Segmen maritim Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 akan melibatkan lebih 65 aset dari beberapa negara termasuk tiga dari Rusia.
Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata Rusia bersetuju menghantar kapal perang pemusnah Admiral Panteleyev, kapal tangki Pechenega (kapal tangki) dan kapal penyelamat SB-522 pada pameran itu yang berlangsung dari 17 hingga 21 Mac ini.
"Ia menjadikan negara itu sebagai peserta dengan aset maritim terbanyak," katanya pada sidang media di Wisma Pertahanan di sini, pada Isnin.
Selain itu, katanya antara kapal tercanggih di rantau Asia Tenggara, RSS Stalwart milik Singapura, juga menyertai Lima 2015 dan perbincangan akan dibuat bagi membolehkan ia dilawati pengunjung ketika pameran itu berlangsung.
Beliau berkata, pada pameran kali ini, Malaysia menampilkan 12 buah kapal termasuk kapal selam kelas Scorpene, KD Tunku Abdul Rahman, berbanding lapan buah pada Lima 2013.
Selain itu, lapan kapal dan 28 buah bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia juga akan menyertai Lima 2015.
Abdul Aziz berkata segmen maritim kali ini juga bakal disertai 17 orang Panglima Tentera Laut (PTL) selain 15 wakil PTL.
Selain Malaysia, PTL yang akan menghadiri Lima 2015 ialah dari Brunei Darussalam, Bangladesh, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu, Filipina, Fiji, Indonesia, Jordan, Kuwait, Myanmar, Maldives, New Zealand, Papua New Guinea, Qatar, Singapura, Timor Leste dan Sri Lanka.
Wakil PTL ialah dari Oman, Thailand, Korea Selatan, Rusia, Mesir, Australia, Kemboja, Amerika Syarikat, Pakistan, Afrika Selatan, India, China, Arab Saudi, Vietnam dan Perancis.
Selain pameran, beliau berkata segmen maritim akan menampilkan demonstrasi bot TLDM, Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Latihan keselamatan maritim melibatkan TLDM dan tentera laut pelbagai negara juga akan diadakan buat julung kalinya pada Lima 2015
Bernama
Tue Mar 10 2015
Pada pameran kali ini, Malaysia menampilkan 12 buah kapal termasuk kapal selam kelas Scorpene, KD Tunku Abdul Rahman, berbanding lapan buah pada Lima 2013.
Amaran PBB: 343 juta orang di 74 negara hadapi “ketidakamanan makanan akut”
Program Makanan Sedunia PBB menggesa dana AS$16.9 bilion untuk menangani ketidakamanan makanan global yang kini menjejaskan 343 juta orang di 74 negara.
Jumlah mangsa banjir meningkat pagi ini
Di Terengganu, jumlah mangsa banjir di enam daerah meningkat kepada 398 orang berbanding 221 malam tadi, kini berada di 17 PPS.
#AWANIRingkas 23 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 23 November 2024
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
1️⃣ Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
2️⃣ Mesyuarat Menteri Pengangkutan ASEAN kukuh kerjasama
3️⃣ Shah Rukh Khan gembira kembali ke Malaysia
#awaniringkas
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
AWANI Ringkas: Mangsa meningkat 809 orang di enam negeri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
1,200 peserta program Larian Rimba Kita
Memasuki tahun kedua, program Larian Rimba Kita berlangsung meriah pada pagi ini, menyaksikan Taman Wetland Putrajaya dibanjiri lebih 1,200 peserta mengambil bahagian.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
Program larian anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia ini bermula pada jam 7.15 pagi dengan sesi memanaskan badan berlangsung selama 30 minit bersama Didi & Friends, Abang Paan, Tong Tong, Doo Doo dan Coco.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro Malaysia Holdings, Euan Daryl Smith ketika ditemui memaklumkan gembira melihat penyertaan luar biasa peserta pada pagi ini.
Ikuti laporan penuh bersama Faida Rahim.
ABIM sokong waran tangkap ICC terhadap pemimpin Israel
Keputusan itu dianggap satu pencapaian penting dalam usaha global menuntut keadilan untuk rakyat Palestin yang terkesan akibat kekejaman Israel.
Penggunaan kamera badan penguat kuasa JPJ diperlukan, tingkat intergriti
Penggunaan kamera itu diyakini dapat meningkatkan integriti pasukan selain mengelakkan salah tafsir dalam kalangan anggota penguat kuasa semasa bertugas.
Penyertaan larian Rimba Kita tahun kedua lebih meriah
Lebih 1,200 peserta menyertai larian Rimba Kita anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia di Taman Wetland Putrajaya.
Aubameyang buat Cristiano Ronaldo, Al-Nassr berputih mata
Keputusan itu menyaksikan Al-Qadsiah berkongsi 22 mata bersama Al-Nassr di tempat ketiga.
Najib puji LIMA 2015 sebagai yang terbaik pernah dianjurkan
Perdana Menteri Najib Razak memuji edisi LIMA 2015 sebagai yang terbaik sejak edisi pertama pada 1991.
Empat juruterbang Jupiter Aerobatic punyai rekod jam penerbangan tinggi
Ketua Jabatan Penerbangan TNI Marsma Hadi Tjahjanto memberitahu kesemua mereka merupakan juruterbang berpengalaman.
LIMA 2015 tampil lebih 65 aset termasuk Rusia
Segmen maritim Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2015 akan melibatkan lebih 65 aset dari beberapa negara.