KUALA LUMPUR: Seorang pegawai penyiasat dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak membabitkan penyelewengan RM2.3 bilion dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa bekas perdana menteri itu memilih untuk menjawab soalan berhubung beberapa transaksi dalam akaun bank peribadinya di mahkamah semasa siasatan 1MDB pada Oktober 2018.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram ACP Foo Wei Min berkata Najib memutuskan untuk menjawab soalan yang diajukan kepadanya melibatkan lima keping cek untuk lima pembayaran daripada akaunnya kerana beliau sudah didakwa dengan pertuduhan pengubahan wang haram di mahkamah pada 20 Sept 2018.
Lima cek itu adalah untuk transaksi yang berlaku dalam akaun Najib pada 2013 termasuk cek RM20 juta untuk UMNO pada 2 Ogos; cek RM100,000 untuk UMNO Batu Kawan pada 7 Ogos; RM246,000 ke dalam akaun taikun hartanah Lim Soon Peng pada 7 Ogos; RM2 juta untuk Orb Solutions Sdn Bhd pada 12 Ogos dan RM303,000 untuk Semarak Konsortium Satu Sdn Bhd pada 14 Ogos.
Peguam utama Najib Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ketika membacakan petikan daripada kenyataan Najib kepada Foo, iaitu Ahli Parlimen Pekan itu berkata: "Saya memang bersedia untuk menjawab (soalan) sekiranya saya belum didakwa, namun kerana saya telah didakwa saya percaya ia (menjawab soalan) bertentangan dengan sistem perundangan negara. Oleh itu saya akan jawab di mahkamah."
Ketika disoal Muhammad Shafee, Foo berkata beliau menyoal siasat Najib pada 3 Okt 2018, iaitu kira-kira dua minggu selepas Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan 1MDB.
Disoal lanjut oleh peguam itu, saksi pendakwaan ke-48 itu menafikan pihak atasannya telah mengarahkan beliau untuk menanyakan Najib mengenai transaksi dalam akaunnya selepas ahli politik itu ditahan.
Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda, anda diarahkan oleh seseorang di atas anda...dia tidak semestinya dari pasukan polis. Ini semata-mata dan kononnya hanya untuk memenuhi keperluan undang-undang.
Foo: Ini adalah sebahagian daripada siasatan untuk fasa Tanore jadi, saya mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk bertanya soalan-soalan ini, sebagai pegawai penyiasat.
Muhammad Shafee: Saya katakan kepada anda, anda rasa terpaksa bertanya kerana anda sedar tidak menyoalnya mengenai perkara pertuduhan itu melampaui prinsip perbicaraan yang adil.
Foo: Tidak.
Sementara itu, pada prosiding sebelah petang, Muhammad Shafee berhujah Najib tidak mempunyai pengetahuan mengenai Tanore Finance Corporation milik ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau sekutu Jho Low, Eric Tan Kim Loong.
Foo bersetuju dengan soalan peguam bahawa Najib sendiri telah memberitahunya semasa siasatan bahawa beliau tidak tahu siapa yang memiliki akaun Tanore dan beliau hanya berkata ia mungkin dikaitkan dengan kerabat diraja Arab Saudi.
Muhammad Shafee: Soalan saya ialah untuk menjadi pesalah AMLA, anda harus patahkan dakwaan Datuk Seri Najib tentang kekurangan pengetahuan. Anda perlu sangsi dengan dakwaannya, yang dia menyangka Tanore dikaitkan dengan Arab Saudi.
Foo: Kami mendapati akaun itu dimiliki oleh Tan dan bukan orang Arab Saudi. Saya tahu selepas memperoleh dokumen tidak rasmi.
Foo juga bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa beliau hanya mengetahui fakta bahawa Tanore dimiliki oleh Tan dan bukan warga Arab Saudi melalui kerjasama dengan pihak berkuasa Singapura.
Najib, 70, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion milik 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 14 2023

Najib mahu jawab soalan berhubung beberapa transaksi dalam akaun bank peribadinya di mahkamah semasa siasatan 1MDB pada Oktober 2018. - Bernama

Kanada fail aduan di WTO terhadap tarif keluli dan aluminium AS
Kanada telah minta rundingan penyelesaian pertikaian dengan AS berhubung pelaksanaan duti import ke atas produk keluli dan aluminium tertentu.

Kad Visa Touch ‘n Go eWallet guna pengesahan TapSecure bermula 17 Mac
Transaksi menggunakan kad visa boleh disahkan dengan hanya menekan satu butang sahaja dalam aplikasi Touch n Go eWallet pada peranti pintar.
AWANI Pagi: Pembudayaan "Zero Hunger" di kampus universiti
Diskusi 8:30 pagi Jumaat bersama Hasanul Basri Abdullah, Dekan, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM); Hanifah Eydel-Romero Pensyarah, Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)dan Nuranita Dewi Abdullah, Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) membincangkan mengenai projek "Zero Hunger" yang semakin diterima dan menjadi budaya di dalam kehidupan kampus warga Center of Foundation Studies, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, UIAM.
![[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah [KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-02/71550535175_slippingcashbribe.jpg)
[KOLUMNIS] Ahli politik harus bebas dari rasuah
Perbelanjaan politik sama ada secara terangan atau berselindung adalah sesuatu yang tidak dinafikan di dalam perjalanan politik terutama di dalam pilihan raya.
Prestasi S&P 500: Sehingga 13 Mac 2025
MarketWatch menyediakan tinjauan menyeluruh mengenai Indeks S&P 500, merangkumi berita terkini pasaran saham, data dagangan, dan analisis pergerakan pasaran. Saham dalam Indeks Standard & Poor’s 500 dikategorikan mengikut sektor dan industri, memudahkan pemahaman corak prestasi pasaran. Saiz setiap saham mencerminkan permodalan pasaran, menunjukkan kekuatan dan kedudukan syarikat-syarikat utama dalam pasaran.
"Pasaran Saham AS Menjunam: S&P 500 dalam Pembetulan Selepas Data Inflasi"
"Pasaran saham AS berakhir dengan penurunan mendadak pada hari Khamis, dengan S&P 500 mengesahkan ia berada dalam pembetulan selepas data inflasi yang sejuk dibayangi oleh kebimbangan bahawa perang tarif yang semakin memuncak oleh Amerika Syarikat terhadap rakan dagang terbesarnya boleh mencetuskan semula inflasi dan membawa ekonomi ke dalam kemelesetan. Saksikan analisis penuh tentang kejatuhan ini dan impaknya terhadap ekonomi global."
[Data & Statistik] Prestasi Bursa Malaysia setakat 14 Mac 2025
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata indeks serantau utama kebanyakannya lebih rendah apabila pelabur berhadapan situasi yang tidak menentu berpunca daripada ekonomi yang berpotensi untuk menguncup. Jadi bagaimana prestasi dagangan FBM KLCI setakat pagi Khamis? Ikuti perkembangan lanjut di Niaga AWANI.

Polis pengiring cedera kemalangan ketika bertugas
Ketika kejadian, Sarjan Mohd Tarmizi Manap yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan dari Durian Tunggal menghala ke Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka Batu Berendam.
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 14 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.

Ismail Sabri tiba di ibu pejabat SPRM untuk beri keterangan hari kedua
Semalam, SPRM ambil masa lima jam rekod keterangan Ahli Parlimen Bera itu berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.

USD700 juta dipindah kepada syarikat Jho Low tanpa kelulusan Lembaga Pengarah - Saksi
Bekas pegawai penyiasat kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) R. Rajagopal berkata tiada kelulusan Lembaga Pengarah diperoleh bagi memindahkan USD700 juta dana syarikat itu kepada Good Star Limited.

31 Julai pendengaran injunksi 1MDB untuk bekukan aset Rosmah lebih AS$346 juta
Mahkamah tetapkan 31 Julai untuk mendengar permohonan injunksi difailkan 1MDB terhadap Rosmah bagi menghalang beliau daripada mengeluarkan atau melupuskan mana-mana asetnya bernilai lebih RM1.6 bilion

Mahkamah benar perintah larangan akses terhadap barangan kemas berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah larangan terhadap Pengarah PSI Tarek Obaid daripada mengakses 41 barang kemas dikaitkan dengan 1MDB.

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.

Keputusan representasi Najib gugur tuduhan kes dana SRC RM27 juta diketahui 6 Mei
Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, akan menyerahkan surat tambahan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk mendapatkan maklum balas mengenai representasi tersebut.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 7 Mac 2025.

1MDB diarah bayar kos RM225,000 kepada anak tiri Najib, syarikatnya
Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) membayar kos sebanyak RM225,000 kepada Riza Shahriz Abdul Aziz, dan dua syarikatnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 6 Mac 2025.

Mahkamah sekat akses akaun bank luar negara, saham berkaitan 1MDB
Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan kerajaan untuk mengeluarkan perintah sekatan terhadap akaun bank dan saham milik putera Arab Saudi Putera Faisal Turki Al Saud dan bekas penasih

'Saya bukan proksi Najib' - Bekas Pengerusi 1MDB
Bekas Pengerusi 1MDB memberitahu tidak dilantik dalam syarikat pelaburan strategik negara itu semata-mata untuk memastikan semua keputusan Najib dilaksanakan.