KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan anak syarikat International Petroleum Co (IPIC) iaitu Aabar Investment PJS (Aabar) merupakan cadangan Datuk Seri Najib Tun Razak.
Bekas Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir berkata, perkara itu dimaklumkan sendiri oleh ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low kepada beliau dan syarikat hasil usaha sama tersebut, Abu Dhabi Malaysia Investment Company (ADMIC) telah didaftarkan di Kepulauan Virgin British pada 5 Mac 2013 oleh peguam 1MDB, Jasmine Loo.
Azmi berkata, beliau tidak tahu secara terperinci tujuan sebenar penubuhan ADMIC tetapi memandangkan perkara itu telah ditetapkan oleh Loo, ia pasti adalah kehendak Jho Low.
"Saya mula diarahkan secara aktif oleh Jho Low apabila terdapat cadangan oleh beliau untuk menjalinkan usaha sama dengan Aabar pada hujung 2012 dan saya sebagai CFO akan dilibatkan dalam setiap tindakan yang membabitkan proses kewangan.
"Termasuklah pada tahun 2013, ketika itu Jho Low dan Datuk Seri Najib sedang berusaha untuk memastikan usaha sama antara G to G (kerajaan dengan kerajaan) melibatkan Abu Dhabi dan Malaysia dijayakan," kata Azmi.
Beliau berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi setebal 127 muka surat pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.
Saksi pendakwaan ke-12 itu berkata, cadangan usaha sama antara Abu Dhabi dan Malaysia dimulakan dengan Parcel A.1.0 di TRX namun ia tidak dilaksana kerana terdapat beberapa perubahan selepas itu.
"Kemudian (ada) satu lagi rancangan usaha sama dengan Aabar berkaitan pelaburan dan pembangunan aset hartanah namun saya juga tidak terlibat kerana ia berada di bawah seliaan bahagian pelaburan dan Loo. Setahu saya, rancangan usaha sama ini juga tidak jadi.
"Selepas kedua-duanya gagal, Jho Low telah merancang usaha sama ketiga yang dinamakan 'Projek Pemangkin' dan beliau mengarahkan Loo untuk mengetuai projek itu kerana ia melibatkan kutipan dana sebanyak AS$6 bilion memandangkan Loo lebih mahir dalam mata wang tersebut," katanya.
Azmi berkata, pada awal perbincangan mengenai projek ini, Jho Low telah mengeluarkan cadangan untuk menggunakan 'Letter of Comfort' Kementerian Kewangan sebagai jaminan kepada penerbitan bon ini.
"Projek ini merupakan arahan Datuk Seri Najib melalui Jho Low dan Jho Low telah mengarahkan untuk mempercepat prosesnya terutama dari segi mendapatkan terbitan bon. Disebabkan itulah ia dilakukan secara tergesa-gesa dan sangat cepat," katanya.
Azmi kemudian dirujuk kepada surat sokongan bertarikh 14 Mac 2013 yang ditandatangani Najib iaitu Menteri Kewangan ketika itu bagi mewakili Kerajaan Malaysia.
Saksi itu berkata, surat tersebut bertujuan menyokong penerbitan bon berjumlah AS$3 bilion dan sebagai satu jaminan yang akan meletakkan tanggungjawab serta komitmen kepada kerajaan sekiranya 1MDB gagal membuat pembayaran semula.
"Datuk Seri Najib telah meluluskan surat sokongan ini dengan menandatanganinya dalam tempoh yang singkat. Ia selari dengan apa yang dimaklumkan oleh Jho Low kepada kami bahawa Najib akan meluluskannya dan kami tidak perlu risau tentang kelulusan tersebut," katanya.
Najib, 68, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama. - BERNAMA
Bernama
Thu Nov 11 2021
Usaha sama antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan anak syarikat International Petroleum Co (IPIC) iaitu Aabar Investment PJS (Aabar) merupakan cadangan Datuk Seri Najib Tun Razak. - Gambar fail Astro AWANI
Tumpuan Jumaat – 8 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tanah Enklaf Duta: Mahkamah Rayuan mahu dengar hujah lanjut
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada Khamis memerintahkan pihak yang terlibat dalam pertikaian perundangan membabitkan Enklaf Duta agar mengemukakan hujahan lanjut berhubung nilai tanah di kawasan seluas 106.7 hektar itu.
Tuntutan Sulu: Percubaan untuk peras ugut rakyat Malaysia gagal - Azalina
Malaysia kini akan memfokus kepada usahanya di Perancis untuk mendapatkan pembatalan Award Akhir itu secepat mungkin.
Ada transaksi meragukan, SPRM mahu lihat jika ada unsur penipuan - Azam Baki
Azam berkata, SPRM juga percaya sebahagian dana pelaburan disalahgunakan dalam hal tersebut, namun siasatan masih dijalankan.
Australia cadang larang media sosial untuk individu bawah 16 tahun
Australia dijangka akan menggubal undang-undang bagi melarang penggunaan media sosial untuk individu berusia di bawah 16 tahun.
Insiden letupan: Enam anggota Malbatt 850 cedera ringan - ATM
Insiden berlaku berdekatan Stadium Saida, Lubnan, ketika pergerakan anggota MALBATT 850-12 dari Beirut ke Kem Marakah.
TikTok diarah tutup operasi di Kanada atas sebab keselamatan
TikTok diarahkan oleh kerajaan Kanada untuk menutup perniagaan mereka di negara tersebut. Arahan diberikan kerana TikTok didakwa mendatangkan kesan negatif kepada keselamatan Kanada.
Teknologi AI: Arab Saudi rancang pelaburan AS$100 bilion saingi UAE
Inisiatif itu, yang dipanggil "Project Transcendence", juga akan memberi tumpuan kepada merekrut bakat baharu, membangunkan ekosistem tempatan dan menggalakkan syarikat teknologi untuk melakukan pelaburan sumber.
10 Berita Pilihan - (7 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Korea Selatan mungkin hantar bekalan senjata ke Ukraine
Presiden Korea Selatan tidak menolak kemungkinan akan menghantar bekalan senjata kepada Ukraine susulan provokasi oleh Korea Utara. Perkara tersebut turut dibincangkan dengan Presiden terpilih Donal Trump.
Mahkamah: 11 Dis untuk putuskan permohonan kerajaan sekat PetroSaudi guna dana 1MDB
Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Dis untuk membuat keputusan permohonan kerajaan menyekat PetroSaudi dan Pengarahnya Tarek Obaid daripada menggunakan dana 1MDB.
Irwan Serigar dibenar masukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman 1MDB
Irwan Serigar berjaya dalam rayuannya untuk memasukkan tiga individu sebagai pihak ketiga dalam saman US$6.59 bilion yang difailkan terhadap beliau oleh 1MDB.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 4 November 2024.
Jho Low dan rakan guna AS$13 juta wang 1MDB untuk berjudi selama dua hari - Saksi
Penyiasat penipuan kewangan yang berpangkalan di United Kingdom, Richard Templeman mendedahkan nama dua individu.
KJ pernah cadang Najib ambil tindakan terhadap Jho Low
Najib bagaimanapun enggan berbuat demikian dengan alasan Jho Low merupakan seorang ahli perniagaan yang sah dan berjaya.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 30 Oktober 2024.
Seleweng dana 1MDB: Siasatan tidak berat sebelah, tuduhan terhadap Najib berasas - Hakim
Mahkamah Tinggi memutuskan dakwaan pembelaan bahawa siasatan dalam kes 1MDB dihadapi Najib adalah berat sebelah dan mengelirukan tidak mempunyai merit.
Najib 'sengaja tutup mata' kegagalan selidik sumber dana 1MDB - Hakim
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak "sengaja menutup mata" berhubung kegagalannya untuk menyelidik sumber dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
1MDB: Najib kawal akaun peribadi untuk politik - Hakim
Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu merumuskan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai kawalan dan kuasa penuh ke atas perbelanjaan akaun peribadinya, AmBank untuk kepentingan politiknya.