KUALA LUMPUR: Bekas pengarah SRC International Sdn Bhd memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kuasa penuh untuk membuat semua keputusan dalam SRC, termasuk penggunaan dan pengagihan pinjaman RM4 bilion daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP).
Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 54, berkata semua keputusan penting melibatkan jumlah wang yang besar itu dibuat oleh Najib kerana beliau adalah Menteri Kewangan ketika itu, yang mempunyai kawalan muktamad ke atas SRC melalui Menteri Kewangan Diperbadankan.
"Sebagai seorang pengarah semata-mata, dan hanya seorang daripada ramai pengarah dalam lembaga pengarah, saya tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan berkenaan dengan pinjaman RM4 bilion daripada KWAP itu.
"Saya juga diwajibkan di bawah undang-undang dan secara amalan untuk mematuhi dan melaksanakan arahan Datuk Seri Najib," katanya dalam kenyataan saksinya dalam saman sivil US$1.18 bilion SRC International terhadap bekas perdana menteri dan bekas ketua pegawai eksekutifnya Nik Faisal Ariff Kamil, yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.
Sementara itu, Shahrol Azral dinamakan sebagai responden pihak ketiga bersama bekas pengarah lain iaitu Datuk Suboh Md Yassin, Datuk Mohamed Azhar Osman Khairuddin, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Che Abdullah @ Rashidi Che Omar.
Shahrol Azral berkata memandangkan KWAP adalah badan berkanun yang ditubuhkan di bawah Akta Kumpulan Wang Persaraan, ia dikehendaki melaporkan terus kepada Menteri Kewangan.
"Datuk Seri Najib adalah Menteri Kewangan pada masa itu dan beliau adalah orang yang meluluskan permohonan SRC untuk pinjaman KWAP sama ada secara sendiri atau melalui arahannya kepada panel pelaburan KWAP.
"Berhubung syarat KWAP bahawa jaminan kerajaan diberikan untuk pinjaman itu, atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri yang mempengerusikan mesyuarat kabinet dengan semua menteri kabinet dilantik mengikut prerogatifnya, Datuk Seri Najib juga telah menyebabkan kabinet meluluskan dan keluarkan jaminan kerajaan untuk pinjaman KWAP," katanya sambil menambah Najib turut mempercepatkan pengeluaran pinjaman RM4 bilion kepada SRC.
SRC di bawah pengurusan baharu telah memfailkan saman itu pada Mei 2021, atas dakwaan Najib telah melakukan pecah amanah jenayah, salah guna kuasa dan memperoleh ganjaran peribadi daripada dana syarikat itu selain melakukan penyelewengan terhadap dana berkenaan.
Syarikat itu memohon ganti rugi am, ganti rugi teladan, ganti rugi tambahan, faedah, kos dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
SRC juga menuntut deklarasi mahkamah bahawa Najib adalah bertanggungjawab bagi kerugian yang dialami oleh syarikat itu akibat pelanggaran tugas serta amanah beliau dan menuntut supaya beliau membayar balik kerugian yang dialami sebanyak RM42 juta.
Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Beliau kemudian memfailkan petisyen untuk pengampunan diraja pada 2 Sept 2022.
Susulan keputusan pengampunan itu, hukuman penjara Najib telah dikurangkan daripada 12 tahun kepada enam tahun manakala denda pula dikurangkan daripada RM210 juta kepada RM50 juta.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmad Fairuz Zainol Abidin bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024

Najib, 70, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang sejak 23 Ogos 2022 selepas disabitkan bagi kesalahan menyeleweng RM42 juta dana SRC International. - Gambar fail/BERNAMA

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Rusia, Syria akan adakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan
Rusia dan Syria dijadual mengadakan perbincangan peringkat tinggi minggu depan, kata Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov.

Nilai pelaburan asing diluluskan Januari-September 2024 berjumlah RM254.7 bilion
Jumlah itu melibatkan 4,753 projek dan dijangka menjana sebanyak 159,347 peluang pekerjaan baharu.
10 Berita Pilihan - (19 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Hakim Mahkamah Tinggi terkhilaf tolak permohonan semakan kehakiman - Badan Peguam
Menurut Badan Peguam, terdapat beberapa persoalan undang-undang baharu berhubung pindaan penting kepada Perlembagaan Persekutuan.

Dokumen tambahan: AGC fail permohonan larangan bersuara dalam kes Najib
AGC memfailkan permohonan perintah larangan bersuara untuk melarang sesiapa sahaja daripada membincangkan isu berkaitan kes permohonan semakan kehakiman Najib.

Najib terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO - Peguam SRC
Mahkamah Tinggi diberitahu bahawa Najib merupakan pengarah bayangan SRC dan terlibat secara peribadi dan langsung dalam pemberian cek kepada UMNO.

‘Tangkap zaman Mahathir, dakwa zaman Muhyiddin, penjara zaman Ismail Sabri, akhirnya Anwar juga salah’ - PM
Anwar hairan mengapa beliau dipersalahkan sedangkan beliau sendiri pernah membentangkan rayuan Najib ke mesyuarat Lembaga Pengampunan

Majlis Peguam rayu keputusan Mahkamah Tinggi tolak cabar pengampunan Najib
Majlis Peguam memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk mencabar keputusan Lembaga Pengampunan yang mengurangkan hukuman terhadap Najib.

Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.

SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.

UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.

'Saya tidak campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC' - Najib
Najib mendakwa tidak mengganggu siasatan pasukan petugas khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kerana beliau sendiri sedang disiasat ketika itu.

Skandal 1MDB: Najib buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1MDB semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.