Ringkasan AI
- Isu Titah Adendum: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu titah adendum yang membolehkan Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani baki hukuman penjara di rumah tidak wajar dibahas di Dewan Rakyat kerana subjudis.
- Rayuan Mahkamah: Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Najib berkaitan titah adendum pada 6 Januari depan, dan Jabatan Peguam Negara menasihatkan agar tidak mengeluarkan kenyataan subjudis.
- Penghormatan Institusi Undang-Undang: Anwar menekankan pentingnya menghormati dan memberi kepercayaan kepada institusi undang-undang, serta mengingatkan bahawa isu yang sedang dalam prosiding mahkamah tidak wajar diulas.
Anwar berkata Mahkamah Rayuan telah menetapkan 6 Jan depan untuk mendengar rayuan bekas Perdana Menteri itu berkaitan titah adendum tersebut dan Jabatan Peguam Negara turut menasihatkan agar semua pihak tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.
"Peraturan Mesyuarat 23(1)(g) Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak membolehkan (dibahaskan). Oleh itu, seperti yang dinyatakan Peguam Negara, kita perlu menghormati dan memberi kepercayaan kepada institusi undang-undang," katanya ketika menjawab soalan Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.
Takiyuddin meminta penjelasan mengenai kewujudan titah adendum berkaitan keputusan Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan kali ke-61 pada 29 Jan 2024 melibatkan permohonan pengampunan Najib.
Anwar berkata sebagai seorang peguam berpengalaman, Takiyuddin sepatutnya mengetahui bahawa tidak wajar untuk mengulas isu yang sedang dalam prosiding mahkamah.
-- BERNAMA