KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memohon Mahkamah Rayuan agar melapangkan tarikh 8 Dis ini yang ditetapkan untuk keputusan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd.
"Pihak perayu (Najib) dengan rendah diri ingin memohon untuk tarikh tersebut dilapangkan dan tarikh keputusan ditetapkan pada minggu seterusnya iaitu minggu 13 Dis sehingga 17 Dis, atau mana-mana tarikh lain yang dianggap sesuai oleh mahkamah," menurut dokumen itu.
Menurut dokumen itu sejurus pulang dari Singapura pada 5 Dis, perayu diwajibkan untuk kuarantin kendiri selama tujuh hari sehingga 12 Dis dan perayu hanya boleh hadir ke mahkamah atau tempat awam bermula 13 Dis.
Menurut dokumen itu pihak pendakwa raya juga telah dimaklumkan berkenaan perkara itu dan tidak membantah terhadap permohonan untuk menetapkan tarikh keputusan baru pada minggu di antara 13 Dis hingga 17 Dis.
Selain itu, dokumen itu menyatakan perbicaraan kes pengubahan wang haram yang dihadapi peguam yang mewakili Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di Mahkamah Tinggi juga ditetapkan untuk disambung bicara pada 8 Dis dan Najib juga mempunyai perbicaraan kes dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi.
Menurut dokumen itu pada minggu seterusnya iaitu 20 Dis sehingga 23 Dis, perbicaraan kes bunuh melibatkan Samirah Muzaffar yang diwakili Muhammad Shafee akan bersambung di Mahkamah Tinggi Shah Alam.
Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) dalam kenyataan media hari ini memaklumkan keputusan rayuan Najib itu ditetapkan pada 8 Dis ini.
Najib, 68, mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 28 Julai tahun lepas, yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta selepas mendapati beliau bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan pecah amanah jenayah (CBT), pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan RM42 juta dana SRC International.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Najib memohon Mahkamah Rayuan agar melapangkan tarikh 8 Dis ini yang ditetapkan untuk keputusan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International. - Gambar fail/Astro AWANI
PGA gagalkan cubaan seludup kosmetik di pengkalan haram di Kelantan
Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Tenggara berjaya menumpaskan kegiatan penyeludupan produk kosmetik bernilai lebih RM15,000 yang dikesan di pangkalan haram Epek dekat Rantau Panjang, Pasir Mas semalam.
Suami isteri, remaja 14 tahun maut motosikal bertembung
Tiga maut termasuk suami isteri selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan dua motosikal dan sebuah kereta di Jalan Alor Pudak, Titi Haji Idris, malam tadi.
AWANI Ringkas: Daerah Miri, Subis, Beluru dan Marudi antara kawasan terlibat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[INFOGRAFIK] Fakta Tsunami 2004
Berikut adalah info berkenaan dengan fakta Tsunami 2004.
Manmohan Singh, Arkitek ekonomi India, meninggal dunia
Bekas Perdana Menteri India, Manmohan Singh meninggal dunia pada usia 92 tahun.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Singh, perdana menteri pertama India beragama Sikh, memegang jawatan dari 2004 hingga 2014, menjadikannya salah seorang pemimpin yang paling lama berkhidmat di negara itu.
Hukuman sebat: Terengganu laksana hukuman pertama hari ini
Terengganu bakal laksana hukuman sebatan luar penjara pertama terhadap seorang pesalah khalwat berulang di Masjid Al Muktafi Billah Shah, Ladang selepas solat Jumaat hari ini.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
Bersama wakil Astro AWANI di Terengganu, Nur Fazlizai Ali untuk perkembangannya.
PETRONAS rai tahun baru dengan filem perayaan 'Setulus Hati', tampil keunikan budaya Peranakan
PETRONAS mempersembahkan filem bertajuk Setulus Hati yang mengetengahkan keunikan budaya Peranakan penuh tradisi dan warna-warni bersempena sambutan musim perayaan dan Tahun Baharu.
Jenayah: Tak puas hati motosikal kena tarik, wanita nekad bakar
Seorang wanita yang tidak berpuas hati kerana motosikalnya ditarik akibat tunggakan bayaran selama 20 bulan bertindak nekad membakar kenderaan tersebut di Pokok Assam, dekat Taiping pada Khamis dan video kejadian itu tular di media sosial.
Kes kucing mati di UM: Polis rakam keterangan tujuh individu
Polis rakam keterangan tujuh individu termasuk pensyarah, pelajar, dan aktivis haiwan berhubung kes kematian kucing di UM. Bedah siasat dijalankan untuk punca sebenar.
Anwar ucap selamat ulang tahun kepada Ramos-Horta
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan selamat ulang tahun kepada Presiden Timor-Leste Dr Jose Ramos-Horta.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Dalam status yang dimuat naik di Facebooknya, Anwar memuji Ramos-Horta sebagai seorang sahabat baik dan individu sejati dalam memperjuangkan kebebasan serta keadilan.
Hormati keputusan mahkamah bebas Rosmah - Ahmad Zahid
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta semua pihak menghormati keputusan Mahkamah Tinggi yang membebas dan melepaskan isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor pada Khamis.
Rosmah lepas, bebas: ‘6 tahun ibu berjuang untuk keadilan’ - Yana Najib
Nooryana Najwa Najib meluahkan rasa syukur kerana ibunya dilepaskan dan dibebaskan atas beberapa pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.
Tiada penafian rasmi berhubung derma daripada Keluarga Diraja Arab Saudi - Najib
Najib menegaskan bahawa ketiadaan penafian rasmi ini menyokong kepercayaannya bahawa dana tersebut adalah derma yang sah daripada Raja Abdullah.
'Saya tidak berdendam, tapi jumpa di akhirat' - Najib
Najib memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa tiada dendam terhadap pihak yang merancang dan melakukan ketidakadilan terhadapnya.
Najib pertahan kenyataan wang dalam akaun sumbangan kerabat diraja Arab Saudi
Najib berkata adalah munasabah untuk beliau mempercayai bahawa Raja Abdullah telah mengarahkan Kementerian Kewangan Riyadh untuk menyalurkan dana bagi pihak baginda sebagai sumbangan.
Istana Pahang tidak beri kenyataan isu Titah Adendum
Istana Pahang tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu Titah Addendum Yang di-Pertuan Agong ke-16 yang dikemukakan oleh Datuk Seri Mohammad Najib Tun Abdul Razak di Mahkamah Tinggi.
Najib nafi dakwaan usaha sama 1MDB adalah untuk kepentingan UMNO
Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan bahawa 11MDB dan usaha sama projeknya diwujudkan untuk kepentingan peribadinya atau untuk mengukuhkan UMNO.
Titah Adendum: Anwar serah kepada Agong isu Najib
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengemukakan isu Titah Adendum Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan.
Titah Adendum: Tidak munasabah ulas isu dalam prosiding mahkamah secara terbuka - Anwar
Perdana Menteri menegaskan bahawa isu kewujudan Titah Adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib menjalani baki hukuman penjara sebagai tahanan di rumah tidak wajar diulas secara terbuka.
1MDB: Najib dakwa AS dan pembangkang ketika itu jatuhkan kerajaannya
Najib mendakwa Amerika Syarikat bawah pimpinan Demokrat sebelum ini bekerjasama dengan pembangkang Malaysia ketika itu untuk menjatuhkan beliau dan kerajaan yang diterajuinya pada 2018.