KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengakui kealpaan beliau dalam mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berkunjung ke sebuah kedai nasi ayam terkenal di ibu kota.
Dalam catatan di Facebook beliau, Ahli Parlimen Pekan itu berkata, beliau menerima dengan baik kompaun RM1,500 yang dikenakan kerana tidak mendaftar melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki kedai makanan berkenaan.
Atas kesilapan tidak disengajakan itu, Najib berkata, beliau dengan rela hati menerima kompaun berkenaan, dan akan membayarnya dalam tempoh tujuh hari bagi mendapatkan diskaun separuh harga.
“Saya mengaku kesilapan saya pada kali ini tidak membuat check-in sendiri walaupun pegawai-pegawai saya telah berbuat demikian. Kebiasaannya, saya mematuhi segala SOP yang telah dikuatkuasakan dalam aktiviti atau pergerakan saya
“Saya bayar sebelum tempoh 7 hari untuk dapat early bird diskaun 50% iaitu denda RM750. Saya akan membayar saman atas kesilapan saya ini secara sukarela. Tidak ada double standards dalam istilah saya. Orang lain, parti lain, menteri-menteri saya tak tahu lah,” katanya lagi.
BACA: Diskaun 50 peratus untuk pembayaran kompaun dalam tempoh tujuh hari – Takiyuddin
Dua hari lepas, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Takiyuddin Hassan berkata, diskaun sebanyak 50 peratus akan diberikan untuk pembayaran dalam tempoh tujuh hari manakala 25 peratus pada tempoh tujuh hari berikutnya.
Kompaun RM1,500, jelasnya lagi, ditetapkan untuk kesalahan kategori ketiga, iaitu kesalahan yang boleh menyebabkan risiko penularan yang rendah atau tiada langsung kesan kepada komuniti.
Namun, kesalahan serius seperti menyertai aktiviti hiburan di pub atau kelab malam, akan dikenakan kompaun maksimum RM10,000, manakala operator pusat berkenaan pula boleh dikenakan kompaun sehingga RM50,000.
Firdaus Azil
Fri Mar 19 2021
Najib akui kesilapan beliau dan akan bayar kompaun tersebut dalam masa tujuh hari bagi diskaun 50 peratus. - Gambar/ Facebook@Najib Razak
Rusia, Malaysia jalin kerjasama dalam pelancongan mesra Muslim
Rusia dan Malaysia sedia utingkatkan pelancongan mesra Muslim menerusi kerjasama baharu antara badan pensijilan halal Rusia, Roskachestvo dan Pusat Pelancongan Islam Malaysia.
IShowSpeed tiba di KL, terima baju batik daripada peminat
Speed menerima hadiah daripada beberapa orang peminat Malaysia ketika kenderaannya berhenti di lampu isyarat di ibu negara pada Selasa,
Penyanyi Sean Diddy ditangakp di New York
Penerbit muzik terkenal, Puff Daddy atau lebih dikenali sebagai Sean Diddy Combs yang berdepan dengan beberapa tuduhan serangan seksual telah diberkas di Manhatann, New York oleh ejen persekutuan pada Isnin waktu tempatan.
10 maut, puluhan cedera bas Iran terbalik
Menurut angka awal, kemalangan itu mengakibatkan 10 maut dan 41 cedera.
Malaysia perlu melabur dalam infrastruktur
Pengarah Eksekutif Ukrainian Prism, Hennadiy Maksak berpandangan, Malaysia juga tidak boleh bergantung kepada satu laluan, selain menjalin hubungan yang baik dengan negara-negara jiran.
Lebih 1,000 rakyat termasuk pejuang Hezbollah cedera parah
Lebih seribu rakyat Lubnan termasuk anggota pejuang Hezbollah dan petugas perubatan cedera parah dalam satu letupan pada Selasa.
Tetingkap Tunggal Nasional memudahkan operasi perdagangan antara Malaysia dan China
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berpendapat inisiatif Tetingkap Tunggal Nasional (National single window) yang bakal diharmonikan Bersama system kastam China akan memudahkan operasi perniagaan dan perdagangan (ease of doing business) antara Malaysia dan China.
Medan selera perlu ditambah baik, kemudahan asas tidak lengkap
Air bergenang di lantai dan tempias sehingga meja makan mengakibatkan pengunjung basah. Itu situasi apabila keadaan hujan lebat di Medan Selera Taman Makmur di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota yang menempatkan deretan 12 kedai makan.
Calon manfaat platform media sosial dekati pengundi luar
Kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota turut memberi tumpuan kepada penggunaan media sosial bagi menambat hati pengundi luar selain kempen secara bersemuka.
Seorang wanita maut jatuh lubang saluran air
Seorang wanita maut selepas terjatuh ke dalam lubang saluran air sedalam dua meter ketika menyertai aktiviti mendaki di Bukit Cherok Tok Kun pada Selasa.
Kes 1MDB: Pengambilalihan pengeluar tenaga bebas bukan idea Najib - Pembelaan
Pengambilalihan IPP bukanlah idea Najib beliau mengambil masa yang agak lama untuk memberi kelulusan selepas ia dicadangkan oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB.
Kes 1MDB: Najib sakit lutut, berkerusi roda dan bertongkat ke mahkamah
Datuk Seri Najib Tun Razak hadir ke Mahkamah Tinggi bagi prosiding hujahan akhir kes penyelewengan dana milik 1MDB dengan berkerusi roda.
Najib masih di hospital, perbicaraan 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa libatkan dana 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept kerana beliau masih di hospital.
Sakit lutut: Perbicaraan kes 1MDB hari ini, esok ditangguhkan
Dr Siti Hawa memaklumkan kepada hakim bahawa Najib telah dirujuk kepadanya semalam selepas mengadu mengalami sakit akut di lutut kanannya.
Rosmah gagal dalam permohonan supaya hakim tarik diri dengar kes saman 1MDB
Datin Seri Rosmah Mansor hari gagal dalam permohonan supaya hakim Mahkamah Tinggi menarik diri daripada mendengar kes saman sivil AS$346 juta difailkan 1MDB terhadapnya.
Najib tidak pernah minta dibebaskan - Ismail Sabri
Najib hanya mahu perbicaraan adil diberikan kepadanya, dedah Ismail Sabri.
Mahkamah dengar rayuan Najib batal injunksi Mareva kes saman 1MDB pada 15 Okt
Mahkamah Rayuan menetapkan 15 Okt untuk mendengar rayuan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membatalkan injunksi Mareva yang menghalangnya daripada melupuskan atau mengurangkan nilai m
Proses libatkan pengampunan pesalah perlu dipatuhi - Fahmi
Sebarang proses melibatkan pengampunan terhadap pesalah perlu dipatuhi oleh semua pihak, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Ahmad Zahid ikrar bebaskan Najib
Ahmad Zahid berikrar untuk membebaskan Najib yang kini sedang menjalani hukuman penjara.
PAU 2024: 72 bahagian bawa usul minta UMNO terus perjuang keadilan, pengampunan penuh buat Najib
Daripada 171 usul diterima, 72 daripadanya menuntut keadilan dan pengampunan penuh buat bekas Perdana Menteri, Najib Razak.