
Najib puji LIMA 2015 sebagai yang terbaik pernah dianjurkan
Perdana Menteri Najib Razak memuji edisi LIMA 2015 sebagai yang terbaik sejak edisi pertama pada 1991.
Empat juruterbang Jupiter Aerobatic punyai rekod jam penerbangan tinggi
Ketua Jabatan Penerbangan TNI Marsma Hadi Tjahjanto memberitahu kesemua mereka merupakan juruterbang berpengalaman.
LIMA 2015 tampil lebih 65 aset termasuk Rusia
Segmen maritim Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 akan melibatkan lebih 65 aset dari beberapa negara.