KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan Media The Edge hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mahu menutup 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana masalah hutangnya yang serius.
Tan Sri Tong Kooi Ong, 63, berkata, bekas Perdana Menteri itu memberitahu beliau perkara berkenaan pada satu pertemuan yang berlangsung di kediaman Najib, di Langgak Duta, di sini, pada 6 Mac 2015.
Saksi ke-43 pendakwaan itu berkata demikian apabila disoal peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan Najib yang melibatkan penyelewangan dana RM2.3 bilion milik 1MDB.
"Selepas saya menjelaskan kepada beliau nota bertulis dan masalah yang timbul (dalam 1MDB), Najib memberitahu saya dia akan menutup 1MDB, dan selanjutnya saya berkata seseorang perlu bertanggungjawab.
"Daripada nota taklimat saya, saya dengan jelas menunjukkan US$700 juta dipindahkan ke Good Star Ltd, sebuah syarikat milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan dia (Jho Low) patut didakwa," kata Tong.
Tong berkata, Najib diam ketika beliau menyebut nama Jho Low dan bekas Perdana Menteri itu bangun dan membuka pintu untuk beliau.
Muhammad Shafee: Adakah Najib memberitahu awak , "Tong, sila keluar ?"
Tong: Tidak, beliau tidak ada menyuruh saya keluar. Beliau tidak ada mengeluarkan sepatah perkataan pun.
Apabila ditanya jika setiap kali Tong berada di kediaman Najib, bekas Perdana Menteri itu mengiringinya sehingga ke pintu, Tong berkata, sepanjang ingatannya, pertemuan itu adalah kali pertama hanya mereka berdua berada di rumah itu.
Muhammad Shafee: Saya hanya sekadar seorang peguam. Apabila (saya bertemu beliau) beliau mengiringi saya sehingga ke pintu. Mungkin anda merasa sensitif kepada keadaan bahawa taklimat yang anda berikan tidak memberikan apa yang diharapkan, anda fikir beliau menunjukkan pintu untuk anda keluar?
Tong: Dalam minda saya gerak isyarat itu tidak seperti apa yang anda akan jelaskan. Saya terkejut apabila beliau terus bangun, berjalan ke arah pintu dan membukanya ... selepas apa yang saya katakan (isu dalam 1MDB) beliau tidak berkata sepatah perkataan pun dan membuka pintu, itu sahaja.
Saksi itu juga berkata, Najib merupakan seorang yang sopan dan tidak pernah biadab kepada beliau.
Minggu lepas , Tong memberi keterangan bahawa Najib bangun dan melangkah ke pintu serta membuka pintu untuk beliau selepas memberitahu bekas Perdana Menteri itu bahawa Jho Low telah melakukan kesalahan dan patut disiasat dan didakwa.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Coliin Sequerah bersambung esok. - BERNAMA
Bernama
Mon Nov 21 2022
Pengerusi Kumpulan Media The Edge hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi, di sini, bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mahu menutup 1Malaysia Development Bhd (1MDB) kerana masalah hutangnya yang serius. - Gambar fail BERNAMA
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelajar ditemukan lemas selepas tergelincir ke dalam tali air di Kota Bharu
Muhamad Faris Mohd Nor berusia 14 tahun ditemukan di dasar tali air berkenaan pada kedalaman kira-kira lapan meter.
Tumpuan Sabtu – 23 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
It's About YOUth: Project EXIT uncovers mental health struggles
Astro Shaw’s Project EXIT shines a stark light on suicide and mental health. Director Zulaikha Zakaria and producer Syakir “Mo” Zakii discuss how the series delves into the realities of mental health, friendship, and the search for hope. #ItsAboutYOUth
AWANI Tonight: PM’s travels funded by govt, not private companies - Minister
Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim’s overseas trips to five countries were funded by the government, while corporate executives covered their own costs.
AWANI Tonight: What are the implications of ICC’s arrest warrant for Israel & Hamas?
Aisya Abdul Rahman from University Malaya discusses the significance of the International Criminal Court’s recent arrest warrant for Israel’s Prime Minister and former Defence Minister, as well as the military commander of Hamas.
Situasi banjir di Terengganu, Perak bertambah buruk, Kelantan kembali dilanda
Situasi banjir di Terengganu dan Perak terus mencatatkan peningkatan, manakala Kelantan menjadi negeri terbaharu di landa banjir setakat 8 malam tadi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 19 November 2024.
Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar - Muhammad Shafee
Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa, ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mungkin bersembunyi di Myanmar dan dilindungi oleh junta tentera negara itu.
Hakim tarik diri dengar kes saman AS$346 juta 1MDB terhadap Rosmah
Hakim Mahkamah Tinggi Leong Wai Hong menarik diri daripada mendengar kes saman terhadap Datin Seri Rosmah Mansor berhubung pembelian barangan mewah.
Kes Najib saman Tommy tangguh lagi, hakim kedua tarik diri
Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Faizah Jamaludin menarik diri daripada mendengar rayuan Datuk Seri Najib Razak untuk mengembalikan semula saman RM1.9 juta terhadap Tan Sri Tommy Thomas.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.