KUALA LUMPUR: Pasukan penyelamat termasuk Agensi Pengurusan Bencana dan Negara (NADMA) telah dikerah bagi membantu memindahkan mangsa banjir di Terangganu dan Kelantan, sejak Sabtu, kata Perdana Menteri.
Dalam satu perkongsian di Twitter, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberitahu, amaran secara berterusan juga dikeluarkan sejak semalam bagi memastikan penduduk bersiap sedia untuk dipindahkan.
"Sejak semalam, NADMA serta agensi menyelamat seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dikerahkan bagi kerja-kerja pemindahan mangsa banjir di Terengganu dan Kelantan," katanya di sini, pada Ahad.
Ismail Sabri memaklumkan JBPM sedang melakukan kerja-kerja menyelamat bagi memastikan proses evakuasi mangsa dilaksanakan dengan lancar.
Katanya, beliau turut mengarahkan NADMA untuk memastikan kit makanan mencukupi di pusat pemindahan sementara (PPS) dan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) ditempatkan di PPS sebagai langkah pencegahan penularan COVID-19,
"Saya juga minta mangsa supaya berpindah ke PPS atau tempat yang selamat untuk keselamatan diri dan keluarga. Sama-sama kita doakan keadaan banjir segera pulih dan mangsa dapat pulang ke kediaman masing-masing," ujarnya.
Setakat pagi tadi, banjir di kedua-dua negeri terus mencatat peningkatan dan seramai 4,335 orang daripada 1,287 keluarga dilaporkan berada di PPS di Terengganu manakala 3,222 orang daripada 1,034 keluarga di PPS Kelantan.
Umavathi Ramayah
Sun Feb 27 2022

Ismail Sabri Yaakob memberitahu, amaran secara berterusan juga dikeluarkan sejak semalam bagi memastikan penduduk bersiap sedia untuk dipindahkan. - Gambar fail/BERNAMA

Dunia perlu sokongan pelan pembangunan semula Gaza tanpa pemindahan penduduk - Presiden Mesir
Badr Abdelatty berkata, Mesir sedang merangka satu konsep menyeluruh dan berperingkat bagi pembangunan semula Gaza.

Google bayar US$340 juta kepada Itali selesaikan kes cukai tertunggak
Google dan pihak berkuasa kewangan Itali capai persetujuan serta menyelesaikan audit cukai bagi tempoh 2015 hingga 2020 tanpa prosiding undang-undang.

Rusia sedia sambung perbincangan berkenaan Ukraine - Putin
Dalam masa sama, kata Putin, membina semula kepercayaan dengan Amerika Syarikat adalah penting bagi mencapai kemajuan bermakna.

WHO lapor penyakit baharu belum dikenal pasti di DR Congo
Dua kluster kes dan kematian berkaitan penyakit tidak dikenal pasti itu telah dikesan di dua zon kesihatan di Wilayah Equateur, DR Congo.

ACLE: Ini sebab Shandong Taishan tarik diri walau layak ke pusingan 16
Keputusan dibuat disebabkan ketidakselesaan fizikal yang serius membabitkan pemain-pemain dan selepas penilaian dibuat oleh pasukan perubatan.

Shandong Taishan tarik diri saingan ACL Elite, laluan JDT masih samar
Shandong Taishan FC memutuskan untuk tidak menyertai perlawanan Peringkat Liga Zon Timur menentang Ulsan HD FC dari Korea Selatan semalam.

Melaka perhebat program gotong-royong hapus Aedes
Usaha itu selaras dengan komitmen berterusan Jabatan Kesihatan Negeri dalam memusnahkan tempat pembiakan yang boleh merisikokan penduduk.

WHO lancar kempen vaksinasi polio besar-besaran di Gaza Sabtu ini
Kempen vaksinasi polio besar-besaran dirancang bermula di #Gaza Sabtu ini (22 Februari), dengan sasaran lebih 591,000 kanak-kanak berumur bawah 10 tahun.

Rusia buka kedutaan di tujuh negara Afrika menjelang 2026
Menjelang 2026, Rusia berhasrat untuk membuka kedutaan di Gambia, Liberia, Comoros, Niger, Sierra Leone, Togo dan Sudan Selatan.

Maldives akan usir ekspatriat gagal serah data biometrik
Operasi Kurangi, yang dilancar pada Mei 2024, bertujuan untuk menyediakan penyelesaian kekal kepada isu pendatang tanpa dokumen di Maldives.

Mangsa banjir di Pahang dan Negeri Sembilan meningkat malam ini
Di Pahang, mangsa banjir di daerah Bentong bertambah kepada 121 orang daripada 33 keluarga.

Banjir: 54 orang masih terjejas di Sabah
Mangsa banjir di Sabah berkurangan kepada 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 malam ini, berbanding 83 orang daripada 21 keluarga pada 8 pagi tadi.

Situasi banjir di Sabah, Sarawak tidak berubah pagi ini
Mangsa banjir di Kinabatangan kekal 107 orang daripada 29 keluarga sejak 8 malam tadi, manakala di Miri, 202 orang masih berlindung di dua PPS.

Banjir Sabah, Sarawak beransur pulih
Situasi banjir di Sabah dan Sarawak beransur pulih dengan 309 mangsa masih berlindung di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 malam ini berbanding 374 petang tadi.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus menurun malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa banjir terus berkurang kepada 206 orang daripada 55 keluarga setakat 8 malam.

Mangsa banjir di Sabah dan Sarawak berkurangan kepada 1,109 orang malam ini
Di Sabah, Sekretariat JPBN memaklumkan jumlah mangsa banjir menurun kepada 505 orang daripada 159 keluarga.

2,062 mangsa banjir di Sabah, Sarawak masih berada di PPS
Sebanyak 2,062 mangsa banjir di Sabah dan Sarawak masih berlindung di 15 pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri setakat 8 pagi ini.

Jumlah mangsa banjir di Sabah, Sarawak terus catat trend penurunan
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak terus menunjukkan trend penurunan, dengan 2,039 mangsa berada di pusat pemindahan sementara (PPS) setakat 8 malam tadi berbanding 2,483 mangsa petang tadi.

TUDM hantar 4.3 tan bekalan makanan bantu mangsa banjir di Sarawak
Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar kira-kira 4.3 tan bekalan makanan daripada Yayasan Food Bank Malaysia (YFBM) untuk mangsa banjir di Sarawak.

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat, Sarawak berkurangan malam ini
Di Sabah, jumlah mangsa meningkat kepada 1,034 orang daripada 322 keluarga, berbanding 989 orang daripada 308 keluarga pada 4 petang tadi.