KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini mendedahkan 'misi gila' membawa pulang keluarganya yang terperangkap di Gaza, sejak perang tercetus pada 7 Oktober tahun lalu.
Menerusi kemas kini di laman Facebook, Muhammad Nadir yang terpisah dengan isteri dan tujuh anaknya berkata, misi menyelamat tersebut bermula selepas beliau diberi peluang bertemu 'watak utama' di Masjid Shah Alam, Selangor, kira-kira sebulan lalu.
Walaupun pada mulanya beliau berkata 'hatinya luluh' dengan reaksi daripada 'watak utama' terbabit, tetapi siapa sangka individu berkenaan secara diam berunding membawa pulang keluarganya yang terkandas di Rafah.
Tanpa berselindung, Muhammad Nadir berkata watak utama dalam 'misi gila' berkenaan ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sehari sebelum Aidilfitri, saya dihubungi Setiausaha Politik Perdana Menteri, Farhan Fauzi, watak penting yang mengusahakan misi ini.
"Sejak awal peperangan beliaulah yang kerap menjemput kami ke pejabatnya di Putrajaya dan selalu menghubungi kami bertanyakan keadaan keluarga dan perkembangan di Gaza.
"Kali ini nadanya berbeza, agak serius dan beliau memaklumkan kami untuk datang ke satu lokasi khas. Saya dan Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby (Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAPIM) saja dibenarkan ke sana! Allahuakbar. Ada apa pula ini?
"Saat sampai ada kenderaan hitam menanti. Risau juga macam dalam movie. Alangkah terkejutnya saya saat pintu dibuka, saya diterpa anakanda yang selalu hadir dalam mimpi sekian malam. Air mata seorang ayah sudah bertakung tak mampu menahan kerinduan," katanya dalam kenyataan tersebut pada Isnin.
'MISI GILA'
Kongsi Muhammad Nadir lagi, misi berkenaan digelar sebagai 'misi gila' kerana bukan mudah untuk mengeluarkan keluarganya ketika bedilan roket dan hentaman bom bertali-arus, selain ketegangan berlanjutan di sempadan.
"Namun secara senyap pemimpin negara menghubungi pihak sana. Ternyata diplomasi insani ini jauh lebih berkesan daripada kaedah yang lain.
"Prosesnya cepat, teratur dan lancar walaupun penuh dengan 1001 cabaran tersirat. Kisahnya akan keluar satu demi satu tetapi tak semua saya berhak untuk kongsikan," ujarnya lagi.
Dalam masa sama, beliau berkata tindakan Anwar menghalang kemasukan kapal milik Israel ke pelabuhan negara, ketegasan menyatakan sokongan kepada Hamas dan pendirian Malaysia di Jerman baru-baru ini, menjadikan nama negara disebut-sebut dalam kalangan masyarakat dan peringkat antarabangsa.
"Semoga kita terus bersatu membela nasib saudara kita, dan berani mengiringi kata-kata dengan langkah di alam nyata.
"Untuk Perdana Menteri, Pejabat Perdana Menteri, Dr Sani dan semua pihak yang menjayakan usaha ini, sama ada secara langsung mahupun mendoakan, kami sekeluarga mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga," tambahnya.
Hasimi Muhamad
Mon Apr 15 2024
Muhammad Nadir mendedahkan Anwar Ibrahim (gambar) menjadi 'watak utama' dalam 'misi gila' tersebut - Foto/Facebook Nadir
HSR boleh dihidupkan semula dengan penyertaan sektor swasta
Anwar berkata, kerajaan menghadapi beberapa kekangan, termasuk isu lain yang belum diselesaikan dan mesti diutamakan demi kepentingan rakyat.
Pantau Agenda Reformasi: JS SEZ: Apa nasib alam sekitar di sebalik pembangunan?
Wartawan Firdaus Azil bertemu dengan Edey Suresh, yang juga Pengarah UN Global Compact Network Malaysia & Brunei (UNGCMYB) untuk melihat isu yang mungkin berbangkit
IRC 2025: Malaysia tekankan keseimbangan antara inovasi dan perlindungan pengguna
Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025 yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi meneroka cabaran dalam menuju revolusi digital yang selamat, mampan, dan seimbang.
MAH labuh tirai 2024, ulang tahun ke-50 penuh gemilang
Tatkala 2024 hampir melabuhkan tirainya, Persatuan Hotel Malaysia (MAH) mengimbas satu tahun yang gemilang, meraikan lima dekad dedikasi kepada industri hospitaliti Malaysia.
Nahas Jeju Air: Pudding turut hadiri acara penghormatan terakhir
Kisah seekor anjing yang setia menunggu kepulangan tuannya di rumah tanpa menyedari pemiliknya terlibat dalam nahas kapal terbang di Lapangan Terbang Muan, Korea Selatan, telah menyentuh hati ramai.
SPRM tahan lapan individu disyaki terlibat rasuah luluskan pemeriksaan kenderaan berat
Kesemua suspek lelaki berusia antara 30 dan 50-an itu ditahan pada 12 tengah hari hingga 11 malam ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.
4 vokalis rock 'otai' Malaysia kongsi pentas di Singapura Februari ini
Datuk Nash, Zamani Slam, Ameng Spring dan Jatt Ali akan berpadu tenaga menjayakan Konsert Hitster Vol 1 - Otai Sangat Menyengat di The Star Theatre, Singapura, 1 Feb depan.
PM Singapura berlepas pulang
Wong diberikan upacara pelepasan permaidani merah dan kawalan kehormatan setempat oleh pegawai dan anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
Negeri Sembilan rekod kutipan hasil berjumlah RM636 juta pada 2024 - Menteri Besar
Beliau berkata ini merupakan satu pencapaian membanggakan dan sekali gus mencerminkan dedikasi, integriti serta usaha gigih seluruh penjawat awam negeri.
[TERKINI] Petronas Terbuka Malaysia: Bumbung Axiata Arena bocor, aksi dihentikan ekoran air hujan
Hari pertama saingan Petronas Terbuka Malaysia diselubungi situasi di luar jangkaan apabila bumbung Axiata Arena dipercayai bocor dan terpaksa menghentikan seketika perlawanan badminton.
Nadir dedah 'Misi Gila' bawa balik keluarga dari Gaza, bantuan 'watak utama'
Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman hari ini mendedahkan 'misi gila' membawa pulang keluarganya yang terperangkap di Gaza, sejak perang tercetus pada 7 Okt.