KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, beliau tidak pernah campur tangan dalam prosiding mahkamah melibatkan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang didapati bersalah menyeleweng dana berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Bekas Perdana Menteri itu mengakui meluluskan pelantikan hakim ketika pentadbiran Pakatan Harapan (PH) kerana ia sebahagian daripada tugasnya sebagai Perdana Menteri ketika itu dan tidak mengubah sebarang cadangan nama yang dikemukakan kepada beliau.
"Ya saya yang melantik (hakim) kerana saya Perdana Menteri. Saya tidak mempunyai pilihan (kerana) ini nama yang dikemukakan.
"Saya hanya meluluskan dan tidak pernah mengubah (cadangan nama tersebut). Tetapi anda lihat saya tidak mempengaruhi (keputusan) mahkamah," katanya dalam sidang akhbar ketika menghadiri Himpunan Nasional 2022 Parti Berjasa di Dewan Tun Abdul Razak, di sini, hari ini.
BACA: Kes SRC: Mahkamah kekal sabitan dan hukuman, Najib dipenjara 12 tahun, denda RM210 juta
Sebelum ini, wujud desakan agar Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada mengetuai lima panel hakim bagi pendengaran rayuan akhir kes SRC International.
Antara sebab desakan tersebut adalah mendakwa kemungkinan wujud berat sebelah kerana Tengku Maimun dilantik ketika pentadbiran PH yang dipimpin oleh Dr Mahathir.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, sepanjang tempoh empat tahun kes berlangsung, Najib diberikan peluang untuk mempertahankan diri daripada tuduhan penyelewengan.
Malah, kata Dr Mahathir lagi, tiga mahkamah dengan sembilan hakim yang mengendalikan kes tersebut turut mempunyai pendapat yang sama dalam penghakiman mereka melibatkan kes SRC International.
"Tetapi apa yang beliau (Najib) buat ialah mencabar itu dan ini (hakim atau pendakwa raya), (dan mengatakan) ia sebagai tidak adil. Apa yang tidak adil? Kata-katanya (penghujahan pembelaan) bertentangan dengan bukti dalam dokumen (yang ada pada pihak mahkamah).
"Sebagai contoh, beliau mengatakan mereka (1MDB) usaha sama dengan PetroSaudi (PetroSaudi International Ltd) (tetapi) mana dokumen, mana (datangnya) duit? Najib kata duit itu daripada Raja Saudi. Tunjukkan bukti kepada kita (mahkamah) tetapi mahkamah mempunyai buku cek dan semua dokumen bertulis," tambah Dr Mahathir lagi.
Bagaimanapun, Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) itu menambah, Najib tidak berjaya membuktikan dokumen-dokumen yang dimiliki oleh mahkamah itu adalah tidak benar.
Pada Selasa lalu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta ke atas Najib yang didapati bersalah pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC International.
Ahli Parlimen Pekan itu sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang.
Hasimi Muhamad
Sat Aug 27 2022
![Najib dipenjara: Saya tidak pengaruhi mahkamah - Tun M Najib dipenjara: Saya tidak pengaruhi mahkamah - Tun M](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71661576005_TBTUNM.jpg)
Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui meluluskan pelantikan hakim ketika pentadbiran Pakatan Harapan kerana ia sebahagian daripada tugasnya sebagai Perdana Menteri ketika itu dan tidak mengubah sebarang cadangan nama yang dikemukakan kepada beliau.
![Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739356184_tbrubbleofbuilding.jpg)
Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.
![Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51702459753_TBGOOGLE.jpg)
Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.
![Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41740002799_TBPutin.jpg)
Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.
![WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/51728085724_Suspectedmpoxpatie.jpg)
WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.
![ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16 ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61740001410_TBAFC.jpg)
ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.
![Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51740000807_TBAFC.jpg)
Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.
![Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/71736157021_wabakdenggisandak.jpg)
Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.
![WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51726067904_tbpoliovaccine.jpg)
WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.
![Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026 Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/61735290530_TBrusia.jpg)
Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.
![Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739976606_Maldives.jpg)
Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.
![Ahmad Zahid ikrar bebaskan Najib Ahmad Zahid ikrar bebaskan Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81724547719_AhmadZahidHamidi.jpg)
Ahmad Zahid ikrar bebaskan Najib
Ahmad Zahid berikrar untuk membebaskan Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara.
![Tiga anak Najib berkongsi pentas, terus perjuangkan keadilan buat bapa Tiga anak Najib berkongsi pentas, terus perjuangkan keadilan buat bapa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/81698542369_Najib.jpg)
Tiga anak Najib berkongsi pentas, terus perjuangkan keadilan buat bapa
Anak sulung kepada Najib berkata, beliau kesal dengan sistem mahkamah yang didakwa tidak dijalankan dengan betul dalam memberikan pembelaan kepada bapanya.
![Usaha UMNO terhadap Najib masih berjalan - Zahid Usaha UMNO terhadap Najib masih berjalan - Zahid](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-07/61689175032_TBZAHIDSHAKAM.jpg)
Usaha UMNO terhadap Najib masih berjalan - Zahid
Jangan terjebak dengan permainan pihak luar, tegas Ahmad Zahid Hamidi.
![MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677817702_NajibRazak.jpg)
MKT UMNO mohon Agong beri pengampunan penuh kepada Najib
Pertimbangan tersebut selaras dengan kuasa Seri Paduka Baginda yang diperuntukkan di bawah Perkara 42 (1) Perlembagaan Persekutuan.
![Hakim baharu dengar bicara kes Najib ubah wang SRC RM27 juta Hakim baharu dengar bicara kes Najib ubah wang SRC RM27 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-03/41677817702_NajibRazak.jpg)
Hakim baharu dengar bicara kes Najib ubah wang SRC RM27 juta
Hakim K.Muniandy menggantikan Hakim Mohamed Zaini Mazlan yang kini Hakim Mahkamah Rayuan.
![Jangan salahkan mahkamah atas 'musibah' yang berlaku, kata Sithambaram Jangan salahkan mahkamah atas 'musibah' yang berlaku, kata Sithambaram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670480258_NajibRazak.jpg)
Jangan salahkan mahkamah atas 'musibah' yang berlaku, kata Sithambaram
Najib bersubahat dengan peguam baharunya memohon penangguhan semasa rayuan akhir walaupun mengetahui tarikh pendengaran telah ditetapkan.
![Hantaran FB suami Ketua Hakim Negara adalah komen umum rakyat - DPP Hantaran FB suami Ketua Hakim Negara adalah komen umum rakyat - DPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-12/71638858749_TBSithambaram.jpg)
Hantaran FB suami Ketua Hakim Negara adalah komen umum rakyat - DPP
Hantaran itu adalah ulasan peribadi semata-mata mengenai senario politik yang membawa kepada keputusan PRU14.
![Ketua Hakim Negara sepatutnya tarik diri daripada dengar rayuan akhir Kes SRC Najib - Peguam Ketua Hakim Negara sepatutnya tarik diri daripada dengar rayuan akhir Kes SRC Najib - Peguam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/61676979073_TBMASHTENGKUNAJIB.jpg)
Ketua Hakim Negara sepatutnya tarik diri daripada dengar rayuan akhir Kes SRC Najib - Peguam
Ini kerana suami Tengku Maimun itu telah menyalahkan Najib pada 2018 atas kejatuhan 1MDB dan SRC International di Facebook.
![Permohonan Najib ketepi injuksi kes saman 1MDB didengar 26 Mei Permohonan Najib ketepi injuksi kes saman 1MDB didengar 26 Mei](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-12/41670334376_TBNAJIBPUTRAJAYA.jpg)
Permohonan Najib ketepi injuksi kes saman 1MDB didengar 26 Mei
Hakim Atan Mustaffa Yussof Ahmad turut menetapkan tarikh sama untuk pendengaran permohonan inter-parte bagi injunksi mareva.
![Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-01/71674137484_NajibRazak.jpg)
Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.